Gejala kurang gula dalam darah.

By Cikla Shahril - March 17, 2016

Lebih gula masalah, kurang gula pun jadi masalah. Pada cikla, semuanya kena seimbang. Kali ni cikla nak share apakah gejala kurang gula dalam darah. Bukan apa, cikla rasa info ni penting untuk kita tau sebab tak mustahil kita akan mengalaminya. Sekurang kurangnya kita dah ada sedikit ilmu, betul tak?

Kurang gula dalam darah jugak dikenali sebagai hipoglisemia. Ia berlaku bila paras gula cecah bawah 3. 9 mmol/L, tapi kesan akan dapat dirasai bila paras gula mula capai paras 2.8 - 3.0 mmol/L. 

Pernah tak korang rasa tetiba berpeluh dan jantung rasa berdebar-debar? Haaa, kalau korang nak tau, itu adalah salah satu simptom yang kita kurang gula dalam darah. 

Gejala kurang gula dalam darah.
Gejala kurang gula dalam darah. Kredit Google. 

Antara simptom atau gejala lain adalah;

  1. Cepat rasa penat.
  2. Penglihatan jadi kabur atau alami perubahan visual macam aura/kilat, dan pertuturan jadi kurang jelas.
  3. Tak mampu beri perhatian pada kerja.
  4. Rasa menggigil dan sakit kepala.
  5. Kulit jadi pucat dan sejuk.
  6. Paling teruk; tak sedarkan diri atau alami sawan.

Apa punca-punca terjadinya gejala kurang gula dalam darah ini?

Mesti korang tau kan, sel-sel dalam badan manusia memang perlukan gula untuk jana tenaga. So, gula diperolehi dari proses penguraian daripada makanan berasaskan karbohidrat. Ia akan diserap ke dalam salur darah selepas makanan dicerna. 

Kalau seseorang tak makan dalam tempoh masa yang panjang (termasuklah ketika berpuasa), aras gula biasanya akan turun. Pesakit diabetes pulak boleh mengalami hipoglisemia bila mereka alami jangkitan kuman, kegagalan buah pinggang, tukar dos/jenis ubat, lebih dos insulin dan tak kurangkan dos ubat bila berpuasa.

Ada tak makanan yang boleh kawal hipoglisemia?

Jangan risau, memang ada makanan yang boleh kita ambil untuk kawal hipoglisemia ni, iaitu;

  1. 2 sudu kismis atau sebiji buah kurma. 
  2. Minum jus buah buahan.
  3. 1 sudu gula atau madu.
  4. Makan gula-gula manis.
  5. Ambil tablet glucose.

Gejala kurang gula dalam darah.
Gejala kurang gula dalam darah. Kredit Google.

Just remind; periksa semula aras gula dalam darah selepas 15 minit mengambil gula untuk pastikan aras gula kembali stabil. Semoga info di atas memberi kita sedikit ilmu sebagai persediaan kita kot kot ada ahli keluarga kita atau diri kita sendiri yang mengalaminya. 

Sumber : Ruangan Klinik Lelaki,  Majalah Wanita.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments