Hadiah terbaik.

By Cikla Shahril - May 10, 2016

Hadiah tidak semestinya sesuatu yang berupa wang ringgit atau kebendaan. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang tanpa perlu membelanjakan wang, iaitu;

  • Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.
  • Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah kemaafan.
  • Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah kejayaan.
  • Hadiah terbaik untuk murid adalah tauladan.
  • Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah kasih sayang.
  • Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah al-Fatihah.

Hadiah terbaik.
Hadiah terbaik. Sumber Google.

  • Hadiah terbaik untuk ibu bapa adalah kebaktian.
  • Hadiah terbaik untuk isteri adalah penghargaan.
  • Hadiah terbaik untuk suami adalah kesetiaan.
  • Hadiah terbaik untuk anak adalah pendidikan.
  • Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah kejujuran.
  • Hadiah terbaik untuk orang yang tak dikenali adalah senyuman.
  • Hadiah terbaik untuk Rasulullah SAW adalah selawat.
  • Hadiah terbaik untuk Allah SWT adalah ketaqwaan.

Oleh itu, sentiasalah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada insan disekeliling kita sebab 'pemberian' kita pada hari ini adalah ganjaran buat hari esok. Renung-renungkan dan selamat beramal. 

Sumber : Group WhatsApp.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. sebenarnya hadiah bukan berupa barang semata.. banyak lagi boleh dijadikan "hadiah"

    ReplyDelete