Jawapan kepada 10 soalan.....

By Cikla Shahril - December 15, 2015

Cikla baru perasan yang cikla ditag oleh kawan blogger Shikin Razali. Sorry shikin cikla lambat jawab soalan-soalan awak tu. Cikla terpandang kat chat box awak mesej, hehe. Jangan marah ye, *celet sikit*.

Waduh-waduh. mencabar minda sungguh soalan-soalan awak ni. Berkerut kerut dahi cikla fikirkan jawapannya tau. Demi mendapatkan jawapan yang terbaik. Cewah, hehe.

Ok, tanpa membuang masa lagi, jom kita jawab soalan-soalan itu, hehe. *dub dap dub dap, debar debar pulak.*

Jawapan kepada 10 soalan.....
Jawapan kepada 10 soalan..... Kredit Google. 

Soalan pertama : Perkenalkan diri.

Nama sebenar (seperti dalam IC) adalah Shahila binti Shahril. (Simple je nama kita, hehe). Tapi, sahabat semua can call me cikla. Dilahirkan pada 28 Ogos 1982 di Selangor. (kita anak jati Selangor). Belah mak orang melayu Perak, belah abah pulak orang Bugis. Tapi, tak pandai cakap Bugis pun. Kira Bugis lupa daratanlah ni, haha. Cikla adalah kak long kepada 5 adik-adik cikla.

Cikla dah berkahwin, anak tiga dah pun. Dua perempuan, sorang lelaki. Kawin masa umur 27 tahun, kahwin lambat sikit sebab habiskan belajar dulu, hehe. Suami sebaya. (love u hubby, hehe). Dulu, cikla graduate UKM course chemical engineering. Lepas grade, keje kejap, then kahwin lepas tu dah tak kerja. Masa anak baru sorang, memang teringin nak keje, tapi biasalah lama stay rumah, macam dah "mim alif lam sim" pulak, hehe. Ni lagilah anak dah tiga, hubby cakap tak yah keje, jaga anak je. (Baiklah hubby, hehe).

Ramai cakap ruginya ada degree tapi tak keje. Takpelah cikla akur kalau rezeki cikla takde di situ. Tapi, mungkin ada sini, di sana atau di sinun kan? Manalah tau. Lagipun, ok apa, bangga sikit anak cikla pasal mak dia ada degree, hehe. *nak pujuk hatilah tu, sob sob.* Ehhh ehhh, panjang pulak cikla melalut. Jangan marah. Dah, jom kita tengok soalan lain pulak.

Soalan kedua : Apakah impian yang masih belum tercapai?

Nak ambil lesen. Waaaa, nampak gayanya tak tercapailah azam cikla tahun ni nak dapatkan lesen kereta dan motor. Rasanya macam banyak pulak halangan cikla nak ambil aritu. Takpelah, bawak azam ke tahun depan. Hehe. Lagi satu, cikla nak pergi bercuti ke pulau. Tak kiralah Pulau Pangkor ke, Pulau Langkawi ke, semua pulaulah. Hope akan tercapailah impian cikla tu. Aamiin.

Soalan ketiga : Pencapaian terbaik dalam hidup.

Cikla rasa pencapaian terbaik dalam hidup cikla adalah cikla dapat habiskan degree cikla setelah 4 tahun cikla bertungkus lumus belajar. Syukurlah, sekurang-kurang impian mak abah cikla nak tengok anaknya menggenggam sekeping degree tercapai.

Soalan keempat : Kalau ada 8 juta, perkara yang nak buat?

Aduh, macam mana nak jawab ni ek. Pasal 8 juta banyak tu. Orang cakap, makan tak abis. Tak payah kerja, duduk goyang kaki je, hehe. Isk iskkk, jawab serius cikla. Perkara pertama yang cikla nak buat, cikla nak hantar mak dengan abah ke Tanah Suci. Lepas tu, settle kan hutang yang ada, lebihnya simpan untuk masa depan, hehe.

Soalan kelima : Pendapat tentang blog Shikin.

Pada pendapat cikla, blog awak blog ceria. Colourful di sana sini. Loading pun laju jugaklah. Berinfomasi dan blog sentiasa ber'update. Tapi, cikla nak komen sikit tentang susun atur widget awak macam agak bertindan sikit. Macam nampak crowded. Sorry ye Shikin kalau awak kecik hati dengan teguran ni. *peace, enyum sikit.*

Soalan keenam : Masakan pertama yang pernah masak.

Alah, tak ingatlah pulak. Jap jap, apa ya. Eermmm, rasanya masakan pertama yang cikla masak adalah nasi goreng, masa cikla sekolah rendah. Orang pertama yang rasa, abah cikla. Dia cakap "oklah, cuba lagi." hehe.

Soalan ketujuh : Apakah genre buku kegemaran dan kenapa suka?

Sebelum ni cikla suka baca buku dari Alaf 21. Novel cinta cintun gitu. Tapi, sekarang cikla lebih suka genre buku thiller/horror, yang ada macam misteri, pembunuhan ke, penyiasatan ke. Macam itulah. Penulis yang cikla minat baca karyanya adalah Ramli Awang Murshid. Buku dia macam
Mandatori, kemang best

Soalan kelapan : Full time/part time blogger? Berapa kali seminggu/sebulan update?

Cikla ni part time blogger je. Update blog tengok masa. Kalau banyak masa free, cikla rajin jugak update. Paling tak pun cikla akan join segmen atau giveaway yang kawan kawan blogger buat. Ada sekali tu, dalam sehari cikla boleh update 5 entry, hahah. Semangat kan? Biasanya cikla akan save kat draft dulu entry cikla rasa nak published. Simpan banyak-banyak, senang sikit. Tapi, kalau dah takde masa kadang-kadang sampai dekat 1-2 minggu blog tak ber"update". Nasib-nasib. part time blogger lah katakan.

Soalan kesembilan : Blogger paling disukai dan kenapa?

Adussss, ni soalan serba salah ni. Siapa blogger favourite? Ermmmm, rasanya semua yang ada dalam bloglist cikla semua cikla suka. *typical answers. Jawapan selamat.* Tapi, cikla suka baca tulisan Kak Gojes dengan sis Suria lekatlekit. Bagi cikla cara diaorang tulis tu santai, tak serius sangat dan mesej yang diaorang nak sampaikan dalam setiap penulisan diaorang tu simple tapi terkesan di jiwa. Blogger lain jangan kecik ati tau, korang pun best jugak. *senyum ciked*

Soalan kesepuluh : Tahun bila masuk dunia blogger?

Cikla start blogging since 2013. Waktu tu niat nak berblog sebab saja-saja sebab blog personal kan. Nak save kenangan cikla sekeluarga, perkongsian yang baik dan resepi sendiri. Masa tu pun, mood nak tulis blog pun macam up and down, kejap ke darat, kejap ke laut, hehe. Since awal 2014 till now, cikla aktif balik. Macam-macam cerita cikla nak share, dari kenangan cikla bersama keluarga, info dan tips berguna, buat review sikit dan share resepi.. *pandai masak ke nak share resepi.* Hehe. InshaAllah, cikla akan terus menulis. Kawan-kawan semua, teruskan menulis tau. Manalah hasil tulisan kita akan menjadi sumber inspirasi kepada orang lain. Alhamdulillah.

Fuhhh, lega. Dah terjawab dah kesepuluh sepuluh soalan yang diajukan. Cikla harap semuanya menjawab soalan ye. Kang cerita lebih lebih mengantuk ngantuk pulak orang membacanya nanti, hehe.

Jap jap, cikla rasa macam nak tag 7 orang lah supaya jawab soalan cikla pulak. Siapakah dia, jeng jeng jeng. Sebelum tu jom kita tengok dulu apakah soalannya. Cikla nak bagi 10 jugalah. Kira adil kan? Hihi, cikidaud.

Soalannya adalah seperti berikut

(1) Perkenalkan diri awak. Termasuk status diri dan pekerjaan awak ye.

(2) Sejak bila berblog dan kenapa berblog?

(3) Apa hal yang paling buat awak rasa "down" masa mula-mula berblog?

(4) Apa hal yang paling buat awak rasa "happy" masa mula-mula berblog?

(5) Masakan yang awak pandai masak dan menjadi kesukaan famili.

(6) Apakah tabiat pelik yang awak susah nak tinggalkan?

(7) Apakah perkara pertama yang awak buat bila bangun pagi?

(8) Apakah binatang yang awak paling geli dan fobia. Cerita sikit kenapa awak geli dengan binatang tersebut.

(9) Siapa yang awak paling "adore", kenapa?

(10) Lagu apakah yang jadi kenangan masa awak bercinta dengan pasangan awak dulu?

Soalan dah settle. Sekarang, kita tengok siapa yang kena.

(1) Kak Gojes.
(3) Kak Lya.

Oklah, penat dah tulis ni. Kita tunggu jawapan deme, ok.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. Alhamdulillah, hihi terima kasih CikLa sebab sudi jawab soalan saya.. =D segala jawapan CikLa saya hargai.. :)

    ReplyDelete
  2. OMAIGAD!!!! Soalan cikLa....membunuhnya....saya cuba jawab...
    okeh..ini jawapannya..jemput2 baca!

    http://yuhaadie.blogspot.my/2015/12/10-soalan-dari-cikla.html

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CikLa.. Sha da jawab soalan Cikla disini..
    http://kasihkuamani.blogspot.com/2015/12/10-soalan-dari-blogger-cikla.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sha sbb sudi jwp soalan cikla...

      Delete
  4. assalamualaikum cik la...wahahahah..KG kena tag..ok...nanti KG buat ya...

    ReplyDelete