15 December 2017

Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA.

December 15, 2017 0 Comments
Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Bagi cikla tak salah kalau kita mencuba rawatan alternatif. Tapi, kita tak bolehlah nak stop terus rawatan dan ubat hospital, lebih-lebih lagi bukan atas arahan doktor. Jangan, sebab hanya dari ujian yang dilakukan oleh doktor yang boleh mengetahui yang kita memang betul-betul sembuh sepenuhnya, lebih-lebih lagi pesakit kanser. Waallahualam.

Sebenarnya, cikla nak share satu perkongsian yang menarik. Kalau korang merasakan ini adalah satu alternatif untuk sembuh, amalkanlah. Sesungguhnya sakit itu dari Allah, dan Allah jualah yang menyembuhkan. Jangan mudah putus asa, kuatkan semangat demi yang tersayang. Cikla pun sedang amalkan salah satu daripadanya. Insha Allah semoga kita mendapat manfaat darinya. So, Jom baca sampai habis.

Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA.


Kaedah ini telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan kepada sejumlah besar penyakit, dengan izinNya jua.

Beliau menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah SWT  merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yang tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan iaitu dengan membaca dengan nama-nama Allah SWT boleh menyebabkan peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3 tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

Kaedah rawatan

Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh.

Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA.
Penyembuhan badan melalui ASMAUL HUSNA. Sumber Google. 

01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi 
03. Tulang Belakang - Al Jabbar 
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. saraf - Al Mughni 
11. Arteri - Al Jabbar 
12. Perut - Al Razaqq 
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar 
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali 
18. Buah Pinggang - Al Hayy 
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq 
21. Hati - Al Nafi 
22. Pankreas - Al Bari 
23. Lemak Sacks - Al Nafi 
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid 
28. Saraf Mata - Al Zahir 
29. Kelenjar pineal - Al Hadi 
30. Tekanan Darah - Al Khafed 
31. Paru-paru - Al Razzaq 
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi 
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari 
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Bicarahati Asmaul Husna:

Zikir dan bicara hati untuk orang yang ada penyakit:

Darah tinggi

Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Khoofidh, sembuhkan penyakit darah tinggiku dan turunkan sukatan darah tinggiku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang.

Kencing manis

Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Khoofidh, sembuhkan penyakit darah tinggiku dan turunkan sukatan gula dalam darahku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang.

Kolestrol

Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Khoofidh, sembuhkan penyakitku dan turunkan sukatan kolestrol dalam darahku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang.

Gastrik

Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Bathin, sembuhkan penyakit gastrikku dan hilangkan toksid dalam tubuhku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang.

Gout. 

Allahumma Ya Salam, ya Fattah ya Muqsith, sembuhkan penyakit goutku ini dan seimbangkan protein dan sihatkan sel-sel darah dalam tubuhku. Ya Salam, tenangkan jiwaku agar tenang fikiran dan emosiku dan ingatkan daku kepadaMu sentiasa agar jiwaku tenang.

Untuk semua penyakit:

Ya Baari' ya Hamid, basahilah lidahku untuk sentiasa memujiMu.


Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Amin.


Sumber WhatsApp group.

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.

December 15, 2017 3 Comments
Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya. | Assalamualaikum wbt. Hi everyone. Bagi seorang wanita yang sentiasa aktif dan lincah, mereka tentu tercari-cari kasut terutama yang jenis flats shoe untuk dipakai terutama ketika mereka melakukan aktiviti seharian mereka. Cikla rasa, setiap wanita mesti ada yang memiliki kasut sebegini kan, walaupun sepasang. Betul tak? Kasut ni sebenarnya sangat popular dan disukai oleh semua peringkat usia. Sebab apa? Haa, nanti cikla share ye.

Baiklah, bila bercerita pasal flats shoes, terutama women flats, memang banyak kelebihan bila memakai kasut sebegini. Antara kelebihannya adalah fungsinya yang praktikal dan sesuai untuk semua golongan tak kira kanak-kanak, orang dewasa malah mereka yang berusia pun sesuai pakai flats shoes ni.

Lagipun, kebanyakan flats shoes yang ada di pasaran terutama women flats didatangkan dalam pelbagai bentuk dan design yang menarik. Selain itu, ia jugak lebih selesa dipakai dan sangat sesuai untuk gaya kasual. Santai-santai gitu. Tapi ingat, flats shoes ni tak sesuai untuk majlis formal tau.

Di mana nak cari flats shoe terutama women flats yang cantik dan selesa tapi dengan harga yang berpatutan?


Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, memang tak dinafikan semuanya serba serbi canggih dan pantas, hanya direalisasikan di hujung jari je. Kalau dulu, kita terpaksa pergi ke shopping mall atau kedai-kedai kasut sebab nak beli kasut (itupun kalau terus dapat apa yang berkenan di hati, oklah. Kalau tak?), kini kita boleh membeli belah secara online je. Mudah dan cepat kan. Tengah-tengah santai, duduk lepak-lepak dengan family pun boleh shopping lagi.

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.
Sumber zalora.com.my 

Cikla percaya korang mesti pernah dengar ZALORA kan. Portal membeli belah secara maya yang sangat popular dewasa ini. Korang jangan tak percaya, di ZALORA korang boleh mendapatkan women flats shoe yang cantik dengan harga yang berpatutan. ZALORA selalu menawarkan promosi yang sungguh tak masuk akal, termasuklah flats shoes. Korang tak percaya, jom tengok koleksi women flats yang ada di ZALORA.

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.
Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya. Sumber zalora.com.my. 

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.
Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya. Sumber zalora.com.my. 

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.
Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya. Sumber zalora.com.my. 

Nak tengok lagi koleksi yang cantik menawan hati? Banyak lagi tau, jom skrol lagi. 

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.
Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya. Sumber zalora.com.my. 

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.
Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya. Sumber zalora.com.my. 

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.
Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya. Sumber zalora.com.my. 

Yang putih tu cantik kan? Adusss... Geram pulak. Ishh.. Hampir tergoda ni.. Nak tengok lagi? Jom... 

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.
Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya. Sumber zalora.com.my. 

Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya.
Mencari kasut women flats yang cantik, selesa dan  tahan lama dengan harga yang berpatutan? Zalora ada jawapannya. Sumber zalora.com.my. 

Semua cikla suka. Cantik sangat. Rambang mata pulak nak pilih yang mana. Memang banyak koleksi women flats yang ada di ZALORA ni. Nanti borong semua, garu kepala pulak encik suami. Haha. Geram tengok semua ada diskaun. 

Kalau korang nak tengok semua koleksi yang ada, boleh je terjah link di bawah ni:


Ala, korang tengok-tengok dulu kot-kot ada yang berkenan kan. Tapi, kalau harganya dah murah apa lagi sambarlah satu buat tambah koleksi. Tak pun, boleh hadiahkan kepada mak ke, kakak ke, adik ke. Hehe. Kalau yang lelaki, boleh je nak beli. Bagi kat isteri, mak, adik perempuan, tak pun kekasih hati. Boleh aje. 

So, apa lagi. Jangan lupa klik link di atas tu. Korang mesti tak menyesal punya.

Happy shopping you all! Have fun...

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.

December 15, 2017 1 Comments
Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. | Assalamualaikum wbt. Holla everyone. Cikla bukanlah pakar fesyen atau perunding imej yang bertauliah. Tapi, kalau sekadar tips yang simple dan ringkas, mahu jugak cikla share dengan korang. Bagi cikla, tak kira lelaki atau perempuan, mereka perlu bijak memilih gaya yang sesuai dengan mereka. Apa yang paling penting, gaya tersebut tidak menampakkan kejanggalan kepada penampilan mereka. Tak pasal-pasal orang pandang pelik pulak. 

Mungkin korang tak tahu yang sebenarnya si lelaki ni pun sangat mengambil berat mengenai penampilan diri. Biar papa, asal bergaya bak kata orang tua-tua. Hihi. Maka, tak hairanlah kebanyakan lelaki pada hari ini sangat menitikberatkan gaya mereka tak kiralah semasa mereka bekerja (lebih-lebih lagi yang berkerja di office), semasa mereka meluangkan masa bersama yang tersayang dan kawan-kawan. 

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.
Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. Sumber Google. 

Penampilan dari hujung rambut sampailah hujung kaki haruslah perlulah diambil kiri. Ini termasuklah pemilihan seluar yang sesuai terutama bagi si lelaki terutama untuk mereka yang mahu menggayakannya ke pejabat. Nak tau apakah tip itu? Jom baca sampai habis ye...

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.


Khas untuk lelaki, apa kata korang praktikkan tip di bawah;

Ada orang kalau nak beli seluar, suka ukur seluar tu di leher. Macam suami cikla jugak. Memula tengok dia buat macam tu, pelik jugak. Apa kaitan leher dengan ukuran seluar. Hehe. Mungkin korang pun pernah guna cara ni kan. Betul tak? Sebenarnya, cara ni tak sesuai untuk orang dewasa. Kalau kanak-kanak mungkin sesuai. Untuk orang dewasa, lain kaedahnya tau. 

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.
Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. Sumber Google. 

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.
Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. Sumber Google. 

Korang sepatutnya tau saiz ukuran pinggang korang. So, ini adalah cara yang tepat untuk memilih saiz seluar yang sesuai dengan korang. Betul jugaklah pepatah, 'ukur baju di badan sendiri' kan.  Hehe. 

Selain itu, pemilihan panjang seluar sebaiknya mencecah tapak kasut. Kedutan yang ada pada kaki seluar tu hanya mempunyai satu kedutan bila kaki seluar mencecah kasut. Kalau si pemakai itu memakai seluar yang singkat, nanti nampak macam pelik pulak. 

Bila korang membeli seluar, sebaiknya korang mencuba seluar tersebut. Semasa mencuba, korang bergeraklah sebanyak mungkin seperti duduk, mencangkung dan berjalan-jalan untuk memastikan seluar itu selesa dan fit pada korang. Rasanya tak ramai yang buat macam ni kan. Betul tak?
 
Untuk mereka yang berbadan agak gempal, sebaiknya pilih seluar dengan potongan lurus (straight cut) untuk memberi keseimbangan pada bahagian atas dan bawah badan. Ini mengelakkan bahagian tengah badan terlalu menonjol. Nanti nampak pulak benda yang tak sepatutnya kan. 

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.
Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. Sumber Google. 

Cikla rasa, tip ni paling bagus kot. Korang tempah je seluar korang tu. Bukan apa, dengan menempah sudah tentu seluar itu akan mengikut saiz dan bentuk badan korang kan. Tak salah sekali sekali tempah. Cari fabrik kain yang sesuai untuk dijadikan seluar dan yang paling penting tahan lama.


Semoga tip ni memberi inspirasi kepada korang ye. Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Ketrampilan.

14 December 2017

Tip mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi.

December 14, 2017 3 Comments
Tip mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi. | Assalamualaikum wbt. Hai semua. Cikla percaya, kulit yang sihat dan cantik  tanpa cela memang menjadi idaman semua orang tak kiralah perempuan atau lelaki. Tapi, rasanya perempuan lagilah nak kan. Betul tak? Selain dari penggunaan produk kecantikan yang terlalu banyak di pasaran untuk mendapat kulit yang diidamkan ni, sebenarnya ada cara lain yang lebih selamat dan yang paling penting murah je. Tak payah nak keluarkan duit ribu riban semata-mata nak beli produk. Orang cakap, mahal je lebih, 'hasil' tak tau lagi.

So, ada beberapa cara dan tip yang boleh korang cuba untuk mendapatkan kulit yang sihat secara semulajadi tanpa menggunakan produk yang tentu mahal harganya kan. Nak tau? Jom baca sampai habis.

Tip mendapatkan kulit yang sihat dan cantik secara semulajadi.


Hanya dengan 3 cara dan tip yang mudah, ditambah pulak dengan sikap yang tak mudah putus asa dan konsisten, Insha Allah korang memperoleh manfaat darinya, cantik secara semulajadi.

Amalkan meminum jus lemon. 

Bagi mereka yang mempunyai kulit muka jenis berminyak (macam cikla) elok praktikkan cara ini. Selain itu, kehadiran enzim di dalam lemon dikatakan mampu menyingkirkan sel kulit mati sekaligus akan memudarkan parut serta melembutkan kulit korang.

Ada beberapa cara yang sangat mudah yang korang boleh cuba, iaitu;
  1. Perahkan sebiji lemon untuk mengambil jusnya.  Kemudian, sapukan ia secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Biar selama 10 minit sebelum dibilas bersih. Lakukan secara kerap untuk kesan yang baik. 
  2. Campurkan jus lemon bersama putih telur dalam bekas bersih. Kemudian, gaul campuran tersebut dan jadikan sepertia masker dengan menyapu campuran itu pada keseluruhan muka korang. Biarkan sebentar atau sehingga ia kering sebelum dibilas. Buatkan rutin ini 1-2 kali seminggu. Insha Allah, hasilnya pasti tak mengecewakan korang.

Tapi, sekarang cikla memang mengamalkan meminum jus lemon  suam setiap pagi. Alhamdulillah, sekarang masih lagi konsisten. Semoga cikla terus istiqamah melakukan ini sebagai rutin seharian, demi kesihatan. Insha Allah.

Pakai masker daripada buah tomato. 

Tomato, selain ia memberi manfaat kepada kesihatan, ia jugak sangat berguna untuk kecantikan jugak. Apa yang korang tak tahu, tomota dikatakan mampu bertindak sebagai skin toner, yang mana ia dapat mengatasi masalah jerawat dan jeragat. 

Caranya pun mudah jugak, ambil beberapa biji tomato dan kisar sampai halus (jadi macam pes). Selepas itu, sapu dan tekapkan pes tersebut secara rata pada bahagian yang bermasalah dan biarkan seketika sebelum dicuci bersih. Amalkan setiap hari dan kesannya pori-pori akan mengecil dan kulit menjadi lebih licin. Cubalah!

Gunakan madu. 

Rasanya semua tahu kot yang madu ni (lebih-lebih lagi yang asli) memang besar khasiatnya tak kira untuk kesihatan dan kecantikan.

Ada 3 cara yang korang boleh cuba, iaitu;
  1. Sapukan madu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar, kemudian biarkan selama 10 minit sebelum dicuci bersih. 
  2. Ambil sedikit madu dan campurkan dengan putih telur. Lepas tu, sapu pada muka sebelum dicuci dengan pencuci muka dan bilas dengan air bersih. 
  3. Sebelum tidur, campurkan 3 sudu madu dengan 1/2 cawan serbuk kayu manis. Kemudian, sapu dan ratakan pada bahagian muka dan biarkan semalaman. Bilas bersih pada keesokan harinya.

Bagi cikla, macam cikla selalu cakap, tak kira apa pun petua dan tip yang kita amalkan perlulah dilakukan dengan konsisten. Jangan kejap buat, kejap tak buat. Macam mana nak dapat hasil yang baik kan. Lepas tu, merungut pulak kata petua tak betullah, petua tak berkesanlah, bla bla bla...

Selamat mencuba.


Sumber  SIRAPLIMAU.COM

3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan.

December 14, 2017 2 Comments
3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa semua orang tau pasal produk Vaseline ni kan. Betul tak? Untuk pengetahuan korang, penggunaan produk sangat meluas terutama dalam bidang kecantikan. Cikla dulu gunakan Vaseline untuk mengatasi masalah kulit kering nak-nak pulak di bahagian siku, lutut, dan tumit kaki. Memang bagus Vaseline ni. Untuk pengetahuan korang, Vaseline juga dikenali dengan nama jeli petroleum. 

Vaseline pun rasanya ada banyak jenis dah sekarang, dan macam-macam kegunaan. Khas untuk baby pun ada. 

3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan.
3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan. Sumber Google. 

3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan.


Berikut merupakan 3 kelebihan menggunakan Vaseline untuk cantik, iaitu;

3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan.
3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan. Sumber Google. 

Vaseline jugak mampu memberi kelembapan kepada bibir korang. Tak payah nak beli produk yang mahal-mahal hanya untuk tujuan yang sama, gunakan aje Vaseline. Selain itu, penggunaan Vaseline jugak akan menjadikan bibir korang merah semulajadi seperti memakai lipstick. Menakjubkan bukan?

3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan.
3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan. Sumber Google. 

Untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, Vaseline dapat membantu korang. Hanya sapukan Vaseline secara  nipis pada tempat yang bermasalah. Ulang setiap hari sehingga sembuh. Insha Allah. 

3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan.
3 kelebihan Vaseline untuk kecantikan. Sumber Google. 

Sebagai pelembap bulu mata. Caranya adalah sapukan Vaseline secara nipis ke bulu mata setiap malam sebelum tidur. Selepas menyapu Vaseline tersebut, korang boleh gunakan maskara yang bersih untuk meratakannya. Lakukan sekerapnya untuk kesan yang wow... 

Selamat mencuba!


Sumber SINI.

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

December 14, 2017 6 Comments
Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! | Assalamualaikum wbt. Hi semua. Korang dah join giveaway ni belum? Kalau belum, apa lagi. Cepat-cepat klik banner comel di bawah tu... 

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!  


 giveaway

 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.


sejuksedap lawa cara moden

SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]

Eh, ada lagi! 

Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 

sejuksedap lawa cara moden

Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 

Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.


Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 


TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah. 

So, silalah join ye kalau nak hadiah yang best ni. Good luck korang. Happy Giveaway. 

13 December 2017

Kebaikan si lemon yang mungkin korang tak tahu.

December 13, 2017 2 Comments
Kebaikan si lemon yang mungkin korang tak tahu. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Korang sukan minum air lemon tak? Kalau cikla, sekarang ni memang cikla sedang mengamalkan minum secawan air lemon suam setiap pagi. Bagus tau minum air lemon ni sebenarnya. Lagipun, penggunaan lemon jugak adalah sangat popular terutama dalam pembuatan air detoks kerana lemon menjadi salah satu bahan utama di dalamnya.

Ada jugak orang yang suka menggunakan air lemon dalam masakan mereka. Sedap tau, cikla pernah jugak buat.

Kebaikan si lemon yang mungkin korang tak tahu.


Ada beberapa kebaikan air lemon kepada kesihatan dan kecantikan. Jom baca...

Kebaikan si lemon yang mungkin korang tak tahu.

Untuk kesihatan;

- Dengan meminum segelas air lemon suam setiap pagi akan menjadikan korang rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. 
- Kehadiran vitamin C yang tinggi di dalam lemon membantu meningkatkan sitem imun badan kita. So, kita tak akan mudah terkena penyakit terutama demam dan selsema. 
- Bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman dan susah nak membuang, elok minum segelas air lemon suam setiap pagi. Ini akan menyebabkan saluran penghadaman terangsang sekaligus merangsang pergerakan usus serta membersihkan organ hati kita.


Untuk kecantikan;

- Meminum air lemon pada waktu pagi dapat membantu badan kita membakar lemak dengan lebih efisen dan berkesan. Organ hati pulak memastikan proses metabolisme lemak berlaku dengan lancar. So, bagi mereka yang sedang berdiet dan nak kuruskan badan bolehlah cuba. 
- Seperti yang kita tahu, kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah lemon adalah bagus untuk mengekalkan kulit kita sentiasa sihat. Ia jugak bertindak sebagai antioksidan yang bagus bagi menghalang penuaan pramatang serta menghalang radikal bebas merosakkan kulit. Selain itu, vitamin C jugak penting sebagai sumber kolagen untuk menjadikan kulit lebih anjal dan awet muda.


So, memang banyak kelebihan si lemon ni kan. Memang tak rugi kalau kita rajin amalkan meminum air lemon suam atau sejuk setiap hari.

Selamat berlemon, semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

Tips jadikan bibir lebih seksi.

December 13, 2017 1 Comments
Tips jadikan bibir lebih seksi. | Assalamualaikum wbt. Aloha everyone. Bagi cikla, dalam mengaplikasikan solekan ke wajah kita, bahagian yang paling penting dan pasti akan diberi perhatian tentunya di bahagian bibir. Betul tak? Tak kiralah seseorang itu mengenakan mekap secara nipis, simple ataupun tebal. Pasti bahagian bibir yang kita aim dulu.

Walaupun korang mengenakan mekap yang nipis, sebenarnya solekan sebegini adalah lebih mudah ditanggalkan san yang pasti ia menjadikan korang lebih anggun dan fresh sepanjang hari.

Tips jadikan bibir lebih seksi.

Apa kata korang try tips macam mana nak jadikan bibir korang lebih seksi. Jom baca perkongsian menarik ni...

Tips jadikan bibir lebih seksi.


Jom cuba 4 tips ni;

  1. Lipstick yang dipilih perlulah bertekstur untuk tampilkan kesan basah. 
  2. Sebelum korang memakai lipstick, oleskan dulu bibir korang dengan bedak asas supaya lipstick yang korang pakai tu lebih tahan lama. 
  3. Gunakan pensel bibir untuk melukis bentuk bibir tapi jangan lukis tebal sangat. 
  4. Pilih lipstick yang berwarna terang untuk kesan yang lebih dramatik.

Selamat mencuba!


Sumber Ruangan Ubah Imej.

4 perkara sensitif lelaki yang perempuan kena tau.

December 13, 2017 2 Comments
4 perkara sensitif lelaki yang perempuan kena tau. | Assalamualaikum wbt. Hi everyone. Kalau sebelum ni kita asyik fikir perempuan je yang sensitif, mudah terasa, emosi dan sebagainya. Tapi, korang terfikir tak yang kaum lelaki jugak ada yang sebegini. Walaupun bukan semua, tapi tak dinafikan segelintir daripada mereka mempunyai hati yang rapuh dan tak sekuat yang kita jangkakan.

Kelakuan yang sensitif ni kadangkala boleh mempengaruhi kehidupan seharian mereka. Bukan apa, kalau dua orang itu asyik bermasam muka, tak bertegur sapa dek kerana terasa hati, merajuk dengan pasangan, mana nak datang cerianya perhubungan. Betul tak? Yang ada cuba hubungan yang suram, hambar, bosan, tak gembira dan penuh konflik.

So, sebagai seorang isteri dan pasangan kepada mereka seharusnya kita cuba memahami sikap 'sebenar' mereka supaya kita boleh memperbaiki hubungan agar menjadi lebih baik. 

4 perkara sensitif lelaki yang perempuan kena tau.

Apakah perkara sensitif itu? Jom baca sampai habis...

4 perkara sensitif lelaki yang perempuan kena tau.


Jangan tak tau yang kaum lelaki ni jugak mudah cemburu. Tidak seperti cemburunya seorang perempuan, biasanya kalau perempuan kan memang ketaralah nampak kecemburuan mereka itu. Tapi, tidak bagi lelaki. Bukan semua lelaki yang boleh tunjuk yang mereka sebenarnya cemburu. Paling tak pun, mereka akan bagi hint untuk menyatakan yang mereka tak suka. So, kita yang kena faham-fahamkanlah sendiri ye.

Rasanya semua orang tak suka dibandingkan. Betul tak? Macam tu jugak dengan sang pria ni. Memang hangatlah hati kalau orang yang dia sayang selalu membandingkan dia dengan lelaki lain. Lepas tu, siap puji-pujian lagi. Bertambah-tambahlah membara jiwa amarahnya kan. Mereka lebih suka kalau korang straight forward je kalau ada apa-apa yang tak kena. Jangan pulak nak banding-bandingkan dia lebih-lebih lagi dengan ex-boyfriend korang... Lagilah sadis kan.

Macam itu jugak kalau dirinya ditolak, lebih-lebih lagi cintanya ditolak oleh perempuan yang dia suka. Memang hancur luluh hatinya. Walaupun dia sedaya upaya nak menyembunyikan rasa sedih disebabkan perkara itu, tapi kadang-kadang kita boleh nampak dari riak mukanya kan. Mulutnya cakap, tak apalah, it's ok... Tapi, hati? Memang luka berdarah... Amboi, drama lebih nampak. Hehe.

Seseorang lelaki sangat sensitif bila dirinya diketepikan orang yang dia sayang. Maksud diketepikan ni, contohnya dia nak menjadi orang pertama yang tahu tentang sesuatu perkara atau berita berbanding dengan orang lain. So, kalau nak buat apa-apa keputusan sebaiknya inform padanya dahulu demi menjaga hatinya. Kalau diri kita sendiri pun, kalau orang yang kita sayang buat macam tu pun kita mesti sedih jugak kan...

4 perkara sensitif lelaki yang perempuan kena tau.
4 perkara sensitif lelaki yang perempuan kena tau. Sumber Google. 

Apa yang pasti, semua lelaki akan lemah bila melihat air mata seorang perempuan, lebih-lebih lagi perempuan yang disayanginya. Sekali orang yang mereka sayang bersedih, sebenarnya seribu kali hatimya lebih sedih tapi mereka tak akan menunjukkan rasa kesedihan itu... Hilang macho kot... Hehe.. Jangan marah naaa...

Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

12 December 2017

Jom check diri kita : Tanda-tanda sombong diri.

December 12, 2017 3 Comments
Jom check diri kita : Tanda-tanda sombong diri. | Assalamualaikum wbt. Hi everyone. Sebagai seorang manusia biasa, kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah melakukan kesalahan, seterusnya menyinggung perasaan orang sekeliling. Mungkin pada kita, kita menyangka itu adalah sikap 'semulajadi' kita. Apa kata kita check diri kita, manalah tau kita tergolong dari orang-orang yang sombong. Allahu... Mintaklah dijauhkan.

Jom check diri kita : Tanda-tanda sombong diri.


Tanda-tanda orang yang sombong diri adalah seperti berikut;

  • Kalau melakukan kesalahan, dia susah nak mengatakan kata MAAF, malah tak mengaku salah pulak tu. 
  • Dia tak suka/senang dengan kejayaan orang lain. Rasa iri hati dan dengki. 
  • Dia tak berminat bila orang datang rumah kita. Senang cakap, tak suka menerima tetamu. Selain itu, dia jugak tak suka menjadi tetamu orang. 
  • Dia mudah marah dan terlalu emosional lebih-lebih lagi kalau melibatkan komunikasi 2 hala. Rasa cepat tersinggung dan marah kalau orang tersilap walaupun hal kecik je. 
  • Suka pilih-pilih kawan. Pendek kata, nak kawan dengan orang 'setaraf' dengan dia je. 
  • Kurang mesra dengan orang lain. Kalau mesra pun, mungkin sebab terpaksa. 
  • Dia rasa tersinggung bila orang memuji kebolehan orang lain di depan dia. Tapi, kalau dia pulak dipuji, memang nampak sangat muka bangga dia tu. 
  • Kalau berdiri suka bercekak pinggang  sebab mrmbesarkan diri. Kalau bercakap pulak, suka mencemik dan menepuk-nepuk meja. Bila berjalan pulak, suka menghentak kaki dengan gaya mendada. 
  • Mudah menyimpan dendam terhadap orang lain, malah suka menzalimi orang lain tak kira cara kasar atau sebaliknya.

Jom check diri kita : Tanda-tanda sombong diri.
Jom check diri kita : Tanda-tanda sombong diri. Sumber Google. 

Sebenarnya, banyak lagi tanda-Randa orang yang sombong diri ni. Kadang-kadang, dari riak muka dia pun dah menggambarkan macam mana diri dia tu. Tapi, tak semualah macam tu. Ada orang memang dilahirkan dengan riak wajah yanh sombong, tapi dia sebenarnya tak sombong pun. Terlebih-lebih peramahnya lagi. Hihi...

Semoga kita tidak menjadi orang yang sombong diri. Amin. Semoga bermanfaat.


Sumber Ustaz Azhar Tuarno, Ruangan Cuci Hati, Majalah Wanita.

Jom kenali makanan pembakar lemak.

December 12, 2017 2 Comments
Jom kenali makanan pembakar lemak. | Assalamualaikum wbt. Hello everyone. Makanan pembakar lemak adalah makanan yang dapat membakar kalori dengan cepat bila kita mengambilnya. Sebenarnya, macam susah nak percaya kan ada jugak makanan yang berfungsi sedemikian. Makanan sebegini bukan sahaja mempercepatkan proses metabolisme badan, malah ia turut merangsang hormon yang mengeluarkan lemak sekaligus menyingkirkan toksin daripada badan kita.

Ini jugak turut mempengaruhi berat badan kita sebab pembakaran lemak mampu membuang berat yang tak diperlukan. Kiranya makanan pembakar lemak ni bolehlah dimasukan dalam list menu diet kita kan. Betul tak?


Jom kenali makanan pembakar lemak.



Amboi amboi, kalau dengar pasal diet-diet, bakar-bakar lemak, kemain excited ye. Hehe. Dah tu, apa lagi. Meh baca apakah makanan yang sungguh 'berkuasa' untuk menyahkan lemak durjana ini... 

Jom kenali makanan pembakar lemak.

Makanan pembakar lemak adalah seperti berikut;


Teh hijau

Dalam American Journal of Clinical Nutrition melaporkan, pengambilan 4 cawan teh hijau setiap hari dikatakan boleh mengurangkan lebih kurang 6 paun berat badan dalam masa 8 minggu. Wow... Minum teh hijau je pun kan. Kalau korang nak tau, EGCG yang terkandung di dalam teh hikau dipercayai mampu mempercepatkan metabolisme badan kita. So, dah senang kan. Korang minum je teh hijau. Terbakarlah semua lemak korang tu. Teh hijau tu favourite cikla jugak.


Lada

Dalam lada, terdapat satu bahan yang menjadikan lada tu rasa pedas iaitu capsaicin. So, ia akan bertindak memanaskan badan kita sekaligus memastikan badan kita dapat membakar kalori. Cara penyediaan lada ni pulak boleh dalam pelbagai cara, seperti dimasak, dikeringkan, dijadikan serbuk atau dimakan begitu aje. Uisshhh... Pedas berasaplah telinga.


Daging tanpa lemak

Sebenarnya, daging mempunyai kesan termogenik yang tinggi. Semasa pencernaan, kira-kira 30% kalori makanan berprotein ini akan terbakar.


Bijirin penuh

Pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti bijirin penuh contohnya oat dan beras perang adalah sangat bagus dalam membakar kalori. Kalau korang nak tau, badan kita akan membakar 2 kali ganda kalori yang diambil bila kita mengambil makanan ini. So, elakkan makanan yang diproses. Tak bagus tau sebenarnya.

Selamat membakar kalori. Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Kelab Diet. 

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com.

December 12, 2017 6 Comments
Mystery Giveaway by www.myafarisha.com. | Assalamualaikum wbt. Jom join giveaway ni. Nak tau apa ceritanya, marilah kita menyemaknya bersama-sama ye. Jom jom... 

Mystery Giveaway by www.myafarisha.com

Klik banner untuk join

Cara penyertaan:

  • Mesti menetap dalam Malaysia
  • Boleh pilih untuk join di blog atau di instagram atau kedua-duanya. Tapi, Mya akan pilih salah satu kalau nama terpilih untuk dua-dua penyertaan.
  • Untuk penyertaan blog, 
    • Mesti follow blog Mya dan instagram Mya
    • Like page Mya *untuk memudahkan komunikasi*
    • Buat entri dengan tajuk "Mystery Giveaway by www.myafarisha.com".
    • Copy and paste code yang diberikan di bawah ni dan publish.
    • Tinggalkan link entri dalam bahagian komen.
  • Untuk penyertaan instagram, boleh rujuk di post ini.

Hadiah:
  • Mystery box bernilai RM100 untuk setiap pemenang.

Tempoh:
  • Bermula 8 Disember 2017 sehingga 8 Januari 2018

Apa lagi, jomlah join. Manalah bertuah menang kan. Boleh dapat hadiah misteri. Wahhh... Memang best.

Good luck korang. Selamat ber giveaway.

Nak tau snek kudapan terbaik untuk diet? Baca ni...

December 12, 2017 8 Comments
Nak tau snek kudapan terbaik untuk diet? Baca ni... | Assalamualaikum wbt. Kalau kita berdiet, bukan bermakna kita menghadkan semua jenis bentuk makanan sampai bercatu-catu. Nanti tak pasal-pasal diet ke mana, sakit pulak yang dapat. Betul tak? Sebenarnya, semasa berdiet, adalah sangat penting untuk kita memilih makanan seimbang dan berkhasiat sebab pemilihan yang tepat boleh membekalkan energy yang optimum untuk korang melakukan aktiviti sehari-hari. Pendek kata, takdelah nampak lemah, tak bermaya, lesu dan letih sepanjang hari.

Biasanya dalam diet kita menitikberatkan pengambilan makanan dan menu yang seimbang seperti karbohidrat, protein, serat dan mineral, kita jugak perlu berfikir mengenai 'snek' jugak. Salah satu snek terbaik adalah makanan kering. Mesti korang fikir makanan sebegini dah hilamg khasiatnya sebab kesan dari pengeringan yang dilakukan terhadapnya, tapi sebenarnya khasiat yang terkandung di dalam makanan ni masih lagi tersimpan dengan baik.

Nak tau snek kudapan terbaik untuk diet? Baca ni...

So, untuk yang sedang berdiet tu apa kata korang tukar sikit menu diet korang tu dengan menambahkan hidangan snek ni. Jom kita semak apakah kebaikan dan kelebihan yang boleh kita perolehi daripada snek yang sihat ini terutama kepada mereka yang sedang berdiet.

Nak tau snek kudapan terbaik untuk diet? Baca ni...


Antara snek kudapan yang terbaik untuk diet adalah seperti berikut;

Kacang pistachio

Cikla tak pernah lagi makan kacang ni. Tapi tak taulah kalau sebelum ni cikla main makan je, cuma tak tau nama je. Hehe. Untuk pengetahuan korang, kalau korang makan kacang ni, ia akan membekalkan kepada badan korang banyak zat yang bagus seperti karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vit. B6,  vit. A dan beta karotena. Kelebihan kacang ini jugak, ia dikatakan mampu mengawal hipertensi (darah tinggi) sekaligus menguatkan daya kekuatan mental untuk mengawal stress.

Ceri kering

Kandungan di dalam ceri kering seperti potassium dan vit. A di sambil mengandungi banyak melatonin yang membantu proses tidur menjadi lebih baik.

Kacang gajus

Kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vit. K dan phystoterol. Selain itu, ia sangat bagus sebagau bahan antiseptik semulajadi yang mampu melindungi badan kita daripada jangkitan virus dan kuman.

Kismis

Cikla sebenarnya baru tau yang kismis nu buah anggur yang dikeringkan. Apa daa.. Ketinggalan sungguh. Hehe. Apa yang bagusnya kismis ni, ia merupakan sumber zat besi yang paling bagus untuk badan kita. Tak kiralah dalam bentuk larut atau tak larut, kandungan serat yang terkandung di dalamnya sangat membantu dalam sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan kolesterol.

Kacang hazel. 

Kacang hazel bagus untuk sistem percernaan kita sebab ia melancarkan sistem tersebut. Kandungan nutrisi yang ada di dalamnya adalah seperti thiamin, magnesium, beta sitosterol dan phystoterol.

Prun

Buah ini dikatakan amat kaya dengan sumber serat, potassium dab antioksidan. Kalau korang nak tau, 5 biji buah prun adalah bersamaan dengan 100 nilai kalori.

Kacang walnut. 

Bagi yang tak tau, kacang walnut kaya dengan sumber magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid dan phytosterosis. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan gejala darah beku dan mengurangkan radang pada kulit.

Kurma

Kebaikan buah kurma ini memang rak boleh disangkal lagi. Kurma dikatakan mengandungi karbohidrat dan potassium.  Kalau korang nak tau, 3 biji kurma bersamaan dengan 96 nilai kalori. Sebab tu, masa bulan puasa kita sangat digalakkan mengambil kurma kerana ia mampu membekalkan tenaga.

Semoga bermanfaat dan selamat berdiet. 


Sumber ruangan Tip Cantik, Sinar. 

11 December 2017

Jahat sangat ke si lemak tepu ni?

December 11, 2017 4 Comments
Jahat sangat ke si lemak tepu ni? | Assalamualaikum wbt. Korang pernah dengar mengenai lemak tepu tak? Korang tau tak apakah itu lemak tepu? Elok ke lemak ni? Apa pulak kesan lemak ni pada badan kita? Wah... Banyak persoalan yang berlegar-legar di benakku ini. Hehe. Untuk pengetahuan korang, lemak sebenarnya dibahagikan kepada 3 jenis iaitu lemak tepu , lemak tidak tepu dan lemak trans. So, cikla nak share pasal lemak tepu ni, apakah ia dan keburukannya kepada diri kita. 

Jahat sangat ke si lemak tepu ni?

Apakah dia lemak tepu?


Kalau korang nak tau, lemak tepu adalah sejenis lemak yang mudah dikenali iaitu dari segi bentuknya. Ia adalad berbentuk padat seperti lilin. Lemak tepu ni biasanya dijumpai dalam produk berasaskan haiwan, contohnya daging merah, dan produk tenusu asli. Ia bukan sahaja ada dalam sumber haiwan, malah dalam sumber tumbuhan pun ada jugak, seperti  minyak sawit.  Keburukan lemak tepu ini adalah ia boleh memekatkan darah sehinggakan darah mudah melekat pada dinding pembuluh darah dan pengerasan dinding pembuluh darah disebabkan proses penggumpalan. Keadaan ini sudah tentu akan mengganggu sistem peredaran darah dalam badan kita dan kita lebih terdedah kepada risiko penyakit seperti jantung, darah tinggi dan strok.

Apakah tips untuk elak lemak tepu dalam badan?


So, kita seharusnya bertindak dari sekarang demi kesihatan. Ada beberapa tips yang boleh korang amalkan untuk elak lemak tepu dalam badan kita. Jom baca perkongsian menarik ini sampai habis.

Jahat sangat ke si lemak tepu ni?
Jahat sangat ke si lemak tepu ni? Sumber medikTV. 

  1. Kurangkan atau elakkan pengambilan daging merah terutama di bahagian berlemak. 
  2. Gunakan minyak zaitun dalam masakan seharian korang. 
  3. Sebaiknya, korang kena tahu berapa banyak lemak tepu yang ada dalam menu harian korang supaya korang boleh kawal pengambilannya. 
  4. Elakkan dari mengambil makanan sejuk beku sebab kebanyakan makanan sebegini memang tinggi kandungan lemak tepunya. 
  5. Kalau korang nak makan daging jugak, sebaiknya korang panggang. Sebab, kalau korang goreng daging tersebut akan digoreng dengan minyaknya sendiri. So, lebih baik dipanggang. Lagipun, masa dipanggang, lemak dan minyak yang mengalir keluar tak akan diserap semula. Tambahkan Omega 3 dalam menu harian korang.  Sumber Omega 3 ni senang je, korang makan je ikan. 
  6. Kurangkan pengambilan produk tenusu dalam menu harian korang.  Kalau nak ambil jugak, sekali sehari pun dah cukup dah. Produk tenusu ni bukan semata-mata susu aje tau, keju pun dari produk yang sama.


Lemak tepu ni jahat sangat ke?


Sebenarnya, lemak tepu ni takdelah jahat mana pun. Ada jugak side bagusnya. Kalau korang nak tau, lemak tepu adalah lebih stabil daripada lemak tak tepu disebabkan oleh setiap atom karbon turut ditemani dengan atom hidrogen. So, kestabilannya ini membuatkan lemak tepu tak mudah menjadi radikal bebas dan mempunyai kesan positif terhadap pengimbangan hormon badan korang. Selain itu, bagi mereka yang mengambil lemak tepu akan mempunyai tahap testosterone bebas dalam darah yang lebih tinggi. Bagi mereka yang nak membina otot dengan lebih baik, ini penting tau, disebabkan testosterone yang tinggi itu. Macam abang-abang sado tu.

Di samping itu, hormon testosteron ni jugak penting dalam hubungan intim pasangan suami isteri. Suamilah kena ambil lebih kan. Kehadiran Lauric Acid dalam minyak kelapa jugak dikatakan  mampu mencegah jangkitan kuman serta mengurangkan keradangan. Ia jugak dipercayai dapat meningkatkan tahap imun badan.

So jangan ingat lemak tepu ni jahat sangat tau. Semoga bermanfaat.


Sumber


10 December 2017

10 kelakuan baik (good manner) yang kita perlu terapkan pada anak-anak kita.

December 10, 2017 4 Comments
10 kelakuan baik (good manner) yang kita perlu terapkan pada anak-anak kita. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, cabaran mendidik anak-anak pada zaman sekarang adalah sangat mencabar. Corak didikan dulu dan sekarang memang sangat berbeza. Lagipun, perangai anak-anak dulu sekarang pun lagilah lain. Bukan apa, pengaruh sekarang rasanya lebih dashyat lagi. Ia bukan hanya melibatkan pengaruh rakan sebaya, malah lebih lagi terutama pengaruh media sosial.

Tapi itulah, bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya...' Pada cikla betul jugak pepatah ni. Nak mendidik anak dengan didikan yang baik, perlulah sedari mereka kecil lagi. Iyelah, macam rebung tu kan. Rebung kan lembut, boleh dilentur dan dibentuk. Tapi, kalau dah jadi buluh, memang payahlah jawabnya nak lentur. Silap-silap haribulan, terlentik ke kita balik. Adusss...

10 kelakuan baik (good manner) yang kita perlu terapkan pada anak-anak kita.

So, jom kita terap dan ajarkan kepada anak-anak kita kelakuan yang baik (good manner) supaya sikap ni sudah tersemai dalam diri mereka sejak dari kecil lagi.

10 kelakuan baik (good manner) yang kita perlu terapkan pada anak-anak kita.


  1. Bila menyuruh, gunakan perkataan 'tolong'. 
  2. Bila menerima apa-apa dari orang lain, gunakan perkataan 'terima kasih'. 
  3. Sentiasa menghormati orang lain terutama orang yang lebih tua daripadanya. 
  4. Bila bercakap dengan seseorang, biarkan orang itu habiskan cakapnya. Jangan sesekali memotong atau menyampuk. 
  5. Elak dari menggunakan perkataan yang buruk dan tidak baik. 
  6. Menghormati barang kepunyaan sendiri termasuklah barang kepunyaan orang lain. 
  7. Sentiasa meminta kebenaran kalau mahu menggunakan atau mengambil barang orang lain. 
  8. Pulangkan semula barang orang yang telah dipinjam. Jangan nak buat macam barang sendiri pulak ye. 
  9. Pertimbangan privacy orang lain. Bertimbang rasalah sikit kan, orang lain pun mahukan privacy mereka sendiri untuk melakukan apa yang mereka suka. 
  10. Sentiasa sopan terutama semasa berkomunikasi dengan orang lain.

Jom amalkan dan semoga bermanfaat.


Sumber SINI

09 December 2017

Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke?

December 09, 2017 2 Comments
Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke?  | Assalamualaikum wbt. Korang pernah dengar tak restrosternal tiroid? Mungkin keadaan ini agak asing bagi sesetengah orang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali didedahkan dengan penyakit tiroid ni. Sejujurnya, cikla pun baru pertama kali tahu dan dengar mengenainya. Itupun, since cikla join group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI). Memang sangat banyak manfaatnya bila kita join group support ni, terutama mereka yang menghidap penyakit kronik ni.

Selain dari info mengenai penyakit tiroid itu sendiri, kita jugak turut mendapat sokongan, nasihat dan pandangan. Pendek kata, tempat meluahkan rasa pun boleh jugak kot. Sebab, kebanyakan mereka yang ada dalam group tu semuanya senasib. Pada cikla, hanya mereka yang melalui dan merasai sahaja yang faham...

Berbalik kepada restrosternal tiroid pada awal entri tadi, cikla sebenarnya nak share info ringkas mengenai keadaan ni. Bukan apa, sekurang-kurangnya kita ada sedikit gambaran dan ilmu bila kita atau orang tersayang kita terpaksa melaluinya kelak. Tapi, untuk more detail, sebaiknya korang bertanya kepada doktor kerana mereka lebih pakar.

Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke?


Dalam bahasa mudahnya, restrosternal tiroid ini adalah keadaan di mana bengkak tiroid yang turun ke dada. Apa? Turun ke dada? Macam mana tu? Macam tak dapat nak bayangkan je. Korang ni, janganlah blur dan pening pulak. Hipotesisnya mudah je. Cuma korang baca dan hadamkan yang berikut. 

Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke?
Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke? Sumber Google. 

Kita umpamakan benda (bengkak tiroid) ni macam ubi kayu. Kalau pokok ubi kayu tu kan, yang kita tahu ada ubi bawah pokok kan. Tapi, yang kita nampak bahagian atas je. Yang bahagian bawah dan menjalar kat dalam tanah tu kita tak nampak. So, bila kita tarik pokok ubi tu, mesti yang berakar tu pun akan ikut ditarik sekali. Betul tak? Korang faham ke tak ni?

Macam tu jugak dengan bengkak tiroid. Biasanya bengkak yang kita nampak dari luar, itulah dia, bengkak seketul, kan. Tapi, yang ada dekat dalam tu tak tau jauh mana dia (bengkak) tu dah pergi. Kalau korang nak tau, restrosternal tiroid ni hanya jelas dilihat dengan x-ray dan scan sahaja. Kalau nak dilihat dari luaran iaitu bengkak biasa memang tak nampak. 

Apa yang korang kena tau, bahaya restrosternal tiroid ni apabila dia dah pergi jauh ke dalam dada. Untuk 'mengeluarkannya', memang tak boleh nak  tarik macam kita tarik ubi kayu tu. So, nak tak nak memang kena belah tulang dada. Rasanya dalam group TIROID DAN ANDA (ORI) ni pun, ada rasanya   kes yang kena potong tulang selangka (collar bone). Dua bulan pesakit kena pakai cervical collar, ala yang macam orang accident pakai kat leher tu. Sebab itulah, untuk kes restrosternal ni selalunya selepas operation pesakit akan ditempatkan di ICU untuk pemantauan teliti.

Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke?
Apa dia restrosternal tiroid? Bahaya ke? Sumber Google. 

Seriau kan dengar. So, kalau korang ada bengkak di leher, cepat-cepat pergi check doktor. Walaupun bukan semua bengkak itu membahayakan, tapi kalau ada bengkak, memang ada risiko. Bak kata pepatah, 'mencegah lebih baik dari mengubati...'

Tapi, cikla bersyukur dan redha sebab Allah memberi ujian ni pada cikla. Ini menjadikan cikla lebih kuat dan lebih menghargai diri sendiri dan orang yang tersayang.




[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.