Buah sentul?

By Cikla Shahril - November 07, 2016

Petang tadi, suami cikla balik bawak buah ni. Buah sentul katanya. Cikla memang tak pernah tengok, ini first time. Yang kelakarnya nak bukak buah ni pun tak reti. Haha. 

Rupanya bukak guna pisau. Kulitnya tebal, isinya macam isi manggis tapi agak "mengkal". Tapi, tak taulah kalau buah ni masih muda, belum masak. Rasanya macam mana pulak? Ermmm, masam-masam manis, lepas tu kelat kelat sikit. 

Kalau korang nak tau, pokok sentul jugak dikenali dengan nama kecapi yang mana ia adalah pokok hutan yang makin susah nak dijumpai. 

Nama saintifik buah sentul ni adalah Sandoricum koetjape yang mana ia tergolong dalam keluarga Meliaceae seperti rambai, langsat dan sentang. 

Pokoknya sederhana besar je, dengan ketinggian sehingga 30 m dan diameter batang sehingga 90 cm. Ia tumbuh di kawasan yang mempunyai taburan hujan yang sekata, seperti Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Selain itu, pokok ni akan berbunga dan berbuah mengikut musim iaitu 2 kali setahun. Buahnya pulak berbentuk bebola, dengan diameter 5-7 cm, berwarna kuning keemasan dan berbulu lembut. 

Kulit buahnya pulak agak tebal dan liat. Isi buah sentul berulas-ulas, lembut dan berwarna putih macam isi buah manggis.

Buah sentul?
Buah sentul?

Rasa buah sentul adalah masam-masam manis dan tidak mudah lekang daripada bijinya. Selain dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk. 

Rupanya kulit buahnya jugak boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sayur lemak dan dijadikan lauk. Tapi, tadi cikla buang kulitnya. Hehe. 

Dari segi khasiatnya pulak, ia mengandungi vitamin B, C, kalium dan fosforus. Kalau korang nak tau, air rebusan akarnya pulak boleh diminum bagi merawat cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut.

Akar dan kulit kayunya juga boleh digunakan oleh ibu-ibu selepas bersalin, di samping daunnya pulak kalau diletakkan pada kulit boleh merangsang peluh dan merawat gatal-gatal kulit. 

Selain itu, air rebusan daunnya jugak boleh digunakan dalam mandian untuk meredakan demam panas, dan kulit batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap. 

Selain itu, kayu pokok sentul jugak ada digunakan dalam pertukangan, pembinaan ringan dan pembuatan perkakas rumah.

Korang pernah makan buah ni tak?

  • Share:

You Might Also Like

14 Comments

  1. Ya Allah cikla ni fav Ain ni. Dulu belakang rumah ja pokok ni lepas hutan kena bersihkan dah lama tak dpt makan :( Sedap kaaaaaannn! Bila manis lagi sedap! tak guna pisau pun boleh. mcm kupas manggis ja haa. jgn tertelan biji pulak nahh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi... ye ke? Cikla baru ni pertama kali tgk dn mkn... tu yg mcm excited terlebih tu... haha

      Delete
  2. ada rupa buah duku juga ye cikla

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... seakan akan.. tp buah ni kulitnya tebal. mcm manggis...

      Delete
  3. Singgah pagi...
    Ooo...baru tahu,sebelum nie serius x tau...

    ReplyDelete
  4. haa, kelantan panggil buoh sto. kalau manggi buoh se'tor. yang ni kalau jeruk buat air bestnya minum dengan ais :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... boleh buat air gak ek.... mesti sedap sebb rasanya masam masam manis.

      Delete
  5. buah ni sedap.. tp jrng nk jmpa kat sni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap jugaklah... rasa masam masam manis...

      Delete
  6. Masa duk Teganu dulu, selalu jumpa buah sto ni.
    Kt JDT macam Xde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp.. mmg rare lah buah ni... payah nk jumpa dh skng kot...

      Delete
  7. Buah tampoi.. Bukan sentul

    ReplyDelete