Pil perancang.

By Cikla Shahril - March 22, 2016

Cikla ingat lagi, setiap kali pergi checkup untuk sebulan lepas bersalin awal-awal lagi nurse dah tanya nak merancang macam mana. 

Macam-macam cadangan yang mereka bagi kan. Ada yang cadangkan ambil impalanlah, injections, dan cadangan yang paling popular mereka syorkan amik pil perancang. Cikla agak ni cadangan yang paling top. Betul tak?

Sejujurnya, memang cikla belum pernah amik pil perancang since cikla bersalin anak pertama ni sampailah yang ketiga. Tapi taktaulah lepas bersalin yang keempat ni. Hehe. Ok ok. 

Cikla sebenarnya bukan nak cerita pasal cikla. Tapi, cikla nak share info berguna mengenai pil perancang ni, dan cikla rasa kita sebagai ibu patut tahu. Jom kita baca.

Pil perancang terdiri daripada 2 jenis iaitu pil yang hanya mengandungi hormon progestin yang mana ia sesuai diambil oleh ibu yang menyusukan anak, manakala jenis yang kedua mengandungi kombinasi hormon estrogen dan progestin

Kalau korang nak tau, sebenarnya cara pengambilan pil perancang adalah bergantung pada jenisnya.

Dalam satu pek mengandungi 21 atau 28 pil hormon. Kalau seseorang wanita itu mengambil pil perancang yang mengandungi 28 biji, dia perlu mengambilnya pada masa yang sama setiap hari tanpa henti, tak kira period atau tak dan perlu teruskan pek seterusnya.

Kalau wanita itu mengambil pek yang mengandungi 21 pil pulak, dia akan mengambil pil tersebut selama 21 hari secara terus dan berhenti selama 7 hari sebelum kitaran pek yang seterusnya dimulakan. 

Maknanya, untuk pek 21 tu masa period berhenti ambil sampailah habis period, baru ambil pek baru.

Ia sebenarnya bertindak dalam pelbagai cara, antaranya ia akan menghalang proses ovulasi. Ia jugak akan ubah penghasilan dan kepekatan mukus di kawasan serviks supaya dapat menyukarkan sperma daripada tembus selain dari menipiskan dinding uterus supaya penempelan telur yang disenyawakan.

Untuk pengetahuan korang, pil ni boleh jadi kurang berkesan kalau disebabkan oleh interaksi ubatan, sebab pil ini mempunyai interaksi dengan kebanyakan ubat (contohnya: antibiotic, antiepilepsi). 

Keadaan ini akan mengurangkan keberkesanan pil itu sendiri dalam rancang kehamilan. Itu sebab kalau kita nak amik sebarang ubat kenalah inform pada doktor kalau kita amik pil perancang supaya ubat yang sesuai akan diberikan.

Selain tu, kalau kita muntah-muntah atau cirit birit jugak akan kurangkan serapan pil, so ia akan jadi kurang berkesan. 

Korang kena tau walaupun kita ambil pil perancang, kita berisiko untuk mengandung jugak kalau pengambilannya tak diambil seperti yang diarahkan. 

Kalau seseorang terlupa untuk amik sebiji pil, dia perlu amik pil itu secepat mungkin dan teruskan pengambilannya macam biasa. Tapi, kalau dah terlupa amik dua atau lebih pil secara berturut turut, kenalah fikir cara lain nak cegah kehamilan. 

Lepas tu, kalau asyik terlupa je amik pil tu, jawabnya potensi untuk mengandung tu tinggi sebab kitaran period dan ovulasinya  jadi macam normal balik.

Walau bagaimanapun, kebaikan utama pil perancang adalah dapat mencegah kehamilan, terutama untuk pasangan yang nak merancanglah. 

Selain tu, ia dapat mengatur kembali period kita dan melancarkan kitarannya. 

Kalau korang nak tau, pil ni boleh mengurangkan jumlah darah masa period dan ini secara tak langsung kurangkan risiko anemia (kurang darah merah), di samping ia jugak dapat mengurangkan risiko senggugut masa period dan bantu tangani masalah jerawat.

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa kesan sampingan kalau amik pil perancang ni iaitu seseorang itu mungkin akan alami pening, loya, muntah, pendarahan tak teratur, peningkatan tekanan darah, dan wujud ketulan pada payudara, disebabkan perubahan hormon masa mula amik pil tersebut. 

Tapi, jangan risau. Kini, pil perancang direka dalam dos lebih rendah untuk kurangkan kesan sampingan. 

Lagi satu, kalau amik pil perancang elakkan merokok (sebab ada sesetengah wanita yang merokok), sebab ini akan meningkatkan risiko mendapat serangan jantung.

Bagi cikla, apa jugak pengambilan ubatan perlulah dapatkan nasihat doktor. Dan ingat, tindakbalas pil ni adalah berbeza untuk setiap individu, sebab ia memang tak sama. 

Tanya doktor pil perancang yang sesuai dengan kita dan dapatkan nasihat pakar untuk merancanglah kehamilan.

Sumber : Ruangan Ubat, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Owhh mcm tu plak..lya x pernh lgi tefikir nak ambik pil perancgn.skrg ni puh x pernh putus usaha utk hamil.moga murah rezki ank buat kami

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pengkongsian ilmu itu....

    Saya pun belum pernah amik pil perancang ... Walaupun sudah memiliki 2 pasang cahaya Mata... X tau Lah selepas ini.. Rancang sendiri :-)... Beza antara anak2 cuma 2 tahun saja...

    ReplyDelete