Sedapnya susu kurma FARM FRESH!

By Cikla Shahril - November 05, 2016

Korang peminat susu segar tak? Ada orang cakap susu segar ni tak sedap, tawarlah, rasa mauuu lah, rasa hamis lah. Macam-macam kan. Hmmm, cikla rasa susu segar brand FARM FRESH ni dah popular satu Malaysia kot. Pendek kata brand ni adalah salah satu brand susu segar pilihan ramai.

Tapi, selalunya kalau dekat pasaran tak kiralah kat supermarket, kedai-kedai mahupun shopping mall kalau brand FARM FRESH ni mesti perisa coklat, dan strawberry selain dari susu segar original. Betul tak? Haaaa, ini kali cikla nak introduce kat korang susu segar perasa kurma. Korang pernah dengar tak? Mungkin ada yang pernah dengar kot, tapi rasanya sangat susah nak jumpa dijual di kedai. Susu segar kurma ni sijual oleh stokis stokis FARM FRESH yang sah. Bagi cikla memang limited edition susu ni. Hehe. Tapi, sekarang dah senang dah nak dapat susu ni. Banyak dah di pasaran!

Macam mana cikla tau pasal susu ni? Nak dijadikan cerita, susu FARM FRESH ni encik suami yang mula-mula minum. Masa pertama kali dia bawak balik rumah, pelik jugak. Tengok botol macam popular je brand nya tapi bila tengok perasa, kurma. Macam tak pernah dengar apatah lagi rasa.

Sedapnya susu kurma FARM FRESH!
Sedapnya susu kurma FARM FRESH!

Rasanya macam mana ye? Sedap sangat. Memang tak manis sebab 0% gula. Rasa manis tu 100% datang dari kurma. Pati kurma. No colouring. Ingredients nya pulak adalah semata-mata susu segar dan pati kurma. Itu je. Seperti yang kita tau, kurma merupakan salah satu makanan sunnah, so memang elok minum susu FARM FRESH ni. 

Sedapnya susu kurma FARM FRESH!
Sedapnya susu kurma FARM FRESH!

Siapa yang boleh minum susu ni? Semua lapisan masyarakat, tak kira tua ke, muda ke, kanak-kanak ke, semua boleh minum. Ibu mengandung pun boleh minum jugak. Lagi elok kan, sebab ada kurma di dalamnya. Ada ibu yang tak boleh nak telan susu tepung tu kan, so susu inilah alternatif terbaik untuk menggantikannya. 2 in 1 kata orang, ada khasiat susu dan kurma sekali. 

Tapi, susu ni kalau dah bukak seeloknya dihabiskan dalam masa 3 hari untuk menjamin kesegarannya. Dah bukak elok simpan dalam fridge. Susu FARM FRESH perasa lain pun ada. Original, coklat dan Latte. Perasa latte ni memang totally rasa kopilah, sesuai untuk peminat kopi. Cikla pun suka gak perasa Latte ni. 

Sedapnya susu kurma FARM FRESH!
Sedapnya susu kurma FARM FRESH!

Sedapnya susu kurma FARM FRESH!
Sedapnya susu kurma FARM FRESH!

Sedapnya susu kurma FARM FRESH!
Sedapnya susu kurma FARM FRESH!

Mahal tak harga susu ni? Tak mahal rasanya, kalau nak dibandingkan dengan khasiat yang akan kita perolehi bila meminumnya. Kalau tak silap cikla, harganya antara RM7-RM10 je. Korang dah boleh dapatkan susu ni di TESCO berdekatan korang. Mungkin di hypermarket lain ada kot, cikla cuma pernah beli di TESCO je. Hihi. Susu kurma ni memang cikla recommended sangat untuk korang cuba, sedap tau!

  • Share:

You Might Also Like

37 Comments

  1. Mek suka susu ni. Memang best. Drp dlu lg mek suka susu cap ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susu brand ni antara yg popular kan. cikla rasa Mek kena try jugak susu kurma ni... sedap Sgt tau...

      Delete
  2. Ramai ckp susu ni best tapi tak jugak cuba lagik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lea kena cuba dan nilaikan sendiri. tp bg cikla susu ni mmg sdpppp sgttt...

      Delete
  3. Trima kasih atas maklumat CikLa, dah lama saya mencari agen yang jual susu kurma nie.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau area Banting, putrajaya, salak tinggi boleh contact no kt atas tu. inshaAllah boleh cod.

      Delete
  4. Kat cne x da jual lgi, mcm sdp jak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya kena cuba ni... mmg sedap tau... mmm...

      Delete
  5. susu ni memang sedap.. tp lama x minum

    ReplyDelete
  6. kenapa rasa macam nak try jer nie.. Hahaha kita penggemar susu ... Boleh la try thanks for the info :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg TT kena try ... kata org tak cukup sebotol. dh rasa sekali mesti nk lg berkali kali... hihi... cikla kalau sebotol tu mmg mengadap sorang je... hehe...

      Delete
  7. Belum pernah try lagi.. Memang selalu nampak kat pasaran pun yang coklat atau plain je.

    ReplyDelete
  8. oo xde gula ea. boleh cuba ni. serius takut nak try yg jenis dairy produk takut efek kulit.

    ReplyDelete
  9. wah mcm sedap je tu. busyra tak pernah try lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap... Cikla Kalau minum mmg sorang je. X mau share2... Hihi

      Delete
  10. selalu jugak nampak susu ni tapi tak pernah try lagi..kena beli ni kalau nampak kat mana2...haritu ada orang jual kat cafe ofis ni tapi tak tergerak pulak nak beli..aisehh..tak pe, next time...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kena Cuba. Walaupun byk je brand susu segar kt pasaran, Cikla rasa ni salah satu yg sedap dan best. Nama pun dah farm best kan...hihi

      Delete
  11. Assalam
    Macamana nak jadi stokis susu ni..
    Sy di alor star..
    Harap membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... ttg tu saya x pasti. Nnti saya tanya.. ok..

      Delete
  12. asssalm maaf nk tnya..hehe
    suami cikla stokis area banting ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Haah. Tp cod area Banting dan sekitarnya je.

      Delete
    2. oo ye ke,,,
      tp sy check dlm list Master Stokis Selangor / KL xde nama suami cikla.

      Delete
    3. Suami jual susu ni, tp dia amik stock dekat org lain. Nak panggil apa ye? Stokis ke nama lain. Hihi.. maaf konpius pulak...

      Awk stokis ye?

      Delete
  13. sedap semua farm fresh ni , tapi tekak ccl memang tak dapat terima susu kurma , pernah sekali try

    ReplyDelete
  14. memang sedap.. tp susah nak dapat.. lagi2 la duk Sarawak.. slalu kirim je gn member yg g KL.. terbaik

    ReplyDelete
  15. beli dah haritu ..heheh tak boleh nak telan.

    ReplyDelete
  16. Hi cikla..mcm mana nak jadi agen susu kurma ni

    ReplyDelete
  17. Mcm mn nk jd agen susu kurma ni?sy tinggal di area parit buntar..

    ReplyDelete