Kurus sangat? Nak tips tambah berat badan?

By Cikla Shahril - February 26, 2016

Aiseh, orang selalu nak tau atau share tips macam mana nak kurus. Tapi, cikla terbalik pulak dah. Share tips nak tambah berat badan. Haha. Betul ke ni? Eh eh. Betullah. Jom-jom kita cerita.

Siapa yang tak nak berat badan yang ideal. Kurus langsing cantik gitu. Kalau korang nak tau, badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus boleh menjadi ancaman psikologi pada seseorang itu. Apalah kan. Gemuk salah, kurus pun salah. Pening-pening. Tapi, kalau dah kurus sangat tak elok jugak kan. So, nak yang sedang-sedang gitu. Betul tak? Hehe.

Perkara pertama yang kita kena tahu apakah yang menyebabkan badan kurus. Sebenarnya, kalau korang nak tau, ada beberapa sebab yang mungkin mempengaruhi, iaitu;

  1. Faktor keturunan. Ia tak mungkin dapat dihindar (dah keturunan kan), tapi mungkin boleh diatasi dengan mengambil vitamin tambahan untuk tambah berat.
  2. Faktor kekurangan gizi adalah yang paling menpengaruhi sebab kalau badan kurang mendapat gizi yang cukup, of course lah berat tak naik-naik kan. Betul tak?
  3. Jangan ingat orang gemuk ke kena bersenam. Orang kurus pun kena jugak. Kalau malas senam badan menjadi tak sihat.
  4. Faktor kurang tidur (insomia) juga mempengaruhi berat badan sebab kurang tidur akan mengganggu pola hidup kita.
  5. Kurang minum air juga boleh menjadi sebab. Kita disarankan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
  6. Terlalu banyak berfikir dan tertekan juga boleh menyebabkan berat badan tak naik-naik. Ada orang kalau terlalu sangat berfikir atau stress akan kehilangan nafsu makan. So, macam mana badan nak berisi. Ish ish...

Kepada yang kurus sangat tu, jangan risau. Kat sini cikla nak share macam mana nak tambah berat badan korang. Jom kita semak apakah tips itu.

Kurus sangat? Nak tips tambah berat badan?
Kurus sangat? Nak tips tambah berat badan? Sumber Google.

Pertama, pentingnya gizi atau kandungan nutrisi yang kita makan. Maknanya, kita kena tambah pengambilan kalori dalam makanan yang kita makan. Pastikan pengambilan kalori seharian melebihi pembakaran. Lepas tu, elak dari makan makanan yang kurang khasiat/nutrisi. Pastikan makanan yang kita ambil itu seimbang dari segi karbohidrat, lemak, protein dan lain lain, sebab protein penting dalam pembinaan otot dan jumlaah pengambilan protein ni adalah 30%. So, jangan abaikan cik protein ni ye.

Kedua, makan dengan kerap. Kalau sebelum ni kita makan 3 kali sehari, haaa lepas ni kita kasi up sikit. 5 kali sehari. Boleh tak? Lagi kerap lagi bagus sebenarnya. Selain itu, ambil pengambilan suplemen atau multivitamin pun penting jugak terutama dalam usaha, nak tingkatkan kecerdasan diri sekaligus nak tambah berat badan.

Ketiga, keinginan dan azam yang kuat untuk mencapainya. Maknanya, kalau kita nak naikkan berat badan, so tindakannya kenalah seiring dengan azam tersebut. Jangan hanya berangan-angan, bak kata orang cakap tak serupa bikin. Cakap je, buat tak. Hehe. Lagi satu, lakukan ia dengan rela bukan terpaksa. Apa yang terbaik, lakukan secara konsisten dan teratur. Ok!

Bagi cikla, apa yang penting lakukan secara sihat. Tak kiralah samaada kita nak kurus langsing atau sebaliknya, buat dengan berdisiplin dan terancang. Pilih cara yang selamat, bukan apa nanti berat naik pun tak, penyakit lain pulak dapat. Tak naklah macam tu kan.

Semoga bermanfaat. 

Sumber : Ruangan Bestari bersama kaunselor (Harian Metro).

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. mira la ni orgnya,susah sgt nak naik,tp turun senang je,,thanks share :D

    ReplyDelete