Benda wajib dibawa ketika pergi melancong.

By Cikla Shahril - March 31, 2016

Seronoknya kan kalau setiap bulan dapat pergi melancong, tak kiralah melancong di dalam atau luar negara. Tapi, kalau ada budget lebih apa salahnya kan? 

Ada orang *terutama yang suka melancong memang akan membuat peruntukan atau tabungan untuk merealisasikan 'hobinya' itu. *yelah kan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Betul tak?

Bagi cikla yang suka jugak melancong ni, hal yang paling 'malas' nak buat kalau nak pergi melancong adalah packing. Haha. 

Ni anak dah 3, campur lagi cikla dengan suami paling sikit pun 2 beg. *kadang-kadang nak balik kampung yang sekangkang anak kucing tu pun beg sampai 4. Hehe. 

Lagipun, kalau anak-anak memang cikla akan bawak pakaian lebih untuk mereka, tau ajelah budak-budak kan. 

Kadang-kadang baru je naik kereta, separuh jalan dah comot. Huhu. Itu belum lagi barang-barang sampingan macam toiletries, pampers anak, susu anak dan lain-lain. Memang penuh satu bonet kereta.

Benda wajib dibawa ketika pergi melancong....
Akitiviti melancong memang menyeronokkan. - Image credited to google.

Dah-dah. Lupakan jap hal cikla. Hihi. Sebenarnya, cikla nak share apakah barang-barang wajib yang korang mesti bawak kalau pergi melancong. 

Orang cakap barang yang korang kena ada dan perlu di bawak kalau korang pergi melancong.

  • Tisu sanitasi; kalau ni cikla setuju jugak  kalau jadi barang wajib ada. Biasalah tempat awam, mesti ada kuman atau kotoran kan. Lebih baik beringat kan. Bak kata orang tua, 'sediakan payung sebelum hujan. 
  • Penutup telinga dan mata; cikla rasa benda ni penting kalau kita travel jauh. Kalau dah jauh perjalanannya, inilah peluang kita nak rehat dan tidur lena tanpa gangguan. Betul tak?
  • Selendang bersaiz besar; dalam perjalanan mungkin ia berguna untuk kita jadikan bantal atau selimut kan.
  • Alat bantu dengar (earphone); benda ni penting jugak dan tak patut ditinggalkan. Mesti kita bosan dalam perjalanan kan, dengan adanya earphone ni paling tak kita boleh dengar lagu atau tengok video. Lagipun, ia memudahkan kita nak call keluarga atau rakan rakan semasa percutian kita. 
  • Berus gigi; aik, penting jugak ke? Ye, memang penting. Cikla pun kalau pergi bercuti ke mana-mana, memang ni tak pernah tinggal. Nampak macam ala benda remeh je, tapi penting sangat tau. Bukan apa, benda ni juga turut membantu menyegarkan nafas kita terutama selepas makan atau bangun tidur. Rasanya kat kedai pun ada jual travelling pack *ada berus gigi dan ubat gigi sekali khas utuk orang yang mahu pergi melancong. 
  • Pen; benda ni penting jugak sebenarnya. Mana tau semasa perjalanan korang perlu mengisi apa-apa borang atau dokumen. Paling tak pun, dengan adanya pen kita boleh catat perkara penting jugak. Jangan lupa note book kecik tu sekali. One package. Hehe. 
  • Power bank; zaman sekarang ni rasanya semua orang ada benda ni kot. Senang nak cas tak kiralah handphone, iPad atau notebook. Apa yang penting, pastikan ia dicas penuh penuh sebelum pergi bercuti, kalau tak memang spoil mood la.. Mana taknya, baterry habis dah tak boleh nak amik gambar kenangan.. posing posing.. Haha. 
  • Krim pelembap muka dan bibir; jangan ingat perempuan je perlu dua benda ni, lelaki pun perlu jugak tak. Nak-nak pulak kalau kita pertama kali pergi melancong ke tempat yang bersuhu sejuk atau sebaliknya. Bukan apa, krim ni dapat membantu sulaya muka dan bibir kita sentiasa lembap dan tak merekah disebabkan perubahan cuaca yang kita tak sangka.

Cikla nak tambah sikit benda wajib yang kita perlu bawak *terutama untuk wanita kalau nak pergi melancong; ubat ubatan (contohnya panadol atau ubat tahan muntah) dan sanitary pad

Bukan apa, manalah tau masa kita kat tempat orang tiba tiba demam, paling tak dah ada panadol atau paracetamol sebagai persediaan.

Lepas tu, tetiba pulak 'bendera merah', tak perlu risau sebab kita standby dah apa yang sepatutnya kan. Kadang-kadang benda yang kita ingat remeh temeh inilah yang penting. Betul tak? 

Sumber : Ruangan tip melancong, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments