Tumis kacang botol bersama hati/pedal ayam.

By Cikla Shahril - March 08, 2016

Rasanya macam dah lama je cikla tak share resepi kan? Cikla takdelah terror sangat memasak, tapi yang ringkas-ringkas tu bolehlah. Apa yang pasti sedap, nyummm nyumm. Korang pernah tengok or makan kacang botol tak? Rasanya orang selalu buat ulam je kacang botol ni. Cicah dengan sambal belacan. Tapi, cikla memang kurang suka sikit makan mentah. Cikla lebih suka ditumis. Lebih elok kacang botol yang kecik-kecik daripada yang besar, sebab biasanya yang besar-besar ni keras. Dah tua kata orang, tak sedap. Jom kita tengok resepinya.

Kacang botol, resepi, hati ayam, pedal ayam
Tumis kacang botol bersama hati/pedal ayam.

Bahan bahan;
Kacang botol (kuantiti ikut suka).
Hati dan pedal ayam.
1/2 biji bawang merah (dihiris).
1 ulas bawang putih (dihiris).
1-2 biji cili merah @ cili api (dihiris).
Minyak, garam, gula dan perasa. 
Cara cara pulak;
  1. Hiris nipis kacang botol. Cuci bersih-bersih kacang botol, toskan dan ketepikan. 
  2. Panaskan minyak dan bila minyak panas, goreng hati dan pedal ayam separuh masak. Tak payah garing-garing sangat. 
  3. Lepas tu, angkat dan ketepikan. Kurang sedikit minyak gorengan hati tu, kemudian tumis bahan dihiris sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan kacang botol dan sedikit air. Biar kacang botol empuk. Tutup kuali untuk mempercepatkan proses mengempukkannya. *betul ke ayat ni? Hehe.
  4. Bila kacang botol dah empuk, masukkan hati dan pedal ayam serta cili merah yang dihiris. Tambah garam gula dan perasa, kemudian gaul rata. Biarkan sebentar dan biarkan ia kering sikit. *kalau korang suka berkuah pun, it's okcikla lagi suka kering sikit, sedap.  
  5. Gaul sekejap dan bolehlah dihidangkan. 

Memang sedap kalau makan dengan nasi panas. Tak payah lauk lain pun dah ok dah. Ratah macam tu pun sedap jugak. Ermmmm, sedapnyaaa. Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. sdap nyaaa..tp kita tak mkn sgt pedal..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap. Kalau nak ganti hati/pedal dengan udang atau isi ayam pun boleh. Tapi kena goreng jugak...

      Delete
  2. Klau d gnti dgn udg pun sdp ni bab lya x mkn pedal ayam hhihi

    ReplyDelete