10 peribahasa moden hari ini.

By Cikla Shahril - March 15, 2016

Selamat hari Selasa. Cuti sekolah ni macam malas je nak buat semua benda. Rasa nak zzzzzzzz je kan pagi pagi camni.  Tapi biasalah anak anak cikla ni semuanya bangun awal.  Kadang kadang subuh dah bangun. So,  ibunya kenalah bangun awal jugak.  Haha. 

Cikla sebenarnya nak share peribahasa moden yang lawak.  Haha. Kelakar pulak bila baca peribahasa ni. Macam relevan pulak,  macam kena dengan zaman sekarang ni. Siap ada maknanya sekali tu. Hahaha.

10 peribahasa moden hari ini.

- Bagaikan smartphone tiada data internet. 
Maksudnya : Orang yang mempunyai banyak ilmu tapi tidak dimanfaatkan ilmunya.

- Ibarat Whatsapp dan Facebook
Maksudnya : 2 orang yang bersahabat baik.

- Bagaikan Twitter tiada followers
Maksudnya : Melakukan kerja yang sia-sia.

- Bagaikan akaun Instagram tiada bergambar. 
Maksudnya : Orang yang tidak mendatangkan manfaat kepada sesiapa.

- Bagaikan Camera 360
Maksudnya : Orang yang suka menipu orang lain.

- Ibarat look arround menggunakan Wechat
Maksudnya : Orang yang rajin bersilaturrahim.

- Seperti ada Whatsapp tapi tak boleh download gambar. 
Maksudnya : Orang yang tidak dapat maklumat sepenuhnya.

- Ibarat status Facebook tiada orang like
Maksudnya : Orang yang tidak dipedulikan oleh orang lain.

- Sudah ada Whatsapp, Wechat berguna juga. 
Maksudnya : Orang yang sering memanfaatkan sesuatu.

- Bagaikan diviral di dalam YouTube
Maksudnya : Sesuatu berita yang telah dihebohkan.

Hahaha. Kelakar kan. Macam-macam orang ni boleh berfikir dan kaitkan itu dan ini.  Macam kena pulak tu.

Sumber :  Whatsapp Group.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Tiada Button 'Like'
    tapi peribahasa moden ni lucu cuma tidak berdaftar dalam DBP kan? heheheh

    ReplyDelete
  2. amboi boleh tahan peribahasa sekarang..hahaha

    ReplyDelete