Tips atasi amukan si kecil.

By Cikla Shahril - May 03, 2016

Kadang-kadang mood anak kita ni memang susah nak dijangka kan? Tengah-tengah syok dia main, tiba-tiba dia mengamuk dan menangis tak berhenti sambil bergolek-golek di lantai. Kalau kat rumah ada jugak ampunnya. Tapi, macam mana pulak kalau kat luar lebih-lebih lagi di tempat awam atau dekat rumah orang. Mak ayah pun boleh hilang sabar jugak kan bila tengok perangai si kecik ni macam ni. Ada sesetengah tu makin kita pujuk, makin menjadi pulak nangisnya. Aduh, tambah-tambah pening kepala melayan kerenah mereka ni.

Mengamuk jugak dikenali sebagai tantrum disifatkan sebagai perkara biasa yang berlaku pada kanak-kanak berumur 15 bulan hingga 4 tahun. Ia biasanya terbahagi kepada 3 kategori iaitu pada usia bawah 3 tahun, biasa ditunjukkan dengan tangisan diikuti dengan pukulan, jeritan atau menendang sesuatu. Malah ada yang lebih teruk dia akan melentur-lenturkan badannya dan paling sadis menghantuk kepalanya ke dinding.

Kategori ke-2 adalah pada umur 3-4 tahun bila kanak-kanak itu menunjukkan ekspresi marah yang ditunjukkan dengan merengek, marah sampaikan ada yang menghentak-hentak kaki. Manakala, kategori ke-3 adalah pada umur 5-6 tahun bila mana mereka memarahi diri sendiri, memukul apa yang ada di sekitar mereka sampai merosakkan barang yang ada dengan mereka.

Macam anak cikla, lebih-lebih lagi yang kecik tu, mengamuk memang 'tak ingat punya'. Lebih-lebih lagi nak dapat adik ni, lagilah mood dia kejap ke laut, kejap ke darat. Tak boleh salah sikit, mulalah nak meragam. Lari sambil menangis. Adeh. Kadang-kadang tengok comel pun ada, geram pun ada.  Hehe. Ni belum lagi dua kakaknya tu, lagilah. Memang pening dibuatnya. Kalau dia dapat apa yang dia nak, barulah dia berhenti menangis.

Tips atasi amukan si kecil.
Tips atasi amukan si kecil. Kredit Google. 

Sebenarnya, anak akan lebih kerap melakukan tantrum bila mak ayahnya mengikut saja kemahuan dia. Kalau nak tau 'penyebab' tantrum, kita kena tau 'pola' asuhan mak ayahnya. Mak ayah kena terapkan pola komunikasi yang baik dalam membentuk hubungan mereka dengan anak. Apa yang penting, lihat tantrum dari sudut positif, sebab tantrum adalah 'peluang baik' bagi anak macam mana nak uruskan kemarahan mereka. Apa yang penting, mak ayah kena ajar anak anak macam mana nak 'uruskan' kemarahan mereka itu.

Tindakan mak ayah kalau tantrum berlaku di rumah.

Apa yang penting mak ayah kena bertenang. Bawak anak ke tempat yang selamat dan biarkan dia bersendirian sekejap. Tinggalkan bilik, tutup pintu dan biarkan anak kembali tenang, sebelum datang semula melihat mereka. Tapi, kalau kita risau nak tinggalkan anak sorang-sorang, duduk di samping dia tanpa sebarang respon. Tak payah pandang anak, bila dia dah nampak tenang, cuba bercakap dan berbincang apa sebenarnya yang dia nak sampai dia mengamuk macam tu. 

Tindakan mak ayah kalau tantrum berlaku 
di tempat awam.

Kalau anak mengamuk di tempat awam, kalau boleh bawa anak keluar dari kawasan itu, dan bawa di ke tempat yang lebih privasi *contohnya dalam keretaKita boleh sama ada berdiri di luar kereta atau duduk dalam kereta tapi jangan bagi apa-apa respon pada anak. Bila anak nampak tenang, baru bercakap dengan anak mengenai kelakuannya. Tapi, kalau anak mengamuk di tempat yang kita tak boleh nak bawak dia ke tempat lain *seperti dalam kapal terbang, pastikan kita yang bertenang, dan abaikan dulu kelakuan anak. Bila anak dah tenang, barulah berbincang mengenai kelakuannya tadi.

Tips atasi amukan si kecil.
Tips atasi amukan si kecil. Kredit Google.

Ada tips lain ke macam mana nak atasi tantrum si anak ni?

Memang ada. Antara tipsnya adalah;
  1. Kita kena bertenang dan sabar menghadapi kerenah anak anak. Tak guna bersikap pemarah sebab ini akan membuatkan keadaan lagi bertambah buruk. 
  2. Biarkan anak reda dan tenang, kemudian barulah bercakap dengannya. Bagi peringatan kepada anak dengan tegas tanpa marah.
  3. Elak dari memukul anak, tapi adalah lebih elok kalau kita memeluk anak dengan penuh kasih sayang sampai hilang 'amukan'nya.
  4. Biarkan anak bercerita sambil menangis, tapi sebaiknya jangan ikut sangat kehendak anak ketika anak sedang mengamuk sebab dia akan melakukan perkara yang sama pada masa akan datang. Elakkan memberi anak 'hadiah' untuk menghentikan amukan mereka.
  5. Pastikan kita menukar amarah anak kepada perkara yang lebih positif, dan takde barang yang boleh membahayakan anak kalau dia tengah mengamuk.
  6. Berkomunikasilah secara terbuka dengan anak, dan apa salahnya beri kata kata pujian padanya walaupun kita sedang 'memarahinya'.
Lagi tips untuk anak yang suka mengamuk dan menjerit.

  1. Ambil anak dan letakkan atas riba. Pegang anak dari belakang dan bawa kepalanya bersandar di dada kita. Kemudian, bisikkan sesuatu dan bagitau pada dia yang kita sentiasa dekat dengannya dan faham perasaan mereka. Sebagai orang Islam, ajarkan anak ayat tertentu, manakala bagi yang bukan Islam ajarkan anak-anak kaedah moral. Kemudian, tenangkan anak dengan kata-kata kasih sayang, tapi jangan lupa yang kita jugak kena bertenang. Janganlah marah atau menjerit atau memukul dengan alasan nak mendisiplinkan anak. Perbuatan ni akan menjadikan anak suka memberontak dan pengecut. Mungkin anak mengamuk sambil menjerit sebab dah terbiasa dengan kelakuan mak ayahnya yang suka menjerit jugak.
  2. Kalau anak tak nak dipegang, biarkan anak seketika tapi kita duduk tak jauh dari anak. Biarkan mereka layan perasaan dan beransur tenang. Sebutkan kata kasih sayang dan mungkin anak akan menangis sebab nak lepaskan rasa tak puas hatinya. Berikan sikit ruang pada anak dan cakap pada anak kalau dah 'puas' mengamuk boleh datang pada kita. Bila anak dah tenang, bercakaplah dengan baik yang dia tak perlu nak mengamuk bagai dan dengar apa pulak cakapnya. Kita boleh jugak alihkan perhatian mereka pada perkara lain *seperti memberi dia mainan atau mengajak dia melakukan aktiviti bersamanya.

Tips atasi amukan si kecil.
Tips atasi amukan si kecil. Kredit Google. 


Apa yang penting, kita kena kawal emosi kita dalam menghadapi mood anak-anak ni. Kalau kita marah marah pun, keadaan tak kan jadi reda, malah jadi lagi teruk. Begitulah cabaran kita sebagai mak ayah dalam mendidik dan mengasuh anak kita, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil.

Sumber : Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments