Hubungan jarak jauh, boleh ke bertahan lama?

By Cikla Shahril - March 24, 2016

Ada tak kawan-kawan alam maya cikla ni mempunyai hubungan jarak jauh? Contohnya, kena duduk berjauhan dengan suami atau isteri atas tuntutan kerja atau sambung belajar. 

Kalau ada, macam mana ye korang hadapi situasi saat berjauhan dengan yang tersayang ni? Share lah sikit. Mana tau boleh jadi inspirasi pada yang lain. Betul tak? 

Sebenarnya semua hubungan tak kira jarak dekat atau jauh memang memerlukan kesabaran yang kuat, pengorbanan dan kesetiaan. 

Tapi, hubungan jarak jauh menuntut ketiga-tiga hal di atas lebih lagi. Dah nama jarak jauh kan. Tak nampak depan mata. 

Bila dah jauh tu, mulalah fikir bukan-bukan. Ishhh, kalau macam tu, hati pun jadi tak tenang. Betul tak?

Ia turut melibatkan kekuatan mental dan fizikal supaya dapat mengelakkan sebarang 'isu' timbul. Kedua-dua pihak kena redha dan terima keadaan itu dengan hati terbuka, sebab nak tak nak mereka kena 'hadap' jugak kan. 

Tapi, kena ingat jugak. Bila dah duduk jauh tu, kenalah pandai-pandai jaga diri tu. Nak 'bersosial' pun kenalah tau batasnya. 

Tak kiralah alam maya atau alam nyata. Semuanya kena ada had. Ingat sikit kat pasangan kita yang nun jauh di sana tu. 

Kalau ada masalah kena settle kan cepat-cepat. Jangan biar masalah berlarutan lama-lama. 

Orang kata, kena aktifkan good communication dalam semua hal. Penting tu. Positive thinking tu penting jugak supaya kita dapat elakkan dari berfikir yang bukan-bukan. 

Kalau bad thinking menguasai,  memang susahlah. Asyik negative je difikirnya. 

Sokongan. 
Kalau dah duduk jauh, dah tentu perasaan sedih, pilu dan rindu bercampur baur kan? Inilah dinamakan pengorbanan. 

Bagi sokongan antara satu sama lain dan semangat supaya dapat menghadapi hari hari mendatang dengan baik dan sabar. Semuanya demi keluarga dan masa depan 

Percaya. 
Kalau yang ni memang penting sangat. Tak kiralah untuk hubungan jarak dekat jugak. Percaya pada diri dan jugak pasangan. 

Kadang-kadang tak dinafikan memang timbul rasa bimbang kalau kalau pasangan akan curang, tapi fikirlah yang baik-baik je. 

Semuanya demi keluarga dan hubungan itu sendiri. Orang pun ada cakap, fikir yang baik-baik, inshaAllah akan datang perkara yang baik jugak. Ok!

Luangkan masa dengan perkara yang berfaedah. 
Duduk dahlah jauh, mestilah rasa sunyi kan? So, sibukkan diri dengan aktiviti lain supaya kita tak terlalu memikirkan perkara yang tidak-tidak. Lagipun, masa yang ada akan diisi dengan perkara yang bermanfaat. 

Keep in touch. 
Zaman sekarang ni macam macam gajet atau alternatif yang boleh kita guna untuk berhubung dengan insan tersayang. So, dah takde alasan dah. 

Kalau dulu, nak berhubung kena hantar surat atau telegram, tapi sekarang zaman dah canggih. WeChat, WhatsApp, Messenger, email dan macam macam lagilah. Ye lah,  kalau zaman dulu kena pakai khidmat burung nak hantar surat. 


So, jangan cari alasan untuk tak selalu berhubung dengan yang tersayang tau. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Betul tak? Tapi, kena ingat jugak,  janganlah asyik contact si dia. Setiap sejam update. Nanti bosan pulak. 

Nampak sangat tak percayanya. Nak contact pun tengok time, jangan time keje sibuk nak telefon ke WhatsApp ke. Jaga juga air muka pasangan di depan kawan sekerja dia.

Kalau mempunyai anak, 'libatkan' mereka
Dalam komunikasi libatkan anak sekali sebab orang cakap anak adalah pengikat kasih sayang antara pasangan. 

Lagipun, ini jugak boleh mengingatkan pasangan yang dia mempunyai keluarga yang lebih memerlukan. InshaAllah, takdelah dia nak buat yang bukan bukan dan berlagak macam 'bujang'. Setuju tak dengan cikla? 

Kejutan; 
Tak salah kalau kita pergi melawat dia di sana tanpa bagi tau dia.  Bak kata orang putih. Supriseeee! 

Janganlah asyik dia je balik melawat kita, apa kata sekali sekala kita pula pergi sana. Sweeettt tak? 

Doa; 
Pada cikla, ni yang terpenting. Saling mendoakan. Walau apapun,  kita perlu berbalik pada yang di atas sana. Berdoalah supaya Allah sentiasa menetapkan hati pasangan kita dan merahmati jubungan kalian. 

Jangan lupa berdoa supaya diri kita tenang menghadapi keadaan ini dan dikuatkan iman dan tabah. 

Jangan jemu berdoa, InshaAllah, Allah akan bersama hambaNya yang sering meminta dan ingat padaNya.

Semoga semua tips di atas akan bagi manfaat pada kita semua. Memang orang cakap, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. 

Tapi, kita jugak kena perlu berusaha dan mencari jalan macam mana nak menjadikan hubungan kita sentiasa harmoni dan hangat.

Tepuk dada, tanya diri.

Sumber : Ruangan kasih & sayang, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. kalau meletakkan Allah 'di antaranya', insya allah akan berkekalan hingga ke akhirnya...

    ReplyDelete
  2. hubungan jarak jauh yer..
    penah ada pngalaman, tapi xmnjadi..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpelah... Jodoh pertemuan di tangan Tuhan...

      Delete
  3. pernah la cik La masa belajar dulu, namun akhirnya hanyut di lautan sepi gituuu..kecundang erm.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Xpelah kak ana. Ada hikmah tu...

      Delete