Sharing to remind : Akibat solat di hujung waktu!

by - September 24, 2016

Sharing to remind : Akibat solat di hujung waktu! | Assalamualaikum wbt. Bila kita berkongsi tentang sesuatu yang baik, mungkin kebanyakan orang fikir kita nak tunjuk baik atau tunjuk pandai. Ye, cikla tau memang takde manusia yang sempurna dan lebih baik dari Yang Maha Esa, tapi atas dasar ingin saling mengingati sesama kita *juga sekaligus ingatan untuk diri sendiri, cikla rasa cikla patut share ni.

Bila bercerita pasal solat, semua orang tau solat tu tiang agama. Ada orang masuk je waktu, terus je pergi solat, tapi ada jugak yang sebaliknya. Jujurnya, ada jugak kadang-kadang cikla terlambat sikit menunaikan solat, dek kerana membereskan anak-anak terlebih dahulu. Astagfirullah, semoga Allah mengampunkan dosa cikla. Amin.

Bila kita baca perkongsian kat bawah ni, mesti automatik kita rasa takut kan bila kita mengenangkan apalah nasib kita di sana nanti. Sebelum tu, jom kita baca cerita di bawah ni.

Sharing to remind : Akibat solat di hujung waktu!


"Para malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, Al-Quran yang dibacanya. Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorang pun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat... Tidak!

Rasulullah SAW pernah berkata; "Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka." Dia mula menjerit; "Solat saya? Solat saya? Doa saya?" Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.


Sharing to remind : Akibat solat di hujung waktu!
Sharing to remind : Akibat solat di hujung waktu! Sumber Facebook. 

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, "Siapakah anda?" Orang tua itu menjawab, "Saya solat anda." "Mengapa kamu begitu lewat? Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur." Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya. "Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu solat Isyak. Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar."

Jujur, apakah perasaan korang sebaik sahaja habis membaca kisah kat atas tu? Allah, jujur cikla memang rasa terkesan sangat. Nak-nak pulak bila teringat akan kelalaian diri sebelum ni.

Semoga perkongsian ni memberi manfaat dan dapat mengetuk hati kita untuk berubah menjadi lebih baik.


Sumber : WhatsApp group (Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Raza).

You May Also Like

2 Orang yang komen.

  1. Betul 2..solat kena cepat..klu nak berjaya dan kuat

    ReplyDelete
  2. Allahu ! mek tk de la slalu tp mmg buat la --'

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.