Bahaya ke chicken pox masa mengandung?

By Cikla Shahril - December 22, 2015

Chicken pox atau cacar air, korang mesti tau dan pernah dengarkan pasal penyakit ni. Bahaya ke penyakit ni? Apa kaitan penyakit ni dengan ibu hamil? 

Sebelum tu, cikla nak share apakah yang menyebabkan penyakit ni? Disebabkan oleh virus ke, kuman ke?

Sebenarnya chicken pox disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan Varicella Zooster. 

Ia disebarkan melalui titisan udara atau cecair ruam dan ia boleh dijangkiti melalui sentuhan. Jangan tak tau, ia boleh menjangkiti semua peringkat umur tau, start dari baby, kanak-kanak sampailah orang dewasa. Wah, kena jaga-jaga ni. 

Anak-anak cikla semuanya pernah kena, yang paling teruk kakak Batrisyia lah sampai berparut-parut kesan dari "chicken pox" tu. Mujur kena tempat yang "tersorok" sikit.. kalau tak kesian, nampak parutnya. Hilang comel, hehe.

Bahaya ke chicken pox masa mengandung?
Bahaya ke chicken pox masa mengandung? Sumber Google.

Untuk pengetahuan korang, virus ni boleh duduk dalam badan pesakit sehingga 2 weeks before simptom appears, malah ia boleh menjangkiti pesakit lain seawal 2 days before first simptom muncul. 

Dah namanya demam cacar air (in malay), of course lah ia bermula dengan demam selama 1-2 hari disertai dengan sengal badan dan sakit kepala.

Kalau kanak-kanak pulak, simptom awal kanak-kanak itu akan hilang selera makan/minum dan after a few days demam, akan keluar ruam biasanya start dari kepala sampailah ke kaki. 

Ruam tu mula-mula kecik je macam bintik-bintik. Lama-lama ruam tu akan membesar dan nampak macam ada cecair kat dalamnya. 

Dalam masa yang sama ada beberapa bintik lain yang timbul pada kawasan yang sama.

Yang tak syoknya, ruam ni gatal dan sakit. Tapi jangan risau, ruam ni akan hilang selepas hari ke-5, tapi ada jugak yang berlanjutan sampai 2 weeks

Lepas tu, ruam tersebut akan jadi keruping. Dan jangan risau, bila dia dah jadi keruping, maknanya ruam tu dah kering. So, risiko ia menjangkiti orang lain dah takde selamat.

Sebenarnya ada! Apa yang sering terjadi adalah jangkitan pada kulit pesakit, jangkitan pada peparu (pneumonia) dan yang paling horror adalah jangkitan pada sel otak/selaput otak. Tapi, komplikasi yang jarang berlaku adalah pada tisu badan pesakit. 

Orang cakap kita kena chicken pox sekali seumur hidup, sebab ia akan mempunyai imuniti sepanjang hayat (thats mean kita tak kan kena chicken pox lagi kalau dah pernah kena). Tapi, tak juga kot. 

Sebab suami cikla dah dua kali kena. Adik Ammar pun rasanya dah dua kali kena jugak. Ni kira kes terpencillah kot. Hehe.

Untuk pengetahuan korang, memang bahaya kalau ibu hamil kena chicken pox ni sebab komplikasi boleh terjadi kalau ibu hamil dijangkiti pada usia kandungan 20 minggu pertama. 

Perkara yang paling ditakuti adalah berlakunya keguguran. Nauzubillah, dan kecacatan pada bayi yang dikandung si ibu. Jangan pandang ringan akan perkara ni, walaupun ia adalah komplikasi terpencil sebab risiko sentiasa ada.

Selain itu, ibu yang dijangkiti pada akhir proses kehamilan (3 weeks before deliver) juga mempunyai risiko jangkitan pada bayi di peringkat awal kelahiran nanti. 

Ubat antivirus boleh diberikan pada pesakit dan ia juga selamat untuk ibu hamil. Ubat ni akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan kurangkan risiko komplikasi akibat jangkitan kuman. 

Apa yang penting segaralah berjumpa doktor kalau kita mempunyai tanda jangkitan lebih-lebih lagi ibu hamil untuk mengelakkam jangkitan merebak kepada bayi yang dikandung.

Sumber info : Ruangan sihat, Metro Ahad.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. nice info cikLa!
    saya dulu kena chicken pox masa sekolah menengah...memang tak keluar lah seminggu..
    ^_^

    ReplyDelete
  2. jom join giveaway blog ika :)

    http://www.nooratikahramli.com/2015/12/giveaway-pocket-calendar-new-year-2016.html

    ReplyDelete