Masih intim walaupun bertahun-tahun berkahwin, apa rahsianya?

By Cikla Shahril - April 27, 2016

Rasanya dah banyak entri cikla kongsikan mengenai tips suami isteri, cara kekalkan hubungan dan sebagainya. Takpelah kan, orang cakap sharing is caring. Just remind sebab perkara baik kan. Lagipun, ini untuk peringatan untuk cikla dan suami jugak.

Kadang-kadang kita mesti pernah nampak yang pasangan ni dah berumur pun, tapi masih lagi romantik, jalan pegang tangan dan sweet sangat. 

Mereka pun nampak saling mengambil berat dan care antara satu sama lain. Apalah rahsia mereka agaknya kan?

Sebenarnya, bagi cikla bukan senang nak kekalkan hubungan yang harmoni, romantik  sebab ia sememangnya memerlukan pengorbanan, sabar, saling percaya dan hormat antara pasangan. 

Jadilah pendengar yang baik, iaitu mendengar  apa yang hendak dikatakan atau dikongsikan oleh pasangan kita, sebab tak mustahil dia akan mendengar pulak apa yang kita nak katakan. 

Berbincanglah secara terbuka kalau ada apa-apa masalah yang timbul. Jangan sorok-sorok dan pendam je. Nanti masalah tak selesai malah jadi lagi rumit.

Lelaki sebenarnya tak suka akan celoteh wanita nak-nak pulak pasal hal remeh temeh. Kan lagi elok bercerita atau berborak pasal hal yang menjadi kegemarannya atau berkaitan dengan minat kita untuk membantu dia meningkatkan ekonomi keluarga. 

Jangan merendah-rendahkan pasangan dan tak salah kalau kita mengatakan kepada dia betapa pentingnya dia dalam hidup kita.

Jangan sesekali mengatakan menyesal mengahwininya, sebab bila kita berkats begitu dia pun akan merasa demikian walaupun dia tak cakap. 

Lagipun, kalau cakap macam tu menunjukkan kita ni pendek akal dan lemah dalam menghadapi dugaan yang datang. Cepat menyerah, apa yang sepatutnya dilakukan adalah berusaha untuk menunjukkan kita gembira mengahwininya.

Elakkan pergaduhan dan kalau boleh jangan mulakannya. Kalau pasangan kita menegur, diam ajelah sebab orang cakap kalau 'api sama api' bertemu nanti bertambah marak jadinya. 

So, tunggu dia cool dulu sebelum bertanyakan apa sebenarnya yang dia tak suka tentang apa yang kita lakukan. Ucaplah kata maaf kalau kita buat salah, elakkan dari sikap sentiasa menyalahkan.

Tak salah pun kalau kita yang memulakan maaf, lagipun orang kata bukan tanda kita lemah atau mengalah, tapi berani mengakui kesalahan.

Hidup bukan hanya di dunia tapi di akhirat jugak. Berbuat baik pada pasangan akan menjamin kesejahteraan kita di akhirat kelak. Jalankan tanggungjawab yang baik kepada pasangan. Menerima pasangan seadanya.

Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan. Begitu jugak dengan diri kita. Terimalah dirinya apa adanya, dan kalau dia nak berubah menjadi lebih baik, berilah sokongan dan kata kata semangat.

Bagi cikla, apa yang telah 'dijodohkan' untuk kita, terimalah dengan hati terbuka dan seadanya. Jangan mudah mengkritik dan menyalahkan sebab setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan dan saling melengkapi. 

Bersyukurlah dengan anugerah ini. 

Sumber : Ruangan Kamar Suami Isteri.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Alhamdulillah. Semoga hubungan kita semua akan mendapat keberkatan Allah dan bahagia hingga ke akhir hayat. Tq for the tips CikLa :)

    ReplyDelete
  2. Salam , cikla ... Nice sharing ... Entry nie boleh bagi reminder untuk nadia dan suami =)

    ReplyDelete