Kulit muka jenis sensitif? Macam mana nak merawatnya?

By Cikla Shahril - July 19, 2016

Ada orang mempunyai kulit muka jenis sensitif. Tak boleh guna produk yang sebarangan, tak kiralah murah ke mahal. Mulalah kulit jadi kering, kasar dan yang paling sedih bila muncul pulak cik cik jerawat yang mengusarkan hati. Betul tak? Tapi, jangan risau dah, meh baca ni tips yang cikla nak share ni. Manalah tau, tips ni dapat menyelesaikan masalah korang tu.  Jom baca.

Kulit muka jenis sensitif? Macam mana nak merawatnya?
Kulit muka jenis sensitif? Macam mana nak merawatnya? Kredit Google.

Kalau korang nak tau, minyak kelapa sesuai sangat untuk kulit muka jenis sensitif, sebab ia boleh meresap ke dalam kulit sekaligus melembap dan menyihatkan kulit kita. Kalau nak hasil yang memukau, apply minyak kelapa ni dengan mengoleskan ia ke wajah setiap hari terutama pada waktu malam. Cubalah!

Selain itu, korang boleh ambil tablet vitamin C sebagai supplement korang. Vitamin C dikatakan terbukti kaya dengan aktioksidan dan mampu menyembuhkan penipisan kulit kita disebabkan penggunaan krim steroid. Kalau tak nak amik tablet, makan aje buahan yang kaya dengan vitamin C seperti epal, lemon dan sebagainya. Lagi ok dan menyihatkan.

Madu juga sangat bagus di 'apply' pada orang yang mempunyai kulit muka jenis sensitif ni. Caranya yang mudah, iaitu hanya oleskan madu pada wajah kita dengan menambah sedikit air mawar ke dalamnya. Wajah akan jadi lebih lembut. Soft gitu. Boleh jugak kalau nak jadikan macam masker atau krim. Kesannya, kelembapan kulit akan sentiasa terpelihara, selain ia akan melindungi kita dari kesan buruk akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Kalau korang nak guna timun pun bagus jugak. Cikla rasa ramai yang dah tau kot yang timun ni orang selalu letak kat mata sebab ia boleh berfungsi sebagai bahan menghilangkan pigmentasi dan bengkak pada mata. Sifatnya juga boleh menjadikan kulit lebih lembap, lembut dan menghidrat. Untuk kesan yang lebih ummphhh, campurkan timun dengan madu, sebelum dioles pada muka korang.

Kalau yang ni memang cikla jarang dengar. Guna campuran mangga yang diparut bersama air mawar, madu dan minyak kelapa yang dijadikan masker sebelum dioles pada muka. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air bersih.

Tapi, bagi cikla apa yang penting 'kerajinan' dan 'kesungguhan' kita untuk menjaga kecantikan. Kalau malas, bagilah petua apapun, mesti tak jadi punyalah. Betul tak? Nanti siapa yang cantik berseri?  awak jugak. Hihi.

Sumber : Ruangan Sekilas Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. wow super nice entry.. paling suka point number 2...
    Vitamin C is wajib!! tp haruslah yg 100% semulaajdi dan bukan sintetik ...

    ReplyDelete