Serat lebih berkesan dalam menurunkan berat badan.

By Cikla Shahril - August 11, 2016

Cikla rasa, kalau orang perempuan ni kalau tak isu menjaga dan menjadikan kulit wajah supaya lebih flawless dan mulus *baca SINI kalau nak tau lebih lanjut rasanya isu berat badan pun diaorang 'sangat kisah' jugak.

Kalau berat badan naik sikit je, mulalah risau. Mulalah tercari-cari diet yang sesuai untuk turunkan balik berat ke berat ideal. Bagi cikla, hal ni bukan setakat nak cantik je, tapi lebih kepada kesihatan diri pada masa akan datang. Betul tak? 

Jom baca apa yang cikla nak kongsikan ni. Just ambil serat je kalau korang nak turunkan berat badan. 

Serat lebih berkesan dalam menurunkan berat badan.
Serat lebih berkesan dalam menurunkan berat badan. Sumber Google. 

Sebelum tu, jom kita baca apakah dia serat tu. Untuk pengetahuan korang, serat adalah makanan pelawas yang berasaskan tumbuhan. Ia sepatutnya perlu ada setiap hari dalam menu kita. 

Sebenarnya, jumlah serat yang perlu diambil adalah bergantung kepada kalori makanan yang diambil, iaitu setiap 1000 kalori, serat yang dicadangkan adalah lebih kurang 14 g serat. 

Terdapat dua jenis serat iaitu serat tak larut, biasanya ada dalam kulit atau sekam makanan yang berasaskan tumbuhan. Ia tak larut dalam air, so ia senang melalui badan dan ini akan rangsang kekerapan asalkan kita minum air yang cukup.

Lagi satu, adalah serat larut, biasanya dijumpai dalam isi atau bahan dalam makanan berasaskan tumbuhan. Contohnya, isi epal yang mana ia tak melarut dalam air. Bila dicerna, ia akan membentuk seperti jeli dalam usus kecil dan bercampur dengan makanan yang dicerna separuh je.

Serat lebih berkesan dalam menurunkan berat badan.
Serat lebih berkesan dalam menurunkan berat badan. Sumber Google. 

Serat menjadikan kita rasa kenyang, tapi secara naturalnya ia rendah kalori. Kalau kita nak turunkan berat badan, kita kena bakar lebih banyak kalori. Betul tak? 

So, kat sinilah serat tak larut memainkan peranannya. Walaupun ia merupakan karbohidrat, tapi badan kita tak dapat nak cerna dia sebagus macam mana badan mencerna karbohidrat, gula, lemak dan lain-lain. 

Sebab itulah, kita akan rasa kenyang je, dan ia hilang tanpa penambahan kalori yang kita makan. Faham tak konsepnya tu? Hihi.

Serat bantu badan kita mengatur tahap gula dalam darah, yang mana ia boleh mengelakkan kita makan berlebihan. Kat sini, serat larut pulak yang memainkan peranannya. 

Bila ia bentuk bahan seperti jelly dan kemudian bercampur dengan makanan lain dalam usus kecil, gula dan lemak akan terperangkap sekaligus penyerapan akan menjadi lebih perlahan. 

Ia jugak boleh mencegah badan menyimpan lemak berlebihan dengan cara menstabilkan tahap gula dalam darah. Kesannya, berat badan dapat dikurangkan. Faham semua.

Lepas ni apa kata kita lebihkan serat dalam setiap menu kita. Manalah tau ia berhasil dalam usaha kita menurunkan berat badan. 

Lagipun, cara ni lebih sihat kot daripada kita ambil produk produk kelangsingan yang kadang kadang terpejam pejam jugaklah mata nak membelinya. Betul tak? 

Sumber : Ruangan Kelab Diet.

  • Share:

You Might Also Like

16 Comments

  1. nk diet tp nk mkn yg sedp..ala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp kan cikla rasa nk mkn sedap boleh je kot, tp kena hadkan.. Hehe...

      Delete
  2. bhgian serat, buah ok lg cik la, kalau sayurrrr. tinggal kenangan.. hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Mkn buah pun ok. Janji ada seratnya...

      Delete
  3. terima kasih atas informasi =)

    ReplyDelete
  4. Setuju cik La ... Hihihi ... I love fruits and vege =D

    ReplyDelete
  5. oh, bagus info ni. kena banyak makan serat nie.
    p/s: blogwalking sambil klik iklan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat... Tq.. Sudi singgah...

      Delete
  6. Siqah baru berjinak nak makan lebih banyak sayur. Hee. Kalau buahan tu makan dah. Sayur nie alahai. Payah lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi sayur sedaplah... Cuba mkn perlahan2. Try sikit sikit.. Nanti lama lama jd peveret...

      Delete
  7. Terima kasih cikla untuk infonya :)

    ReplyDelete
  8. betul. setuju.. makanlah benda yang banyak serat. nak membuang pun senang hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk membuang pun mmg penting. Kang sembelit susah pulak.

      Delete