Masalah keputihan merunsingkan hati.

By Cikla Shahril - May 10, 2016

Cikla percaya, kebanyakan wanita mesti pernah atau sedang mengalami masalah keputihan ni kan? Pada sesiapa yang tak tau, sebenarnya keputihan ini adalah merupakan lelehan lendir yang berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar dari faraj.

Ada kajian menunjukkan 75% wanita yang berkahwin akan mengalami masalah ni disebabkan oleh aktiviti seksual. 

Para wanita kena amik kisah mengenai masalah keputihan ni dan jangan pandang ringan terhadap risiko dan bahaya masalah ni.

Masalah keputihan merunsingkan hati.
Gambar hiasan. Kredit Google. 

Amnya, ia terbahagi kepada dua jenis iaitu;
Masalah keputihan fisiologis.

Keputihan ini adalah normal dan tak menunjukan gejala penyakit, sebab ia sering berlaku bila seseorang wanita itu mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi *kitar haid. Ia selalunya berwarna putih/krim, tak berbau dan tak sebabkan gatal pada faraj. Biasanya ia sedikit dan bentuk cecair.

Masalah keputihan patologik.

Keputihan sebegini sifatnya lebih kronik dan ia menunjukkan tanda tanda penyakit. Ia biasanya dalam bentuk lendir yang kental, berwarna kuning/kelabu/hijau dan berbau busuk serta sebabkan kegatalan pada faraj. 

Keadaan ni disebabkan oleh jangkitan kuman sama ada bakteria atau kulat. Keputihan sebegini mesti dirawat.
 
Banyak sebab, dan antara penyebab terkuat adalah kebersihan. Kita mesti menjaga kebersihan bahagian 'sulit' *faraj kita supaya terhindar dari jangkitan. 

Cuci bahagian ni dengan air bersih dan pastikan ia kering lepas kita membuang air kecil dan melakukan akitiviti seksual. 

Kalau bahagian ni lembap, keadaan ni akan menyebabkan dan menggalakkan 'pertumbuhan' dan jangkitan bakteria dan kulat. Emmm, takutnya.

Sebenarnya, gangguan keseimbangan hormon boleh jadi penyebab kepada masalah keputihan ni. 

Ini *keseimbangan hormon disebabkan oleh rembesan hormon estrogen *hormon pembiakan pada wanita mengandung boleh menyebabkan kulat lebih senang 'melekat' pada dinding faraj.

Pengambilan antibiotik yang berlebihan jugak boleh menyebabkan bakteria semulajadi pada faraj akan mati dan ini akan menggalakkan pertumbuhan 'bakteria jahat' dan kulat. 

Wanita yang alami stress, di samping pengambilan pil perancang boleh mengalami ketidakseimbangan hormon dan ini turut menjadi penyebab kepada masalah keputihan.

Wanita yang menjalani gaya hidup yang tak sihat jugak lebih cenderung mengalami masalah keputihan ni disebabkan aktiviti seks rambang dan dah tentulah dia lebih terdedah kepada 'penyakit' keputihan ni.


Selain tu, wanita yang menghidap diabetes lebih berisiko mendapat keputihan sebab kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj boleh menggalakkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak dalam faraj, di samping wanita yang menghidap penyakit AIDS, leukemia dan barah jugak berisiko tinggi mendapat penyakit keputihan ni. Just beware!

Masalah keputihan merunsingkan hati.
Gambar hiasan. Kredit Google. 

Kalau korang nak tau, stress menjadi salah satu sebab kepada masalah keputihan ni. So, jom kita atasi stress supaya kita boleh menghindarkan diri dari masalah keputihan ni. Jom baca ni.

  1. Bijak merancang masa antara tanggungjawab di tempat kerja dan di rumah. Jangan paksa diri dan aturlah ikut kemampuan kita.
  2. Terima hakikat yang kita bukanlah 'manusia hebat ' yang boleh melakukan itu dan ini. Lakukan mengikut kemampuan kita dan tak payahlah nak jadi orang lain demi memenuhi kehendak mereka sampaikan masa untuk diri sendiri pun takde.
  3. Kawal stress dengan sentiasa beristighfar dan tenangkan diri. Cuba alih perhatian dari memikirkan 'stress' itu. Paling mudah, ambillah wuduk dan bersolatlah, inshaAllah ketenangan akan datang.
  4. Kongsi masalah dengan orang yang rapat dan boleh dipercayai. Kadang kadang kita tak boleh nak pendam sesuatu perkara atau masalah tu seorang diri. Luahkanlah, sekurang kurangnya rasa 'bebanan' fikiran tu akan ringan sedikit dan jiwa kita rasa lebih tenang.
  5. Rehatkan diri kita atau curi masa untuk melakukan aktiviti kesukaan kita.  Selain tu, catat masalah kita *dalam diari atau bog peribadi kalau kita tak boleh nak luahkan rasa dan masalah kita dengan orang lain. Kadang kadang dengan menulis pun, kita dapat release kan stress kita. Cubalah.

Bagi cikla, walaupun kita rasa masalah keputihan ni bukanlah satu masalah yang serius, tapi jangan pandang ringan. Lama-kelamaan yang biasa itu akan jadi luar biasa, dan jangan masa tu nak menyesal pun takde gunanya dah.

Bak kata orang tua-tua, cegah sebelum kena. Itu lebih baik kan?

Sumber : Ruangan Info Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments