16 December 2015

# infotips cantik

Boleh ke kurus tanpa ubat?

Boleh ke kurus tanpa ubat| Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak nak kurus langsing kan? Semua perempuan mesti nak kan badan yang kurus langsing. Ada orang suka ambil ubat kurus sebab nak kurus cepat. Tapi, tak kurang juga yang nak kurus secara semulajadi, dengan mengamalkan pengambilan makanan atau diet sihat tanpa mengambil ubat ubatan. Mana yang lebih baik dan sihat? Dah tentu kurus tanpa ubat kan? Walaupun, ada kalanya memang susah dan lambat nak turun berat badan dengan diet semulajadi, tapi hasilnya memang puas hati. Sihat pun sihat. Lagipun, ada sesetengah ubat tu, kita kena bergantung padanya. Kalau kita stop ambil ubat tu, berat naik balik, tak syoknya kan...



Boleh ke kurus tanpa ubat?
Boleh ke kurus tanpa ubat? Sumber Google.

Ada ke tips kalau nak kurus tanpa ubat dengan cara sihat dan natural? 


Memang ada. Ada orang memang dah semulajadi kurus. Belasah apa pun, badan tetap mantain. Tapi, ada orang pulak makan sikit, mak aii mencanak je berat naik. Nak turunkan pulak, punyalah payah. Sebenarnya, diet yang betul adalah kena makan jugak, bukannya stop terus. Tapi, ambil makanan dalam kuantiti sedikit tapi kerap. Makanan kan bagi kita tenaga, kalau kita kurang guna tenaga, badan kita akan "terkejut". So, ini akan menyebabkan metabolisme badan kita jadi rendah.

Untuk orang yang tak tahan lapar, mesti dia amik makanan berlebihan kan. Dalam keadaan ni, walaupun tahap pengambilan makanan dah sampai ke paras normal, tapi kadar metabolisme masih rendah. So, elakkan berlapar tau. Selain tu, kurangkan gula sebab kalau korang nak tau setiap 1 sudu gula mengandungi 32 kcal. Bayangkan kalau kita ambil lebih dari 1 sudu gula? Dah berapa kalori dah tu. Ishh ishhhh...

Bila kurang gula, so kena kurang garam jugak. Baru balance. Cikla pun baru tau, kalau kita ambil lebih garam ini akan menggalakkan takungan air dalam badan. So, berat kita pun akan bertambah disebabkan air. Itulah sebabnya ada orang yang gemuk air. Sebab ni rupanya. Di samping tu, pengambilan lemak dan kolestrol jugak kena kurangkan tau.

Ada tips kurus tanpa ubat lagi tak?


Korang percaya tak, jenis piring yang kita gunakan untuk ambil makanan jugak mempengaruhi? Sebenarnya, ya. Kalau kita guna piring rata kuantiti makanan yang diambil kurang sikit. Kalau kita nak tambah pun, just tambah sayur je. Dan, makanlah di meja makan. Elak makan sambil tengok tv sebab semakin best cerita yang kita tengok, makin banyak makanan yang akan dihabiskan. Bagi cikla, dalam apa juga diet nak kurus pun, senaman memang penting. Paling simple pun, kita buat senaman kempiskan perut dengan melakukan gerakan punggung yang ringan dengan menggunakan hula hoop. Lagi lama lagi efektif tau.

Lastly, amalkan minum jus limau nipis sebab minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Selain tu, jangan lupa minum air kosong banyak-banyak (8 gelas sehari).

Semoga tips di atas akan bagi kita idea macam manalah nak kurus kan. Kadang-kadang sampai give up kan sebab berat tak turun-turun walaupun dan gigih berdiet bagai... 


Sumber  : Ruangan Kelab Diet, Majalah Wanita.

No comments:

Post a Comment


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.