DIY

DIY : Cara mudah tampal lencana pada baju sekolah anak.

By Cikla Shahril - December 23, 2015

Cikla rasa cikla mesti kongsi cara ni khasnya untuk para ibu supaya senang nak tampal name tag dan lencana pada baju sekolah anak. Sekolah pun dah nak bukak kan. Kalau hantar suruh orang buat, nak fikir kos lagi. 

Maklumlah zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit. Huhu, bertabahlah. Jom kita cuba cara ni, jimat pun jimat. Lagipun senang je caranya. Cikla belum cuba lagi, nanti nak try kat baju sekolah kakak Batrisyia lah. Kita tengok menjadi ke tidak.

Bahan yang diperlukan:

Gam UHU.
Kain kecil/sapu tangan (yang dibasahkan).
Kertas tebal/cardboard/manila kad.
Seterika.           
                                                                                                                                            
Langkah-langkah:

  1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
  2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
  3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
  4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
  5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana. 
  6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali.  ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
  7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana. 

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. 

Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali. Macam mana? Senang kan? Cuba jangan tak cuba.

Sumber :  Whatsapp group. Facebook Puan Akmar Laily Omar. (Klik sini untuk lihat.)

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments