Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni.

By Cikla Shahril - April 29, 2016

Siapa  tak nak sentiasa sihat dan semestinya mahu kekal sihat dan awet muda sentiasa kan? Hehe. Cikla pun nak. Lagi-lagi, bab yang nampak muda gitu. Ahaksss. 

Sebenarnya kita boleh lakukan ini hanya dengan secara semulajadi. Tak payah nak guna bahan kimia ni semua. Belum tentu selamat untuk kita kan. Dengan kesan sampingan lagi. Betul tak? 

Jom kita baca apa yang boleh kita buat sebagai rutin harian kita untuk mengekalkan kesihatan dan semestinya awet muda.

Senyum selalu dan ketawa.  Kalau korang nak tau ketawa selama 30 minit boleh membantu kita mendapatkan kulit yang muda. Memang macam kelakar dan susah nak percaya kan? Hehe. Tapi, memang ada kajian dibuat mengenai kaitan antara ketawa dan penjagaan kulit.

Sebenarnya, bila kita ketawa ini akan merehatkan otot badan dan kesannya badan kita akan bebas tekanan. Bila tak ada tekanan dalam badan, kulit akan kekal sihat dan nampak 'muda remaja'. 

Rajin-rajinlah melakukan urutan kulit untuk kekalkan teksturnya di samping melancarkan peredaran darah. Gunakan minyak yang baik atau krim biasa untuk mengurut wajah. 

Kalau umur semakin meningkat, keanjalan kulit akan berkurang, maka timbullah garis garis halus dan kedutan.

Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni.
Mahu kekal sihat dan awet muda? Lakukan ni. Image credited to google.

Sentiasa berfikiran positif sebab ia memang beri kesan pada kulit. Emosi negatif akan menyebabkan stress dalam badan, dan ini beri kesan pada kulit jugak. So, sentiasa optimis dan terus nampak muda dari hari ke hari... Yeahhh.

Selain itu, mengamalkan diet sihat dan seimbang lebih-lebih lagi diet yang kaya dengan mineral dan vitamin memang penting. Ia termasuklah buahan dan sayuran. 

Elakkan ambil gula berlebihan sebab ia akan menyebabkan 'kedutan' pada kulit dan minuman berkafein.

Apa kata gantikan gula dengan madu. Tak pun stevia. Jom kita ubah rutin kita hari ni. Jom jom...

Tak dinafikan sapuan gel aloe vera di wajah memang 'power' untuk mengekalkan kulit wajah muda semulajadi. 

Kalau korang nak tau, aloe vera membantu memperbaharui kulit dan kurangkan bintik bintik hitam dan kedutan pra matang. Jus aloe vera juga bagus untuk 'pembersihan' dalaman badan.

Dengan mengamalkan vitamin E, ia akan beri kebaikan pada kulit kita. Vitamin E bukan saja boleh didapati dalam bentuk tablet, tapi ada jugak dalam bentuk kapsul dan minyak. Minyak vitamin E semulajadi dapat membantu kurangkan bintik-bintik dan kedutan pada wajah.

Caranya dengan mencampurkan sedikit minyak vitamin E dengan minyak badam dan sapukan pada kulit. Lakukan 4-5 hari sekali. InshaAllah dalam tempoh sebulan, kesaannya kita boleh nampak dah. Kulit akan jadi lebih licin dan muda.

Cubalah.....

Dalam apa jua keadaan, senaman memang penting, sebab ia membantu mengeluarkan toksin dari badan, dan kesannya kita boleh nampak pada kulit kita. 

Buatlah senaman paling tak pun 20-30 minit tak kiralah apa pun bentuk senamannya. Jogging dan berjalan pun boleh jugak.

Lagipun, ia akan membantu meningkatkan peredaran darah dan halang/melambatkan tanda penuaan.

Solekan nipis sebenarnya nampak wajah lebih fresh dan natural. Jangan lupa gunakan krim pada wajah dan minimumkan penggunaan bedak asas yang terlalu tebal sebab ia akan beri kesan buruk pada kulit kita. 

Kalau guna asas solekan organik lebih elok sebab ia dapat kekalkan 'kemudaan' kulit dan nampak lebih segar. 

Bagi cikla apa yang penting kena rajin dan usaha. Buatlah apa aje, tapi kalau dah malas tu tak dapek nak nolongnya. Betul tak? So, jom kita merajinkan diri untuk membelai diri kita. Nanti yang cantik molek awak jugakkan. Hehe. 

Sumber : Ruangan Info Sihat.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments