Gejala serius sewaktu hamil, please alert!

By Cikla Shahril - April 25, 2016

Dalam tempoh 9 bulan si ibu mengandung, mesti si ibu mahukan anak dalam kandungan sentiasa sihat dan membesar tanpa sebarang masalah. 

Tapi, bak kata orang kita hanya merancang, Allah menentukan. Kita tak kan dapat elak jika pada setiap trimester kita terpaksa menghadapi dengan gejala-gejala yang serius. 

Apa yang penting, kita kena sentiasa alert dan berhati-hati kalau ada gejala sebegini, iaitu;

Gejala serius sewaktu hamil, please alert!
Gejala serius sewaktu hamil, please alert! Image credited to google 

Sakit/pening kepala yang berdenyut-denyut, dan ia berterusan walaupun kita dah berehat panjang.

Kalau korang nak tau, ia berlaku mungkin disebabkan oleh penyempitan pembuluh darah akibat hipertensi, pra eklampsia atau keracunan semasa hamil. 

Sakit kepala yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah menjadi setinggi 140/100mg *wahhhh, tinggi tu. 

Bila tekanan darah menjadi tinggi, ia boleh mengakibatkan pandangan menjadi kabur, bengkak pada muka dan kehadiran protein dalam air kencing. 

Penglihatan menjadi kabur, biasanya pada trimester kedua. 

Kita mungkin akan alami gangguan penglihatan sama ada pandangan jadi redup, wujud imej bintik-bintik dan lampu sinarnya terasa silau. 

Kalau tak diatasi, ia akan menyebabkan pra eklampsia berkembang menjadi eklampsia. Gejala lain adalah kejang, bengkak peparu, pendarahan otak dan yang paling bahaya boleh sebabkan kematian. 

Sewaktu mengandung, badan kita akan hasilkan cecair lebih banyak dari biasa, sebab untuk lindungi kehamilan, cegah reaksi tubuh ibu terhadap janin, kurangkan antibodi si ibu dan mempertahankan air ketuban supaya janin bebas bergerak pada keadaan suhu yang terkawal.

Penambahan cecair ni akam menyebabkan berlakunya bengkak pada beberapa bahagian tubuh seperti tangan, leher, wajah dan kaki, dan ia mula kelihatan seawal 20 minggu. 

Jangan pandang remeh hal ni, lebih-lebih lagi kalau alami pembengkakan wajah sebab ia mungkin petanda pra eklampsia, nak-nak pulak kalau tekanan darah tinggi sampai 140/100mg. Berhati hati ye.

Kalau kita alami pedih ulu hati dan perut yang teruk, jangan pandang ringan. 

Biasanya pedih ulu hati dan perut ni akan hilang selepas bersalin. Tapi, kalau rasa sakitnya teruk, dikhuatiri ia berkaitan dengan gastrik, usus/apendiks, jangkitan pada salur kencing, penyakit pundi hempedu dan jangkitan pelvis. Bahaya kan?

Biasanya, kalau usia kandungan dah masuk 22 minggu, ibu mesti dapat rasa pergerakan janin dalam perut, kira-kira 10 kali dalam tempoh 12 jam. Tapi, kalau pergerakan itu kurang atau takde langsung, si ibu perlulah segera ke hospital sebab ia mungkin petanda sesuatu berlaku pada janin atau berlaku kematian.

Kalau keluar cecair atau pendarahan,

Petanda bahaya berlaku pada kandungan. Kalau pendarahan berlaku pada usia kandungan kurang dari 12 minggu, dikhuatiri akan berlaku keguguran. 

Kalau pendarahan berlaku pada usia kandungan 22 minggu, itu petanda kemungkinan berlaku plasenta previa dan solusio plasenta. *kalau korang nak tau lebih pasal ni boleh gogel, or tanya pada yang pakar ye.

Walau apapun, jaga diri tau ibu ibu yang sedang hamil sekarang. Semuanya demi anak yang dikandung. Semoga dipermudahkan kelahiran nanti ye. Doakan cikla jugak.

* Eklampsia adalah sawan yang berlaku masa usia kandungan 20 minggu ke atas.
* Pra eklampsia adalah tanda tanda awal sebelum berlakunya sawan, seperti tekanan darah yang tinggi 140/90mg, mengandungi protein dalam air kencing, sakit ulu hati, blurred vision, bengkak kaki or muka (sembap).

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. singgah petang isnin ♥
    take noted...
    thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. Trima ksh sis atas ilmunya..

    ReplyDelete
  3. besar pengorbanan ibu mengandung ni kan?hee.. :) singgah & follow sini balik. salam kenal kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dik sudi singgah n follow back.. Salam kenal jugak.. :)

      Delete
  4. Singgah petang di sini :)
    Good info sharing. Besar pengorbanan ibu mengandung. Banyak nak kena diambil berat kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Tempoh 9 bulan tu sebenarnya cabaran utk mereka. Btw, thanks siqah sudi singgah..

      Delete