Jom senyum.....

By Cikla Shahril - August 07, 2016

Orang cakap senyum itu satu sedekah. Bila kita senyum, orang cakap akan terserlah 'kecantikan' dan 'kehenseman' semulajadi  kita. 

Walaupun senyum ni kadang kala membawa maksud yang tersirat, tapi ia memberi makna tersendiri bagi seseorang itu. Ikhlaslah untuk senyum, sebab ia memberi manfaat yang kadang-kadang tak kita sangka.

Kalau korang nak tau, senyum itu merupakan 'solekan' paling indah sebab kesannya ia akan membuatkan wajah kita lebih cantik. 

Dengan tersenyum juga, kita akan mempunyai kekebalan badan yang lebih baik, so ni akan cegah kita dari menghadapi tekanan darah tinggi dan serangan jantung.

Selain tu, kalau kita tersenyum, ini akan memberikan kita mood yang lebih baik dan rasa bahagia sebab bila kita tersenyum, otak kita akan melepaskan hormon endorfin dan serotonin yang mencetuskan rasa bahagia dalam diri seseorang.

Aura positif pun akan terpancar dan ini menjadikan kita lebih percaya dengan kemampuan diri kita sendiri. Ini akan menjadikan kita lebih positif dalam hidup. So, pressure pun dapat dielakkan lebih lebih lagi bila melalui saat saat sukar.

Orang cakap, senyum ni satu 'penyakit' yang berjangkit. Mana taknya, selalunya kalau kita tersenyum pada orang lain, selalunya orang akan membalas balik senyuman kita. Kan dah berjangkit namanya. *kalau orang tu jenis susah nak senyum lainlah cerita.

Selain tu, dengan tersenyum, akan menjadikan wajah kita lebih menarik sebab ia memberikan daya tarikan tersendiri. Otot-otot senyum akan menjadikan kita lebih muda dan jangan tak percaya ia jugak boleh hilangkan masalah jerawat. Wah. Powernya senyum ni.

Jom senyum.....
Jom senyum..... Sumber Google.

Beberapa fakta pasal senyum ni. Jom baca ni.

  • Janin pun boleh tersenyum. Ini dibuktikan dengan gambar gambar 3D yang diambil sebab kebanyakan gambar janin tersenyum walaupun masih dalam kandungan lagi.
  • Selalunya, bayi boleh tersenyum masa tidur tanpa sebab pun.
  • Jangan tak percaya, bila seseorang tersenyum pada jarak 100 meter sekalipun senyuman itu boleh dilihat sebab ia merupakan ekspresi yang mudah dilihat berbanding ekspresi yang lain.
  • Kalau kita senyum pada orang yang kita tak kenal, kita rasa macam kita dah lama kenal orang tu. Betul tak? Lagi satu, kalau kita nak marah seseorang tu misalnya, lepas tu orang tu asyik senyum je, kita pun tak jadi nak marah. Ini sekaligus akan menurunkan hormon stress dan tekanan darah pun jadi lebih stabil.
  • Perempuan lebih mudah tersenyum berbanding lelaki. Betul ke tu? Sentiasa tersenyum jugak akan menjadikan kita awet muda. Dah tak payah nak makan ubat segala bagai senyum je banyak banyak. Hehe.
  • Kalau korang nak tau, budak-budak yang bahagia dan ceria boleh senyum 400 kali sehari berbanding orang dewasa hanya 20 kali sehari je. Ada yang lebih sadis 5 kali sehari je dia senyum. Selain dari tu, serius memanjang mukanya.

Tapi, korang kena ingat nak senyum pun mestilah kena pada keadaan dan tempatnya. Senyum lebih lebih kang orang ingat kita 'tingtong' lak. Hehe.  Let's smile.

Sumber : Ruangan Info Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Senyuman adalah satu sedekah =D kan Cik La hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Senang sgt nk dpt pahala kan... Nak x nk je... Hehe :)

      Delete