Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak makan? Nah, ada tips untuk awak.

By Cikla Shahril - April 22, 2016

Ada orang yang terlalu sibuk dengan tugas harian sampai lupa waktu makan. Itu belum lagi melibatkan pemilihan menu atau makanan yang tak seimbang. Pada mereka, asalkan kenyang sudah. Betul tak? 

Makanan segera adalah yang paling menjadi pilihan mereka yang 'kesuntukan' masa. Bagi cikla, nak makan fastfood ni boleh je, tapi janganlah selalu sangat. Bukan apa, takut dapat mudarat pulak di kemudian hari nanti. So, jangan risau. Meh, cikla nak share apa yang korang yang sibuk ni boleh buat supaya pola pemakanan korang lebih baik dan teratur. Jom baca sama-sama jom.

Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak makan? Nah, ada tips untuk awak.
Sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak makan? Nah, ada tips untuk awak. Kredit Google. 

Pertama sekali, jangan lupa ambil sarapan pagi. Dengan bersarapan dapat tingkatkan produktiviti korang sebab ia dapat kurangkan rasa letih korang tu, rasa mengantuk dan bantu bagi tumpuan dengan baik. Kalau korang nak tau, masa korang bangun tidur, metabolisma otak akan meningkat sampaikan memerlukan glukosa sebagai tenaga. Glukosa dalam badan pulak dah tentu rendah sebab kita tak makan semalaman masa tengah tidur. Ambil menu yang memerlukan masa untuk dicerna macam roti gandum dan telur dadar. Oleh itu, jangan lupa sarapan tau kawan-kawan.

Jangan lewatkan lunch korang, sebab selain dari mengisi perut, lunch dapat memberi masa untuk badan kita berehat sekejap. Kalau boleh, jangan lunch kat meja kerja tapi kat tempat lain yang bersesuaian supaya badan dan minda kita kembali segar serta mood kita pun dapat diperbaiki jugak. Pilih makanan yang seimbang, dan cadangan menu lunch yang baik adalah 50% sayur dan buah, 25% protein dan 25% karbohidrat.

Jangan lupakan snek jugak ye. Boleh nak ambil snek tapi kena pastikan jumlah kalorinya. Kalau boleh jangan amik makanan yang bergoreng sebab ia mengandungi lemak berlebihan. Menu snek yang sihat adalah makanan yang direbus macam ubi/pisang rebus, biskut gandum, yogurt atau dark chocolate.

Ada sesetengah orang biasa meminum teh atau kopi walaupun ketika berada di pejabat. Apa yang penting, pastikan pengambilan keduanya ini tak melebih jumlah sepatutnya dan elakkan mencampurkan teh atau kopi dengan gula atau susu berlebihan sebab ia akan meningkatkan kalori. Untuk dinner pulak, sebaiknya kurangkan pengambilan karbohidrat. Kita boleh ambil snek sihat atau buah-buahan untuk menggantikan sumber ini. Menu dinner yang dicadangkan adalah sayuran, protein atau buahan.

Pada cikla, apa yang penting adalah pengambilan makanan mengikut masa yang tepat adalah penting, sebab ia akan beri tenaga yang cukup untuk kita melakukan aktiviti harian kita dan yang paling penting kita terhindar dari mendapat penyakit. Keyakinan juga akan terserlah sebab kita akan selalu tampil segar dan bertenaga. So, jangan skip makan tau.

Sumber : Harian Metro. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments