13 kebaikan buah tin yang kita tak tau.

By Cikla Shahril - December 09, 2016

Rasanya semua orang tau yang buah tin merupakan buah yang disebut dalam Al-Quran selain dari buat Zaitun. Buah tin jugak dikatakan buah yang berasal dari syurga. 

Banyak khasiat buah ni sebenarnya, di samping ia mempunyai rasa manis yang unik dan bertekstur lembut, tapi mudah rosak.

Sebab itulah, buah ni biasanya dikeringkan untuk mengekalkan keenakannya. Kalau korang nak tau, buah tin ni jugak dikenali sebagai Fig, dan ia berasal dari kawasan Asia Barat. 

Apa kata kita baca apakah kebaikan dan kelebihan buah ni lebih lebih lagi pada kesihatan kita.

13 kebaikan buah tin yang kita tak tau.
13 kebaikan buah tin yang kita tak tau. Gambar dari Google.

  1. Memakan buah tin secara kerap dapat mengurangkan risiko kanser. Kehadiran kumarin di dalam buah ni dikatakan mampu mengurangkan risiko kanser prostat, di samping kanser payudara, dan kolon.
  2. Kehadiran pektin, iaitu serat boleh larut dikatakan mampu mengurangkan kolestrol dalam darah.
  3. Buah tin mampu mengekalkan tekanan darah dan mengelakkan berlakunya serangan jantung koronori kerana mengandungi kalium, omega 3 dan omega 6 di dalamnya. 
  4. Air rendaman daun pokok tin dikatakan dapat membantu pesakit kencing manis mengurangkan pengambilan insulin.
  5. Buah ini mampu mengurangkan kelesuan, kuatkan ingatan dan mencegah anemia, di samping ia membantu menyelesaikan masalah sembelit yang kronik.
  6. Buah tin yang diambil setiap hari secara konsisten mampu menyembuhkan penyakit buasir. 
  7. Dengan menyapu buah tin yang dibakar pada kulit dipercayai boleh mengubati luka menanah dan ulser. 
  8. Buah tin yang telah dihancurkan dipercayai mengandungi kandungan air yang banyak dan ia dikatakan boleh dijadikan pencuci kulit paling baik. Ia dapat membantu mengubati dan mencegah jerawat. 
  9. Kalsium yang ada didalamnya dipercayai berupaya dijadikan rawatan terapeutik untuk mereka yang mempunyai alahan kepada produk tenusu, di samping ia mampu mencegah penipisan dan pereputan tulang sekaligus meningkatkan 'kepadatan' tulang. 
  10. Buah tin sebagai sumber serat dan ia amat berkesan kalau korang nak turunkan berat badan korang. 
  11. Kehadiran tritopfan dalam buah ni boleh membantu menghilangkan masalah susah nak tidur malah ia menjadikan kualiti tidur korang lebih baik. 
  12. Dengan merendam 2 atau 3 biji buah tin dalam susu semalaman dan memakannya pada setiap pagi boleh meningkatkan ketahanan seksual. 
  13. Dengan adanya musilaj yang tinggi dalam buah ni menjadikan ia bersifat penyembuh dan melindungi dari sakit tekak. 

Tapi korang kena ingat tau yang buah tin yang dikeringkan boleh menyebabkan kerosakan gigi dek kerana kehadiran gula yang sangat tinggi didalamnya. 

So, makan dengan sederhana dan berpada-pada tau. Kalau yang baru lepas operate pulak. tak disarankan makan buah ni banyak-banyak sebab pendarahan pada saluran pencernaan boleh berlaku. 

Sumber : Ruangan Khasiat Alami.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Mai suka buah tin kering, sedap, yg fresh tak pernah rasa lagi,tak tahu nk cari mana....

    ReplyDelete
  2. Banyak kebaikannya kalau makan yg fresh ye..
    Patutlah makin ramai yang mengusahakan penanaman buah tin nie..

    ReplyDelete
  3. Saya bukan sokong membabi buta. Tapi buah tin ni memang bagus. Ustaz2 pun ada sebut pasal buah ni.

    ReplyDelete
  4. tekak unni ni megade sikit, x blh terima makanan tin!! huhuhu.. tapi baru tahu kebaikan makan tin ni.. nice sharing akak

    ReplyDelete
  5. makan buah ni yg kering je.

    ReplyDelete