Bersangka baik.

By Cikla Shahril - November 04, 2016

Dalam hidup ni, kita selalu disuruh bersangka baik. Sebab apa? Sebab, ia menunjukkan kita tak melihat diri kita sentiasa baik atau bagus dari orang lain. 

Lagipun, kalau kita asyik bersangka buruk je dah tentu tentu dapat dosa kan. Sekalipun kita melihat sesuatu perkara tu dan kita bersangka buruk, sebolehlah carilah alasan yang boleh membuatkan kita bersangka baik, mesti ada punya.

Sebenarnya, satu satu perkara yang boleh membuatkan kita bersangka buruk adalah nafsu kita sendiri, sebab daripada kita sibuk mencari aib dan kekurangan orang lain, kan lagi elok kita cari kekurangan diri sendiri dan perbaikinya. Betul tak?

Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani telah memberikan 6 tips untuk kita sentiasa bersangka baik. Jom baca.

Bersangka baik..... Sumber DINIHARI@IKIMfm

  1. Jika engkau bertemu dengan SESEORANG, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu: "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."
  2. Jika bertemu ANAK KECIL, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."
  3. Jika bertemu ORANG TUA, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
  4. Jika bertemu dengan SEORANG YANG BERILMU, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
  5. Jika bertemu dengan SEORANG YANG BODOH, maka katakanlah (dalam hatimu): "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
  6. Jika bertemu dengan ORANG KAFIR, maka katakanlah (dalam hatimu): "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

Pendapat cikla, ambil cermin dan cerminlah diri kita dulu sebelum kita 'mencermin' orang lain. Kata orang, satu jari menunjuk ke arah orang lain tapi kita lupa yang empat jari lagi menunding ke arah kita. 

Sumber : Facebook.com/Dato' Dr. Hj. Fadzillah Kamsah.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Wkmsalam.
    Kita akan beroleh kebaikan dengan bersangka baik sesama kita.

    ReplyDelete
  2. Kt pn idok lerr baik sgt. Mmg tk nafi, kdg mmg kt tgk org tu truk drp kt tp itu bkn tiket ntuk kita caci depa. Yg pnting slawat dlm ht, mntk kt jgn trlalai, mntk org tu dpt btolkan balik. Itu lbh bgus drp duk mninggi diri

    ReplyDelete
  3. Bersangka baik pun dapat pahala tak rugi pape pun.. Dunia akan aman kalau ramai yg amalkan sangka baik ni ;D

    ReplyDelete