Dah terlambat ke nak buat ais krim sumi?

By Cikla Shahril - March 11, 2016

Hamboi.. tajuk kemain lagi. Tapi, betul ke? Dah terlambat kot nak buat ais krim sumi. Sebab dah tak viral dah ais krim tu kat laman sosial. Haha. Boleh ke gitu? 

Sebenarnya cikla baru berkesempatan nak buat tau ais krim ni haaa. Encik suami dah beli bahannya lama dah, cuma sebelum ni anak anak cikla tiga tiga batuk selsema demam, tu yang macam tangguhkan dulu pembuatannya, hihi.

So, hari ni macam terajin pulak nak buat. Tapi, tu la. Bila dah duk kat dapur tu, memang banyak "pengacau" nya. Siapa lagi kalau bukan si adik ammar tu. 

MasyaAllah, memang riuh rendah dapur dibuatnya. Nak buat ais krim je pun. Riuhnya macam nak masak lembu sekor, huhu.

Dah terlambat ke nak buat ais krim sumi?
Dah terlambat ke nak buat ais krim sumi?

Selepas berhempas pulas, *cehhh, hayat drama lebih ni. Haha, akhirnya jadi jugak ais krim sumi ku. Resepi cikla amik dari fb. Thanks tuan punya resepi. Tengok rupa macam menarik tertarik. Rasa, entahlah. Haha. 

Kalau korang nak tau, cikla buat separuh je ais krim sumi tu. Separuh lagi jadi ais krim non-sumi. Maaf tuan punya resepi. Derhaka kan resepi mu. Bak kata kak ana jingga, haha.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. tak lambat la..hehe..aiskrim ni bila2 pon buleh buat.. ye dok?

    ReplyDelete
  2. X trlewat lgi la kak hihi...lya x da try buat lgi

    ReplyDelete
  3. kita pon br buat sbtu lepas...koh3

    ReplyDelete