Tips untuk long distance couple hangatkan hubungan walaupun berjauhan.

By Cikla Shahril - April 21, 2016

Orang cakap tinggal berjauhan dengan pasangan, nak-nak pulak pasangan suami isteri memang banyak cabaran dan dugaannya. Sorang di utara, sorang di selatan. Jumpa pun 2 minggu sekali dan ada yang jumpa pun sebulan sekali. 

Wah, kalau macam tu memang hebatnya diaorang menanggung rindu. Pasangan macam ni memang cikla salute! 

Betapa mereka berusaha melawan semua rasa yang datang. Rasa rindu, sedih, curiga dan macam-macam lagilah. 

Semuanya perlukan 'kekuatan hati' dalam menghadapi keadaan ini. Pengorbanan yang besar demi anak dan kasih sayang yang utuh.

Tips untuk long distance couple hangatkan hubungan walaupun berjauhan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh long distance couple demi mengekalkan keutuhan menghangatkan hubungan;

Komunikasi; 
Ini sangat penting. Zaman sekarang ni memang takde alasanlah kalau nak cakap susah nak berhubung dengan pasangan kita. Sms, wahatsapp, email, messenger, semua ada. Pilih je yang mana lebih mudah. 

Lakukan setiap hari walaupun hanya bertanya khabar. Ini juga dapat mengelakkan pasangan rasa sunyi malah rasa lebih dihargai dan diingati.

Berkongsi apa saja; 
Elakkan berahsia dengan pasangan. Tanya dan beritahu apa saja mengenai apa yang kita buat, malah kongsikan apa saja cerita yang anda lalui semasa ketiadaan dia di sisi. 

Ini akan menjadikan rasa sayang wujud antara pasangan.

Romantik; 
Jangan jadikan alasan duduk jauh tak boleh nak romantik. Boleh aje dong. Korang boleh aje nak hantar bunga ke, hadiah ke pada pasangan. 

Mereka mesti suka lebih-lebih lagi apa yang menjadi kegemaran mereka. Lagi excited lah mereka jadinya.

Setia; 
Wah wah, bagi cikla ni antara yang paling penting. Kena setia. Jaga kesetiaan dan kepercayaan pasangan pada kita. Jangan ingat kita duduk jauh, pasangan kita tak tau. 

Kalau korang nak tau, 'kata hati' isteri ni kadang-kadang betul tau. Nak-nak pulak kalau dia tengok pasangannya tu macam berubah je. Tak percaya? Cubalah buat.

Elak rasa cemburu;
Orang cakap cemburu tandanya sayang. Tapi janganlah berlebihan sangat. Kalau korang rasa macam ada yang tak kena tanya je direct. Tak yah nak 'makan hati' bagai. Kita juga yang tak tenang jadinya. Lepas tu asyik nak sensitif je. 

Lama-lama pasangan kita naik bosan pulak dengan kita. Pada cikla, berterus teranglah. Itu lebih baik, walaupun hakikatnya 'pahit' untuk ditelan. 

Memahami;
Kalau ada masalah yang timbul, cuba fahami apa yang sebenarnya berlaku. Saling tolak ansur dan memahami itu penting. 

Bukan apa, takut masalahnya kecik je, tapi boleh berlarutan sampai jadi besar dan parah. Lagipun, dengan memahami pasangan dapat meredakan kemarahan mereka. Mereka akan lebih cool.

Buang sikap ego;
Setiap orang pasti ada rasa egonya. Kadang kala sikap ego yang keterlaluan akan memakan diri sendiri. Tak salah kalau kita rendah diri sikit untuk mengaku kesilapan kita dan say sorry

Apa yang kita dapat kalau terlalu ego dengan pasangan? Takut nanti bila 'burung' dah terbang menyesal tak sudah pulak.

Berjumpa;
Pastikan kita bertemu dengan pasangan kita walaupun seminggu atau sebulan sekali. Luangkan masa untuk pasangan kita dan jadikan ia sebagai komitmen kita. 

Bila dah jumpa tu, layanlah dia dengan baik. Jangan pulak nak marah, gaduh dan bertelagah masa jumpa tu. Habiskan masa yang ada sebaik mungkin supaya kita rasa saling menghargai antara satu sama lain.

Tips untuk long distance couple hangatkan hubungan walaupun berjauhan.
Long distance couple, romantik itu perlu... Image credited to google.

Bagi cikla, tak kiralah sama ada hubungan jarak jauh atau dekat, semuanya memerlukan apa yang cikla kongsikan di atas. Tapi, hubungan jarak jauh lebih lagi. Hubungan sebegini bukan saja mencabar malah kesetiaan, hati dan kepercayaan akan sentiasa diuji. 

Jadi, bertabahlah dan sentiasa berdoa semoga Allah selalu menguatkan hati kita menghadapi cabaran yang datang. InshaAllah.

Sumber : Ruangan Kasih dan Sayang.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. setia dan memahami sangat penting dalam hubungan cinta.. siqah pernah berjauhan dengan kekasih (now suami) selama 4 tahun masa siqah belajar. pasangan berkasih long distance sangatlah kena tabah dan kalau boring camne pun, please jangan buat something yang akan menyesal di kemudian hari :)

    ReplyDelete
  2. setuju setuju..! (^^,) hubungan jarak jauh menuntut kesabaran, kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran yang tinggi. Ramai yg kecundang dgn hubungan jarak jauh.. tp andai Allah da tetapkan jodoh, tak ke mana kan cikla..? =)

    ReplyDelete
  3. Hubungan macam ni memang banyak ujiannya kan Cikla.. Respect pasangan suami isteri yang macam ni

    ReplyDelete
  4. betul. PG setuju semua yang ada dekat atas. tanpa semua tu, hubungan tu pasti akan ada masalah. berdoalah. :)

    ReplyDelete