Tips ubati kesedihan.

By Cikla Shahril - April 14, 2016

Sebagai manusia biasa kita tak dapat lari dari menghadapi masalah, juga rasa gembira dan sedih. Itu lumrah. Masalah yang berlaku pastinya akan membuat kita rasa sedih, stress, dan macam-macam lagi. 

Rasa-rasa itu memang kita tak boleh nak elak. Orang yang berfikiran positif akan menganggap itu semua cabaran dan ujian. 

So, be positive.  Meh cikla nak share beberapa tips yang mungkin boleh 'merawat' kesedihan korang tu.

Berani berhadapan dengan masalah;

Dalam hidup memang masalah pasti akan datang. Itu dah lumrah hidup. Bohonglah kalau nak cakap hidup kita ni happy je. Mesti ada pahit manis masam pahitnya hidup ini. 

Sebenarnya, bukan masalah yang perlu diberi perhatian sangat, tapi macam mana kita menghadapinya. Ini penting sebab kita perlu sentiasa bersedia menghadapi dengan berbekalkan ilmu di dada. Beranilah.

Elak menganggap masalah itu perkara besar;

Positifkan diri kita dengan selalu menganggap masalah itu kecil sebab ia datang daripada Allah. Dekatkanlah diri kita kepadaNya, InshaAllah, masalah akan kelihatan kecil sebab kita akan rasa lebih kuat kerana adanya Dia di sisi.

Besarkan jiwa kita;
Maknanya di sini adalah sentiasa melapangkan dada dalam menghadapi masalah. Ia sebenarnya berkaitan dengan macam mana cara kita berfikir untuk elakkan kita merasa murung dan terbeban dengan masalah itu.

Sentiasa menganggap masalah itu hikmah;

Positifkan minda kita dan anggap masalah itu hikmah dalam hidup kita. Kalau masalah itu tak settle selepas sekian lama, anggap aje ia sebagai cara Allah menghapuskan dosa dosa kita. 

Setiap kali ada masalah, anggap ini cara Allah nak angkat darjat kita sebab selalu diuji dan ini salah satu cara Allah memberi kita pahala bila kita selalu ingatiNya.

Tips ubati kesedihan.
Tips ubati kesedihan. Image credited to google.

Tukar 'masalah' kepada 'ujian';

Ingatlah masalah itu ujian dariNya. Allah tak akan memberikan masalah/ujian itu kepada hambaNya melainkan ia boleh menghadapinya. 

Apa yang penting sentiasa ingat Dia, sebab Allah pun suka pada hamba yang tak lupa padaNya tak kira dalam keadaan susah ataupun senang.

Sentiasa 'sedar' bukan kita sorang je yang ada masalah;

Ingatlah, semua orang pasti akan ada masalah, cuma jenisnya berbeza dan cara mereka berhadapan dengan masalah itu juga berbeza. Mungkin orang lain masalahnya lebih berat dari kita.

Masalah adalah penghapus dosa;

Anggaplah masalah ini sebagai 'pendahuluan' kita untuk mengurangkan penyeksaan di akhirat kelak. Sentiasa berdoa supaya Allah akan meringankan 'kesusahan' kita di sana nanti.

Orang cakap, "memanglah senang cakap sebab bukan ko yang menghadapnya." Ye, betul tu. Tapi, kan cikla dah bagitau sebelum ni, kita kena sentiasa positif dan sentiasa menganggap "jika ini ujian aku mungkin ada orang lain lebih berat masalahnya dari aku." 

Be positive, positive, positive.

Sumber : Ruangan hati ‹Artikel oleh Datuk Zawawi Yusoh - Perunding Motivasi›

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments