Jom amalkan 3x1/2 minit.

By Cikla Shahril - July 19, 2016

Apa dia 3x1/2  minit? Sejujurnya, cikla pun pertama kali dengar pasal ni. Ia dikatakan dapat menggelakkan kematian mengejut. Tapi, kalau dah ajal nak buat macam mana kan? Berbalik kepada tajuk entri, rasanya macam penting je untuk cikla share pasal ni. Mungkin ada yang dah tau, dan mungkin ada yang tak tau lagi.  Dah-dah, jom baca apa ceritanya. 

Jom amalkan 3x1/2 minit.
Jom amalkan 3x1/2 minit.

Sebenarnya, konsep 3x1/2 minit mengikut nasihat pakar, adalah; 

  • Kalau kita bangun dari tidur, jangan terus bangkit dari katil. Apa yang disarankan adalah, berbaringlah dulu selama 1/2 minit.
  • Selepas itu, bangun dan duduk di atas katil selama 1/2 minit. 
  • Kemudian, barulah kita turunkan kaki ke lantai, dan duduk di tepi katil selama 1/2 minit lagi. Lepas tu, barulah kita bangun untuk ke bilik air atau sebagainya. 

Apa kelebihan melakukan 3x1/2 minit ni? Untuk pengetahuan korang, bila kita melakukan 3x1/2minit ni, otak kita tak akan anaemic dan jantung tak akan alami kegagalan. Dan ini akan mengurangkan risiko terjatuh dan meninggal dunia semasa bangun di tengah malam macam yang selalu kita dengar dan baca.

Lagipun, mungkin kebanyakan orang yang bangun di tengah malam untuk membuang air atau sebagainya melakukan dengan terlalu cepat, iaitu bangun cepat cepat dari katil dan terus je toilet. 

Kalau kita terus bangun, otak masih kekurangan aliran darah. Bangun secara tiba tiba akan menyebabkan otak jadi anaemic dan jantung alami kegagalan disebabkan kekurangan aliran darah kepadanya. 

Kita bukannya nak menidakkan apa yang ditakdirkan. Tapi, tak salah rasanya kalau kita cuba mengambil langkah langkah pencegahan supaya perkara yang buruk dapat dielakkan. InshaAllah....

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments