Tips dan panduan penyusuan bayi.

By Cikla Shahril - January 28, 2016

Boleh cikla katakan, semua ibu mesti nak menyusukan bayi mereka sejak dari mereka lahir hinggalah ke usia 2 tahun. 

Akan tetapi, kadang kala terdapat beberapa halangan yang boleh menghalang dari hasrat si ibu itu tercapai. Apa yang cikla boleh katakan, cubalah atasi semua halangan ini demi anak yang tersayang.

Semua pakar kesihatan memang menyarankan ibu ibu memberi bayi mereka susu ibu sebab ia merupakan cara paling sihat untuk bagi bayi mereka makan. 

Bayi yang diberi susu ibu sejak lahir juga akan kurang jatuh sakit dalan tahun pertama kelahirannya. 

Si ibu pulak kena tau, memberi bayi susu akan dapat mengurangkan risiko si ibu kena kanser payudara (sebelum menopaus), di samping dapat mengurangkan risiko terkena kanser ovari dan osteoporosis.

Tips dan panduan penyusuan bayi. 

Tips pertama; 
Pilih tempat yang sesuai dan selesa untuksi ibu dan anak. Biasanya si anak akan menyusu selama 7-40 minit bergantung kepada bayi itu jugak. 

So, pemilihan tempat memang penting. Seeloknya, cari yang bersih, tak mudah diganggu, senyap dan tak membosankan. 

Tips kedua; 
Semasa menyusukan bayi, pastikan ibu memegang bayi dengan betul dan si ibu tak rasa sakit pada lengan dan bahagian belakang badan. 

Kalau nak lagi selesa, letakkan bantal umtuk sokong badan ibu. Pendek kata, si ibu dan si anak perlulah berada dalam keadaan selesa.

Tips ketiga; 
Pastikan keadaan payudara ibu baik. Masalah masalah yang biasa dihadapi oleh ibu adalah puting yang agak pendek atau melecet, air susu sikit atau payudara ibu yang bengkak. 

Selain itu, pastikan bayi menghisap dengan betul. Cara yang betul adalah, bayi sepatutnya menghisap mulut penuh dan bukan pada hujung puting je.

Tips keempat; 
Pakai pakaian khas semasa menyusukan bayi, seperti baju atau coli khas untuk menyusu. Ini penting lebih-lebih lagi kalau si ibu terpaksa menyusukan bayi mereka di tempat awam. 

Seeloknya pakai baju yang boleh diregangkan sebab baju sebegini tidak begitu mendedahkan tubuh si   ibu.

Tips kelima; 
Proses mengepam susu penting lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerja. Susu dipam ikut tempoh masa supaya ia tidak akan menyebabkan payudara terlalu penuh. 

Setiap kali payudara dikosongkan, susu baru akan dihasilakan semula, dan simpan susu yang dipam di tempat yang sesuai supaya susu tahan lama.

Bagi pendapat cikla, sebaiknya jangan beri alasan untuk kita tak menyusukan bayi kita. Apa yang cikla tahu, penghasilan susu yang banyak hubung kaitnya dengan self-thinking si ibu gak. 

Si ibu mesti sentiasa fikir positif yang susunya sentiasa ada dan sentiasa bersemangat untuk menyusukan bayi mereka. Jangan mudah putus asa, dan cuba sedaya yang boleh untuk menyusukan anak kita. 

Be positive, think positive. Selamat menyusukan anak-anak ya. Marilah sama-sama kita melengkapkan penyusuan esklusif seperti yang disarankan.

Sumber dari Ruangan panduan ibu muda (majalah wanita).

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments