Langkah demi langkah: Cara meneran semasa bersalin.

By Cikla Shahril - May 24, 2016

Orang cakap, macam macam pengalaman dan keadaan yang dialami oleh si ibu semasa menghadapi detik-detik melahirkan, bermula dari rasa sakit kontraksi awal sampailah baby nak keluar dah. 

Bila mengenangkan tu semua, mesti kadang-kadang terlintas jugak kan "Alah, seriknya nak mengandung lagi." Tapi tak jugak kot, masa bersalin anak sulung, amboi cakap seriklah, tobatlah. Tup tup. Ha kau, 6 anak dia. Hehe.

Sebenarnya kalau korang nak tau, itulah moment terindah yang dianugerahkan kepada ibu-ibu merasai betapa indahnya pengalaman start dari saat baby 'sebesar biji kacang' dalam perut sampailah menjadi 'seorang manusia'. 

Bersyukurlah. Kita adalah insan terpilih sebab tak semua orang terpilih untuk merasai ni semua.

Sebenarnya cikla nak share macam mana cara nak meneran dengan betul semasa melahirkan nanti. Mungkin sebelum ni kita tak tau pun dan ingat perkara remeh temeh, bak kata orang kalau dah sakit, teran ajelah kan. 

Tapi, ada caranya supaya semasa proses melahirkan nanti, baby akan 'keluar' dengan senang dan ibu pun rasa lebih selesa dan tak stress.

Caranya begini, langkah demi langkah, iaitu;

  1. Angkat kepala sampai dagu kita mencecah dada.
  2. Mata pulak pandang ke perut.
  3. Tangan pegang bahagian kaki yang berhampiran buku lali.
  4. Semasa meneran jangan keluarkan suara atau menangis sebab ini akan buat ibu jadi kurang bertenaga dan tak kuat atau cepat letih dan penat.
  5. Semasa meneran jugak, jangan sesekali mengangkat punggung sebab keadaan ni akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar berlaku di bahagian vagina.
  6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam kita nak buang air besar tu, tapi tanpa blow nafas kita.
  7. Teranlah sekuat yang kita terdaya selama yang boleh dan curi nafas, kemudian sambung teran balik. Setiap kontraksi cuba 3 kali teran. Tapi ingat, masa kontraksi je push sebab masa tu baby pun bergerak sama, so jangan buang masa. Kalau rasa kontraksi terus push macam cara-cara tadi.  Kalau takde kontraksi, just relax.
  8. Jangan lupa baca  BISMILLAH dan SELAWAT. Oh ye, banyakkan jugak baca DOA NABI YUNUS AS.
  9. Kongsilah tips ni dengan husband supaya dia dapat mengingatkan kita. Mungkin masa tu kita akan terlupa sebab tengah menahan sakit. Bila husband dah tau, mudah dia boleh bagi panduan dan ingatkan kita. Husband pulak bisikkanlah kata-kata semangat pada isteri. Sekurang kurangnya ia dapat memberi semangat dan kekuatan pada isteri mengharungi saat-saat melahirkan zuriat korang. Ingat tu husband.

Cikla pun nak 'take note' jugak ni, walaupun dan pernah melahirkan 3 kali tapi kadang-kadang boleh 'terlupa' jugak.

Sumber : facebook.com/Dunia Kehamilan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Setiap kali cikla mengandung, mesti pengalamannya berbeza kan.. Proses melahirkan juga pasti berbeza. Insyallah. Moga dipermudahkan semuanya bagi cikla. Amin :)

    ReplyDelete