Tips kurangkan migrain.

By Cikla Shahril - April 09, 2016

Kadang-kadang kalau cuaca panas sangat, boleh jadi migrain kan? Wah, kalau dah berdenyut-denyut tu memang dah tak boleh nak tahan dah. 

Kalau korang nak tau, selain dari faktor cuaca, letih, stress dan tak cukup tidur jugak boleh jadi sebab. Rasanya semua golongan umur boleh kena migrain ni. 

Sebenarnya, migrain ni melibatkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Biasanya, perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. 

Bila saluran menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba tiba akan menyebabkan rasa sakit yang kuat. 

Migrain juga dikesan melalui denyutan dan kadang-kadang sakit kuat di bahagian sebelah kepala. 

Selalunya orang akan amik pil penahan sakit tapi kalau ia diambil berterusan,  ia boleh kurangkan kesan dan rasa sakit tak mampu dihilangkan. *maknanya kita tak boleh nak bergantung sangat pada ubat penahan sakit, takut nanti badan dah tak imun pada sakit tu.

Tips kurangkan migrain.
Tips kurangkan migrain. Kredit Google. 

So, cikla nak share beberapa panduan  yang mungkin boleh mengurangkan rasa migrain, iaitu;

  1. Bersenam sebab masa bergerak aktif, daya tahan kita akan meningkat dan dapat kurangkan tekanan di samping tidur lebih nyenyak.
  2. Minum air yang cukup *8 gelas air sehari sebab dikatakan kalau kurang air adalah antara penyehab utama sakit kepala. Bila badan tak dapat bekalan air yang cukup, badan akan mula simpan cecair yang ada, so that ini akan menyebabkan migrain jugak.
  3. Ambil makanan ringan *seperti epal, coklat dan gula gula supaya kandungan gula dalam darah sentiasa terkawal dan stabil.
  4. Sentiasa pastikan tidur cukup *8 jam sehari tapi kalau lebih tidur pun boleh menyebabkan migrain jugak.
  5. Jangan menghadap komputer berterusan, sesekali rehatlah sekejap. Berjalan sekejap atau paling tak pun bersandar di kerusi sambil pejamkan mata dan tarik nafas perlahan lahan.
  6. Elak dari terkena cahaya terang atau pancaran matahari untuk kurangkan migrain.
  7. Basahkan kain lembut dengan air sejuk, kemudian letak di kepala dan belakang leher. Untuk mata, ambil tuala kecik dan rendan dengan air suam, kemudian letak pada mata selama beberapa minit. Ini akan memberi kelegaan pada si pesakit. Di samping sentiasa berfikiran positif dan tenang.

Selain tu, korang boleh jugak cuba petua ni;

  1. Ambil beberapa biji buah limau kasturi *bersaiz kecil kemudian potong dua. 
  2. Selepas tu, perah limau ke atas kepala dan ketika memerah ramas rambut dan picit-picit kepala untuk melancarkan peredaran darah. Kulit limaunya pulak jangan dibuang dulu. 
  3. Tambahkan kulit limau tu dengan air dalam bekas dan jirus campuran tu ke atas kepala dan badan. 
  4. Lap badan dan jangan hilangkan bau limau tu kemudian tidurlah sekejap.

Cikla harap korang jaga diri bebaik tau nak-nak pulak cuaca sekarang yang tak menentu. Take care.

Sumber : Ruangan Info Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Dulu2 kerap lya mairain..skrg ni da brkurangan

    ReplyDelete