Jerawat tumbuh di badan? Macam mana ni.

By Cikla Shahril - May 24, 2016

'Alamak... jerawat tumbuh kat badan pulak dah'. Ada sesetengah orang memang mengalami masalah seperti ni. Jangan ingat jerawat tumbuh kat muka je, tapi kat badan pun boleh jugak tau. Biasanya ia mucul di bahagian belakang badan, dada, punggung dan jugak leher.

Sebenarnya, kalau korang nak tau, keadaan ni lebih berpunca dari perubahan hormon semasa datang bulan atau mengandung, kalau perempuanlah. Ada jugak yang mengatakan ia berpunca dari penggunaan pil perancang, ubat steroid dan pengambilan vitamin B12.

Selain tu, memakai pakaian yang terlalu ketat dengan material pakaian yang tak serap jugak boleh menyebabkan permasalahan ni, di samping ketakpekaan dalam menjaga kebersihan tubuh badan. Dah dah, jangan risau sangat. Meh baca ni,  cikla nak share beberapa tips yang boleh kita cuba untuk mengatasi masalah ni.

Jerawat tumbuh di badan? Macam mana ni.
Jerawat tumbuh di badan? Macam mana ni. - Image credited to google.

Melulur badan dengan lulur putih telur bersama timun.

Bahan-bahannya adalah, bahagian putih telur ayam kampung dan timun yang dipotong kecil. Caranya adalah, kisar timun kemudian campurkan dengan putih telur. Gaul campuran sekata, kemudian oleskan pada bahagian badan yang berjerawat. Biar lulur kering sebelum di cuci dengan air suam. Kalau nak dapatkan hasil terbaik, sebelum mengoleskan lulur, mandi dulu dengan menggunakan sabun antibakteria. Buatlah 2 kali seminggu in shaa Allah hasilnya memang tak mengecewakan korang. Cubalah.

Mengoles badan dengan menggunakan campuran gula pasir dan yogurt.

Bahan-bahannya adalah, gula pasir dan yogurt original. Caranya mudah je, hanya campur dan gaulkan kedua bahan ni, kemudian oleskan pada badan perlahan-lahan. Kemudian, biar kering sebelum dibilas dengan air suam *bilas bersih-bersih tau, nanti kang semut hurung pulakHihi. Kesannya bukan hanya dapat rawat jerawat tapi bantu jadikan kulit badan lebih licin, halus dan cerah. Let's try.

Penggunaan lendir daun lidah buaya.

Bahannya adalah, daun lidah buaya yang dipotong kepada 2 bahagian, kemudian ambil lendirnya. Caranya pulak adalah, hanya sapukan lendir lidah buaya tu pada bahagian badan yang berjerawat, kemudian biar kering. Selepas kering, baru dibilas dengan air bersih. Kelebihannya adalah, jerawat nanti akan kecut dan yang 'best' nya ia tak kan tinggalkan parut pun.

Tapi, korang kena ingat jangan biarkan kulit badan terkena bahagian daunnya sebab ia boleh menjadikan kulit merasa gatal dan miang. Apa lagi, cubalah ye. Nak-nak pulak pada yang 'menderita' masalah jerawat ni.  *citt, siap guna ayat menderita lagi

Sumber : Ruangan Tips Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Siqah tiada masalah ni. Tapi kawan ada. Siqah mintak nak copy link blog cikla ye :) Tq cikla :)

    ReplyDelete