Review filem : Boboiboy the movie.

By Cikla Shahril - March 21, 2016

Jumaat lepas (time cuti sekolah tu), cikla sekeluarga pergi menonton filem Boboiboy the movie yang tengah hot macam pisang goreng panas kat panggung sekarang. Itupun anak cikla yang sulung, kakak Batrisyia sibuk ajak pergi tengok since dia tengok iklan promosi filem ni kat tv. Adoi, bayangkanlah. Hari-hari dia dok pujuk ayahnya pergi tengok.

At last, pergi jugak. 

Masa tu kebetulan kami balik kampung, so alang-alang dah balik tu, menyinggah sekalilah. Bukan main seronok lagi dia. Tapi, cikla tidaklah menyempatkan diri pulak nak ambik gambar posing depan panggung tu. Hahaha. Sampai, pastu beli tiket wayang, balik kejap umah mak sebab amik tiket pukul 2 suku, kami sampai pukul 12 lebih, so malas nak lepak sana balik dululah.

So, cikla nak buat review sikit pasal filem ni. Orait, siapa yang tak tau cerita Boboiboy ni kan. Kat tv, memang selalu disiarkan. Peminat cerita ni pun ramai. Janganlah budak-budak, mak budak dengan bapak budak pun terjebak sama dan minat tengok cerita ni. Dah-dah, jom kita baca sikit sinopsis mengenai filem animasi yang meletup ni.

Sumber ; SINI.

Filem : Boboiboy the movie.
Tempoh : 90 minit. (3D Animated).
Terbitan : Animonsta Studios.
Arahan / Penulis : Nizam Razak.

Sinopsis;

Satu kumpulan makhluk asing iaitu Tengkotak sampai ke bumi untuk menculik Ochobot untuk menggunakannya mencari Klamkabot,  Sfera Kuasa yang bersembunyi di bumi. Boboiboy dan kawan kawan ha berusaha untuk menyelamatkan Ochobot. Pelbagai pengalaman yang mereka alami dalam misi untuk menyelamatkan Ochobot. Kat bawah ni video klip OST filem ni. Masih di sini, nyanyian kumpulan Bunkface. Sumber : SINI.




Pandangan cikla mengenai filem Boboiboy the movie ni;

Pada cikla, banyak pengajaran yang boleh kita perolehi dari filem ni. Nilai dan erti persahabatan serta pengorbanan banyak diketengahkan. Betapa utuh dan kuatnya ikatan persahabatan antara Boboiboy dan kawan-kawannya. Walaupun Boboiboy ni selalu aje mungkir janjinya untuk menghabiskan masa dengan mereka disebabkan 'komitmen' Boboiboy sebagai superhero, tapi kawan-kawannya tetap menerimanya dan membantu sama dalam usaha menyelamatkan Ochobot. 

Filem ni takdelah terlalu serius, sebab ada jugak diselitkan unsur lawak jenaka. Watak Papa Zola, Adudu dan Probe menceriakan lagi suasana semasa misi menyelamatkan Ochobot. Cikla yang dewasa ni pun terbahak-bahak jugaklah tengok gelagat mereka ni. Last scene masa Ochobot cedera teruk tu memang sedih jugaklah. 'ternangis' jugaklah tengok. Hihi.

So, cikla bagi 9/10 bintang untuk filem ni. Best, best, best. Kalau korang belum tengok, pergilah cepat. Filem ni masih lagi ditayangkan di panggung lagi tau. Cepat-cepat pergi.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. betul...!! filem ni best dan menghiburkan selain banyak diterapkan nilai persahabatan yang baik. Sangat bagus untuk anak-anak.. :)

    saya pun suka Boboboy The Movie ni.. rasa nak ajak anak-anak repeat tonton lagi di pawagam.. :)

    ReplyDelete
  2. Nak tengok tapi tiket habis T.T

    ReplyDelete