Nak kawal anak ramai? Nah tips.

By Cikla Shahril - April 04, 2016

Anak itu rezeki. Kehadiran mereka pastinya menjadikan suasana rumah lebih meriah dengan suara mereka. Gelak tawa gurauan mereka adik beradik, memang menggamatkan. 

Cikla ni pun baru 3, rumah dah memang riuh. Itu belum lagi, kalau mereka bergaduh, lagilah. 

Bak kata orang tua tua, 'macam nak runtuh rumah bunyinya'. Kalau time sekolah, sunyilah jugak sebab kakaknya sekolah, tapi kalau cuti, aiyak, pening ibunya tau. Hehe. 

So, macam mana nak kawal anak yang 'ramai'. Lagi ramai anak, lagi macam macam warna perangai dan ragamnya kan. Betul tak? So, jom baca tips macam mana nak control anak anak ni. Ini tipsnya;

Nak kawal anak ramai? Nah tips.
Nak kawal anak ramai? Nah tips. Image credited to google.

  1. Jangan pilih kasih; Sebenarnya anak-anak ni tau kalau mak bapaknya pilih kasih. Mereka pun ada perasaan jugak. Sayangi anak-anak sama rata. Kalau si abang dimarahi sebab menyepahkan rumah contohnya, marahkan adik jugak kalau melakukan perkara yang sama. So, di situ anak-anak akan nampak 'keadilan' mak bapaknya terhadap mereka. Yang sini kena, yang sana pun kena. Adil kan?
  2. Ajar berdikari; Sebaiknya kita kena ajar anak-anak berdikari. Paling kurang pun ajar mereka macam mana nak kemas bilik sendiri, susun dan kemas semula mainan dan letak pinggan atau cawan dalam sinki lepas digunakan. Kalau yang dah besar sikit tu, ajar mereka basuh pinggan atau cawan yang mereka gunakan dan letakkan di tempat yang sepatutnya. Bagi yang dah bersekolah tu *seawal darjah satu ajarkan mereka mengemas sendiri buku-buku sekolah, dan siapkan pakaian sendiri *dengan pengawasan ibu atau bapaknya. Kalau tak, memang penatlah kita kan dan uruskan satu demi satu keperluan mereka. Paling tak pun, ini merupakan pendedahan awal supaya mereka 'tahu bawa diri' kalau berada di tempat orang.
  3. Buat timetables; Sebaiknya buat timetable untuk anak. Maknanya, anak mana yang bersekolah pagi, anak mana yang bersekolah petang. Anak mana yang kena pergi mengaji. Tak mustahil tau kita boleh terlupa. Hihi. *maklumlah anak ramai katakan. Dengan adanya timetable, ia lebih memudahkan kita menguruskan rutin harian dan hal-hal lain dengan lebih teratur.
  4. Disiplin; Bagi cikla ni adalah yang terpenting. Ajarkan mereka disiplin sejak dari kecik lagi, sebab ia memudahkan kita mengawal mereka. Ajar mereka supaya mereka tahu bila masa nak mandi, makan, solat, buat homework/belajar dan tidur. Kalau korang nak tau, disiplin boleh diterapkan melalui teladan, iaitu contoh dari mak bapaknya. Lagipun, budak-budak ni suka memerhati dan mengikut apa yang orang dewasa buat. Kalau baik teladannya, baguslah. Kalau sebaliknya? Faham-faham ajelah.

Bagi cikla, tak kira anak ramai atau sikit kita perlu sentiasa memantau anak-anak kita. *tapi cabaran anak ramai lebih lagi kot. 

Peribahasa 'melentur aur biarlah dari rebungnya' masih lagi relevan walaupun zaman dah moden. Nak-nak pulak, zaman  sekarang ni lagi mencabar kan.

Betul tak? 

Sumber : Ruangan Panduan Ibu Muda.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. thanks for sharing sis :)

    ReplyDelete
  2. hahaha ^o^' betul lah... lebih ramai lebih gamat. Ennor anak dah 6. 5 orang dah bersekolah dan sorang lagi baru 1 tahun...
    lain-lain perangai lah juga,
    anak pertama - (P-13) pandai masak pelbagai jenis lauk.
    anak kedua - (P-12) mahir bab2 buat sambal dan nasi goreng.
    anak ketiga - (L-10) mahir jaga adik bungsu.
    anak ke4 - (P-8)paling suka lipat kain (almari dia paling kemas)
    anak ke5 - (L) belum nampak kemahiran dia lagi sebab baru umur 5+ tahun.
    anak ke6 - (L) sama juga macam yg no 5 sebab baru 1 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... Baguslah.. Dah boleh membantu kan. Sekurang kurangnya yang besar boleh tolong mana yg patut kan.. Hihi

      Delete
  3. belum dikurniakan rezeki anak. btw, nice sharing. berguna di kemudian hari nanti. insyallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ada rezeki tu... Byk2 doa.. Cikla doakan awak akan dpt anak ramai.. Hehe

      Delete
  4. Bukan senang nak jaga anak ramai ni.. saya baru jaga adik ramai kadang kala penat melayan kerenah mereka..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tau xpe. Lagi ramai lagi mcm mcm ragam. Tapi org dulu dulu ok je anak berderet deret.. Jadi 'orang' pun kan.. Hihi

      Delete