Cerita Viral; Kisah donat 10 sen!

By Cikla Shahril - December 09, 2015

Cerita ni dah viral pun dah kat Facebook. Ni cikla ada terbaca di akhbar Harian Metro. Kisah seorang pemuda mualaf yang menjual donat dengan harga 10 sen. 

Cuba fikir, mana ada orang jual kuih semurah tu sekarang nak-nak pulak semuanya dah  mahal. Semua dah naik kan? Kalau kat tempat cikla tinggal ni kuih sebijik 40-50 sen.

Siapakah insan berhati mulia ni?

Dia adalah seorang mualaf, Muhammad Waliuddin Chua, 24 tahun. Dia tinggal di Flat Maluri, Kuala Lumpur. Katanya, selepas kisahnya diviralkan di laman sosial, macam-macam komen dia terima malah ada pulak yang menawarkan diri untuk berkahwin dengannya. 

Tak kurang juga, ada ibu bapa yang nak menjodohkan dia dengan anak gadis mereka. Wah, begitu hebatnya penangan kuih donat 10 sen ni kan? Hehe.

"Selepas gambarnya diviralkan, saya menerima pelbagai komen, malah jumlah rakan facebook nya meningkat mendadak iaitu mencecah 5816 orang. " katanya.

Untung ke dia jual donut 10 sen tu?

Menurutnya, dengan kos RM60 dapat menghasilkan 1000 bijik donat, dengan keuntungan RM40. Wah, kira banyak jugakkan. Katanya dengan keuntungan itu pun dah cukup. 

Lagipun, sejak kisah donatnya diviralkan, rezekinya semakin murah sebab tempahan donatnya bertambah mencecah 1500 bijik. Itu orang cakap, itulah ganjaran yang kita akan dapat kalau kita murah hati kan?

Cerita Viral; Kisah donat 10 sen!
Cerita Viral; Kisah donat 10 sen!

Cikla harap semakin murah rezeki orang ni dengan kemurahan hatinya, berniaga sambil bersedekah. Mungkin itulah "kunci" rezekinya sentiasa murah malah bertambah.

Sumber : Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments