Cecair pencuci bahagian intim, selamatkah?

By Cikla Shahril - May 15, 2016

Rasanya, tak dinafikan ada sesetengah wanita yang mengalami masalah sebegini kan? Puas jugak cuba macam-macam brand cecair pencuci bahagian intim, tak kurang jugak cuba macam-macam petua, tapi masih lagi mengalami masalah ni. 

Apa yang menjadi persoalan apakah penggunaan cecair pencuci bahagian intim ni selamat dan elok digunakan?

Kalau korang nak tau, kebanyakan doktor memang tak menggalakkan wanita mencuci faraj dengan menggunakan cecair sebegini, tapi seeloknya mencuci dengan menggunakan air suam sebab ia lebih selamat.

Lagipun, penggunaan cecair pencuci ni akan mengubah keseimbangan 'bakteria' yang hidup dalam faraj. 

Faraj yang sihat mempunyai bakteria baik dan jahat, so kalau cuci guna cecair ni akan menyebabkan bakteria jahat membiak dengan banyak, sekaligus  menyebabkan jangkitan di samping mempengaruhi kadar keasidan semulajadi dalam faraj yang sihat. 

Apa yang menakutkan adalah, kalau kita memang dah alami masalah jangkitan faraj, ini akan menyebabkan bakteria yang sebabkan jangkitan boleh ditolak masuk ke uterus, tiub fallopio dan ovari kalau kita masih menggunakan cecair pencuci bahagian intim ni. 

Cecair pencuci bahagian intim, selamatkah?
Gambar hiasan. Kredit Google. 

Keadaan ni juga boleh menyebabkan masalah keradangan pelvis. Ada beberapa masalah yang akan timbul, iaitu;
  1. Jangkitan dalam faraj *bacterial vaginosis. 
  2. Penyakit keradangan pelvis *jangkitan dalam organ pembiakan yang selalunya disebabkan oleh penyakit kelamin. 
  3. Masalah masa mengandung *seperti kelahiran pramatang dan kehamilan ektopik. 
  4. Penyakit kelamin *seperti HIV. 
  5. Masalah kekeringan/kerengsaan pada faraj. 

Sebenarnya, wanita tak perlu pun nak guna cecair pencuci bahagian intim semata-mata untuk hilang bau pada faraj, sebab penggunaan cecair ni hanya dapat hilangkan bau yang tak enak dalam masa yang singkat je. 

Bukan lama pun, malah ia akan beri masalah lain pulak nanti. Kalau kita alami masalah yang berkaitan dengan faraj, sebaiknya pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. 

Namun, perlu ke wanita nak cuci bahagian dalaman faraj jugak?
 
Sebenarnya tak perlu pun, sebab badan kita secara natural akan mengeluarkan dan membersihkan faraj. Kalau kita mengalami apa-apa masalah kerengsaan dan bau yang kurang menyenangkan, ini bermakna ada masalah kesihatan lain.

Kalau ada apa apa yang musykil, pergi je jumpa doktor atau pakarnya. Itu lebih baik dan selamat. Betul tak?

Ohhh, kalau macam tu, ada cara terbaik ke yang boleh digunakan? 
 
Sebaiknya, biarlah faraj dibersihkan secara semulajadi atau sendirinya, sebab faraj dengan sendirinya akan dicuci melalui penghasilan mukus yang mana ia akan membersihkan darah, air mani dan lelehan faraj. 

Tapi, kalau kita alami masalah bau yang keterlaluan, eloklah berjumpa doktor, tapi korang kena tau walaupun faraj bersih dan sihat tetap akan mengeluarkan sedikit bau yang berubah sepanjang hari, bergantung kepada aktiviti seharian kita. 

Cecair pencuci bahagian intim, selamatkah?
Gambar hiasan. Kredit Google. 


Jangan risau. Keadaan ni memang biasa dan normal. Untuk memastikan faraj bersih dan sihat,  apa kata korang ikut tips ni, iaitu;

  1. Bahagian luar faraj dicuci menggunakan air suam je setiap kali kita mandi. 
  2. Kalau boleh, elakkan menggunakan tampon, panty liner, bedak atau semburan, lebih lebih lagi yang ditambah dengan pewangi. 

Marilah kita menjaga 'aset' kita yang satu ni,  untuk mengelakkan dari terkena jangkitan atau penyakit sekaligus memilik faraj yang sihat.

Sumber : Ruangan Kesihatan. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Siqah pun pernah dengar pasal cara pencucian faraj ni. Ada juga pakai cuma memang jarang sangat sebab serius risau juga. Bahan kimia juga kan akhirnya.. Huhu.

    Tq cikla untuk tips ni. Boleh buang jela pencuci intimate tu..

    ReplyDelete