Assalamualaikum dunia!

By Cikla Shahril - January 26, 2016

Morning everyone. Dah bangun ke? Aiikkk, cuti lagi ke? Hehehe. Dah dah bangun. Sebelum tu, alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang bernafas dan menikmati nikmat Allah SWT.

Korang dah breakfast ke? Cikla baru je ni. Lepas hantar kakak batrisyia dengan kakak damia pergi sekolah, singgah jap beli sarapan. 

Usha punya usha, teringin pulak makan lontong buatan akak ni. Memang top lah kat kampung ni. Selalu belikan untuk bapak mertuaku aje. Ni baru nak try. Sedap ke idak ye, hehe.

Assalamualaikum dunia!
Assalamualaikum dunia!

Ermmm, dah rasa sikit tadi. Not bad la. Sedap jugak. Nasi impitnya lembut, kuah kacangnya sedap. Kuah lemaknya pun ok. 

Pendek kata, kenalah dengan tekakku yang mengada ada semenjak dua menjak ni, haha *pembawakan kot. Lepas tu, singgah beli air dengan kuih. 

Kepingin pulak tengok kuih karipap dengan ketayap tadi. Tu yang rembat 2-3 ketul pulak. Ish ish melampau betullah nafsu makan ibu mengandung ni, haha. Kuat makan sungguh, keh keh keh.

Oklah korang. Have a good day ye.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments