Mahu kekal bertenaga? Jom amalkan ni.

By Cikla Shahril - May 19, 2016

Siapa yang tak nak nampak bertenaga dan cergas sepanjang hari kan? Nak buat kerja pun rasa bersemangat je, dan ini sekaligus dapat meningkatkan produktiviti kita dalam kerja yang dilakukan itu. Macam mana nak buat diri kekal bertenaga? Jom baca ni.

Mahu kekal bertenaga? Jom amalkan ni.
Mahu kekal bertenaga? Jom amalkan ni. Image credited to google.

Jangan berlengah mengambil sarapan pagi, sebab kalau korang nak tau ia adalah sajian terpenting sekali jika dibandingkan dengan lunch dan dinner

Jangan sesekali terlepas sarapan pagi, dan kalau tak sempat nak sarapan sekurang-kurangnya ambillah breakfast bar, pisang, epal atau segelas jus. Itu pun dah ok dah.

Tak dinafikan dengan bersenam akan dapat meningkatkan tahap tenaga kita. Kalau kita terlalu sibuk sekalipun, cuba susun jadual sebaiknya supaya masih ada masa untuk kita bersenam, semuanya demi kesihatan yang unggul, paling tak pun luangkanlah masa walaupun hanya 15 minit sehari.

Makan dengan kerap tapi sedikit, sebab ada kajian mengatakan makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap dapat menyihatkan dan beri banyak tenaga. Kita boleh jugak ambil makanan ringan yang sihat setiap 4 jam supaya tenaga dapat dikekalkan.

Tambah diet kita dengan mengambil makanan tambahan. Kadang-kadang kita akan rasa penat dan letih yang melampau, mungkin tanda sel dalam badan tak mendapat nutrien yang cukup. So, dengan makanan tambahan tenaga dapat ditingkatkan.

Jangan lupa mengambil makanan tinggi tenaga seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam dan daging tanpa lemak dalam diet seharian kita.

Minum sekurang-kurangnya 2L air sehari sebab ia ternyata membantu kita kekal bertenaga dan mengekalkan rasa kenyang dengan lebih lama. Minum minuman berjus jugak *seperti jus epal dan oren yang ori dapat membekalkan tenaga yang banyak, terutama bila kita mula rasa keletihan.

Sumber : Ruangan Info Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Siqah masih takde ambil makanan tambahan. Perlu difikirkan tu tambah lagi umur makin meningkat ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut orang jugak kot. Mmg ada yg suka ambik supplement. Tp bg cikla kalau kita mkn mknn seimbang, cukup dengan buah dan sayur, lepas tu minum air putih yang cukup pun dah ok dah kan... Betul tak?

      Delete