Apakah tanda anda bahagia?

By Cikla Shahril - February 08, 2016

Pernahkah kita terfikir, bahagia ke kita dengan hidup kita sekarang? Atau kita hanya berpura-pura bahagia? Menurut Qayyim Al-Jauziyya, terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita berada di dalam bahagia. Apakah tanda-tanda itu?

Apakah tanda anda bahagia?
Apakah tanda anda bahagia? Kredit Google. 

Pertama; bersyukur saat diberi nikmat.

Ada orang yang mudah lupa kalau diberi kesenangan walaupun sedikit. Mulalah dia nak eksen, pandang rendah kat orang lain dan yang paling penting sampai tahap menghina. Tak elok macam tu. Bersyukurlah tak kira besar atau kecil nikmat yang diberi. 

Pada cikla, syukur itu tanda kita hargai dan ingat kepada yang memberi, iaitu Allah SWT. Lagi elok kalau kita berkongsi nikmat tu, walaupun sikit kita tetap akan rasa gembira dan bahagia. insha'Allah.

Kedua; sabar saat ditimpa musibah.

Ada pepatah mengatakan, sabar itu separuh daripada iman. Sebagai umatnya, kita memang dituntut untuk selalu bersabar lebih lebih lagi kalau menghadapi musibah. 

Ingatlah, ujian dan dugaan itu tanda Allah sayang. Dan Allah tak akan memberikan ujian kepada hambaNya melainkan ujian itu boleh dihadapi oleh mereka. Apa yang penting sentiasa bersangka baik, dan doa. 

Semoga semua dugaan dan musibah yang melanda akan mendapat pertolongan dari Allah.

Ketiga; memohon ampun dari Allah saat berdosa.

Sebagai seorang manusia, kita memang tak akan terlepas dari buat silap, tak kiralah kecil atau besar. Kita bukan seperti para Nabi dan Rasul yang bersifat maksum. Sentiasa memohon ampun kepada Allah. Astagfirullah al azim. 

Ingatlah, pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya dan apa yang penting bersungguh-sungguhlah meminta ampun kepadaNya dan bertekad tak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Sama-samalah kita muhasabah diri kita, InshaAllah.

Cikla harap perkongsian di atas akan dapat menyuntik sedikit kesedaran dalam diri kita. Kita semua tak sempurna, dan cikla rasa tak salah kita saling ingat mengingati. 

Cikla bukanlah orang yang berilmu sangat dan bukan jugak nak tunjuk alim atau tunjuk pandai, tapi niat cikla sekadar berkongsi yang baik. 

Mudah-mudahan kita semua sentiasa diampun dosa oleh Allah dan selalu berada di rahmatNya. Amin.

Sumber Facebook.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. nice sharing...
    tq atas peringatan
    btw, awk.. jemput join GA http://belogzeera.blogspot.my/2016/02/giveaway-sugarscarf-bg-zeeralily.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlcm... saya dh join ga awak... harap ada rezeki...

      Delete