Al-Fatihah... Tunku Jalil mangkat.

By Cikla Shahril - December 06, 2015

Innalillahiwainnailaihirojiun. Tanggal 5 Disember 2015, kita dikhabarkan tentang kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim. 

Almarhum menghembuskan nafasnya yang terakhir di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah sekitar jam 7.11 malam kerana menderita kanser hati tahap empat. 

Seluruh rakyat Johor berduka dengan berita ini. Malah, seluruh rakyat Malaysia turut merasa kehilangannya.

Al-Fatihah... Tunku Jalil mangkat.
Al-Fatihah... Tunku Jalil mangkat.

Semasa hayatnya, almarhum merupakan seorang anak raja yang berjiwa rakyat. Almarhum tidak malu bergaul dengan rakyat jelata serts amat disenangi dan disayangi segenap rakyat. 

Kecekalan almarhum melawan penyakit yang dihidapi menjadi inspirasi dan kekuatan kepada orang yang mengalami penyakit yang sama dengannya.

Alhamdullilah, almarhum telah selamat disemadikan di Makam Diraja, Jalan Mahmodiah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhum dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aamiin. Al-Fatihah.

Sumber sinar harian.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Innalillahi wainna ilaihi roji un..
    setiap yg hidup pasti akan mati..
    Iman singgah sini, jemput join GA Iman,
    http://beautifulofiman.blogspot.my/2015/12/giveaway-akhir-tahun-2015-by-beautiful.html

    ReplyDelete