31 December 2015

Cara makan ikut sunnah Rasullullah SAW.

December 31, 2015 0 Comments
Cara makan ikut sunnah Rasullullah SAW. | Assalamualaikum wbt. Sunnah Rasulullah SAW merangkumi semua aspek kehidupan termasuklah cara makan. Rasulullah SAW ada menyebut,  perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit. Kalau korang nak tau, baginda lebih mengutamakan makanan lembut, lebih-lebih lagi kalau baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Baginda mengamalkan disiplin pemakanan untuk mengelakkan makanan itu mendatangkan penyakit pada individu yang sihat, manakala untuk mengelakkan penyakit bertambah serius bagi orang yang mempunyai masalah kesihatan. Akan tetapi, baginda membenarkan mengambil makanan yang tak sesuai tapi dalam kuantiti yang sikit sekadar untuk hilangkan keinginan.

Apakah tabiat makan Rasullullah SAW yang boleh kita jadikan ikutan?


Rasulullah SAW tak membatasi pada satu jenis makanan saja. Baginda menyeimbangkan makanan panas dan sejuk. Kalau dari segi komposisi makanan, baginda tak pernah ambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan kedua-duanya (mempunyai sifat panas dan sejuk) serentak. Baginda juga tak ambil makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan serentak. Selain itu, baginda tak ambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan diawet/diasinkan sebab semua makanan itu boleh memudaratkan kesihatan.

Cara makan ikut sunnah Rasullullah SAW.
Cara makan ikut sunnah Rasullullah SAW.

Apa yang menjadi kesukaan Rasullullah SAW?


Rasullullah SAW suka pada makanan yang manis semulajadi dan madu, malah baginda suka ambil buahan sebagai makanan tambahan. Cara baginda madu adalah mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan dengan mencampurkan madu dengan air dingin sebelum diminum. Ia dikatakan dapat mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan. Selain itu, baginda melarang makan sambil bersandar dan melarang minum sambil berdiri kecuali dalam keadaan terpaksa. Mengambil minuman selepas berolahraga, melakukan kerja berat dan sebelum atau sebaik habis makan jugak tidak digalakkan dan makruh, sebab ia tak elok untuk kesihatan. Seeloknya biarlah seketika sebelum minum.

Apa lagi sunnah Rasulullah SAW?


Ada satu petua unik baginda yang diamalkan ketika minum, iaitu minum dengan 3 kali nafas. Dari Anas bin Malik,  dalam satu hadis, "Rasulullah SAW minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan." Apa yang terpenting adalah, jangan lupa membaca Bismillah apabila nak makan atau minum dan mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai. Itu lebih berkat dari untuk mendapatkan kesihatan yang berkualiti. Baginda juga tak pernah mencela makanan yang tak sedap atau yang tak disukai. Kalau suka, baginda akan makan. Kalau sebaliknya, baginda akan meninggalkan makanan tersebut.

Semoga semua sunnah baginda akan menjadi sebahagian daripada amalan kita seharian. Sayang Nabi, ikut sunnahnya. 


Sumber :  Ruangan Cuci Hati (Ustaz Azhar Tuarno), Majalah Wanita.
Gambar dari internet.

Selamat menyambut tahun baru 2016.

December 31, 2015 2 Comments
Selamat menyambut tahun baru 2016. | Assalamualaikum wbt. Wah, pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2016. Hari ni dah last day tahun 2015. Kejap je masa berjalan. Walau apapun, syukurlah kerana kita semua masih diberi kesempatan untuk menikmati pahit manis kehidupan sepanjang tahun 2015. Dan, syukur jugak sebab kita diberi kesempatan untuk menikmati tahun yang akan datang ini, tahun 2016... InshaAllah.....

Rasanya memang banyak peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang tahun 2015 ni kan..... peristiwa jerebu teruk yang melanda negara, kejadian gempa bumi di Sabah, dan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil. Banyak lagi peristiwa yang berlaku, klik sini untuk baca.

Selamat menyambut tahun baru 2016.


Selamat menyambut tahun baru 2016.
Selamat menyambut tahun baru 2016.

Cikla nak ucapkan Selamat Menyambut tahun baru 2016. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa, dan sukses selalu. Amin......

Agak agaknya dah tercapai ke impian dan azam korang tahun ni? Apa azam korang tahun 2016? Ke azam tahun ni di bawak ke tahun depan? Hihi...

30 December 2015

My pregnancy story : Alhamdullillah, rezeki....

December 30, 2015 8 Comments
Assalamualaikum wbt...

My pregnancy story : Alhamdullillah, rezeki.... | Rasanya macam terlalu awal pulak cikla nak share 'cerita' ni kat korang semua. Tapi, tak salah kot sebab cerita gembira kan. Korang agak-agak apa ceritanya ye? Hehehe.... Setakat ni keluarga cikla (emak abah dan adik beradik dah tau cerita ni). Suami cikla bising jugak, dia kata awal lagi, tak payah nak heboh heboh dulu. Nanti jadi macam dato CT. Ala, itu semua, rezeki kan.. Semua Allah dah tentukan... Apa yang penting kita doakan yang baik baik aje. AMIN.....

Ermmm.... sebenarnya cikla rasa cikla pregnant lagi. Kalau ada rezeki, ini permata hati yang keempat. Memang sebelum ni cikla lewat period seminggu lebih dan rasa macam tak sedap badan. Badan macam demam tak demam... and tekak rasa mual... sometimes.. Tekak ni, merayau nak makan macam macam. Semua teringin. Tapi bila dah dapat, makan sikit je. Sabor jelah....





Nampak macam satu clear satu tak clear kan dekat pregnancy test tu. Tapi dulu, masa first check mengandung adik ammar pun macam tu jugak. Double check, alhamdullilah ada.... Masa memula tu cikla agak agak je. Sebab, kalau ikutkan memang tak rancang pun. Kalau Allah nak bagi, cikla dan suami terima aje. Anak kan rezeki.... betul tak? Hari ni memang rasa down sangat. Badan lemah, dan rasa nak demam. Anak cikla kakak damia dengan adik ammar pun demam sama. Mungkin berjangkit dengan ibu dia ni ha... Walau apapun, korang doakanlah yang terbaik ye. Nanti cikla update lagi 'cerita' selanjutnya.......

Oklah, thanks for reading. Sekian dulu, wassalam....

28 December 2015

Petua atasi sakit gigi.

December 28, 2015 0 Comments
Petua atasi sakit gigi. | Assalamualaikum wbt. Kali ni, cikla nak kongsi petua sakit gigi. Wah, sakit gigi? Jangan cakaplah betapa sakitnya kalau kena sakit gigi kan? Siapa tang pernah kena taulah macam mana rasa sakitnya tu. Jom kita tengok beberapa petua yang boleh kita guna kalau kita sakit gigi.....

 Petua atasi sakit gigi.
 Petua atasi sakit gigi. Image credited to google.

 Petua atasi sakit gigi.


Kapur sirih, caranya dengan mengunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sampai lumat. Agaknya kapurnya yang berketul-ketul tu agaknya. Ulang sampai rasa sakit gigi beransur hilang.

Getah betik muda, kalau sakit gigi disebabkan gigi yang berlubang, ambil sedikit getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit menggunakan putik kapas. InshaAllah rasa sakit akan beransur hilang.

Bawang putih, kalau gigi geraham yang berlubang, tumbuk seulas bawang putih sampai lumat dan letak sedikit cuka. Kemudian, masukkan bahan yang dah lumat tadi dalam lubang gigi.

Akar temu lawak, rebus segenggam akar temu lawak dan segenggam biji sawi dengan air secukupnya. Rebus sampai mendidih dan tutupkan api kemudian biarkan sejuk. Bila sejuk, tapis dan minum airnya pada waktu pagi dan petang sampai sembuh.

Semoga petua ni dapat membantu kalau kita kena sakit gigi kan. Jujur cikla belum pernah cuba lagi petua di atas, kalau cikla kena sakit gigi cikla cuma berkumur dengan air garam yang suam. Itu je...

Petua korang apa pulak ye? Share lah, kot-kot berguna di kemudian hari. Semoga bermanfaat. ❤❤


Sumber : Ruangan aneka petua, majalah wanita.

Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.

December 28, 2015 2 Comments
Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson. | Assalamualaikum wbt. Dua minggu lepas, cikla sekeluarga berkesempatan pergi ke Rumah terbalik yang terletak di Port Dickson, Nogori Sembilan. Itu pun akak ipar cikla yang recommend pergi ke rumah tu. Kebetulan kami sekeluarga pergi "bercuti" sehari semalam di situ, so dah alang-alang sampai sana, singgah ajelah kan, betul tak Rumah terbalik ni terletak berhampiran dengan Politeknik Port Dickson.

Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.


Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.
Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson. Peta untuk ke Rumah Terbalik, Port Dickson.


Cari punya cari, akhirnya sampai jugak kami. Rupanya rumah terbalik ni adalah dalam kawasan rumah kedai je. Ada dua tingkat. Macam biasa sampai sampai snap gambar depan rumah terbalik dulu. Hehe.... *bukti tuuuuu...


Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.
Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson..


Nak masuk dalam kenalah beli tiket dulu. Encik hubby, apa nak tunggu lagi beraturlah. Mama tunggu tepi je. Keh keh keh. Tiket masuk untuk dewasa (warganegara) adalah rm20 sekali masuk. Manakala, tiket masuk untuk kanak kanak (bawah 12 tahun dan berketinggian lebih 90 cm) adalah rm15 sekali masuk. Sebelum masuk, kena bukak kasut dulu.



Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.
Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.


Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.
Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.


Masuk dalam je, orang ramailah jugak. So kami pun bergilir gilirlah bergambar kat situ. Adik Ammar punyalah excited. Biasalah budak-budak. Bila tengok benda baru, memang happy. Jom kita cuci mata tengok aksi kami sekeluarga. 



Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.


Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.

Sebenarnya rumahnya tak terbalik pun. Cuma lepas kita snap gambar tu, kita rotate kan gambar tu sampai gambar kita duk kat atas dan semua barang barang tu duk kat bawah. Tu yang bila kita tengok nampak terbalik. *korang faham tak maksud cikla ni... hehe...


Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.

Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.


Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson



Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.


Selain dari rumah terbalik, ada jugak lukisan 3D. Memang nampak real. Dah puas bergambar, kami pun balik... hehe.... bagi cikla, best jugaklah. Tapi, macam sikit je replika yang ada kat situ. Rasa macam kejap je duk dalam tu...



Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.



Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.

Jalan-jalan ke rumah terbalik, Port Dickson.

Kalau korang nak merasai sendiri pengalaman yang cikla alami ni, datanglah ke sini. Mungkin lain orang lain keseronokan yang dirasa... ❤❤❤

More info klik SINI.
Sumber peta : Google Maps.

Apa kata wanita pasal lelaki?

December 28, 2015 0 Comments
Apa kata perempuan pasal lelaki? | Assalamualaikum wbt. Aiseh, tajuk kemain lagi ye. Ni entri kutuk ke nasihat? Eh eh, jangan salah sangka. Dah tentu entri nasihat. Sebagai seorang perempuan, cikla (dulu, masa sebelum kawin) dan perempuan perempuan di luar sana kadang-kadang suka bercerita pasal lelaki nak-nak pulak pasal penampilan mereka. Kalau nak tau, perempuan memang suka dengan lelaki yang mempunyai personaliti yang hebat dan vahhhh.... *nada kagum....

Apa kata cikla nak share apa yang perlu sang pria amik perhatian kalau nak menguasai penampilan diri supaya nampak macho di depan perempuan.

Apa kata wanita pasal lelaki?


Paling penting, jaga bau badan.

Haaa, bagi cikla inilah yang terpenting kena jaga. Memang ada orang cakap bau badan lelaki ni jadi daya tarikan perempuan. Tak kiralah tarikan positif atau negatif, hehe. Yupp, macam tak boleh nak nafikan aje. Anda lelaki mestilah selalu peka dengan bau badan sendiri. Kita pun tau kan bau badan lelaki lebih kuat baunya daripada perempuan. Dah tau macam tu, pakailah deodorant ke body spray ke untuk kurangkan bau badan tu. Nak-nak pulak kalau awak tu kuat peluh, kalau tidak baunya memang, Masyallah.... *jangan marah naa, cikla kabo yang betul....

Lelaki tinggi.

Memang tak dinafikan perempuan lebih suka lelaki tinggi sebab mungkin mereka merasa lebih selamat dan banggalah sikit kalau duduk sebelah lelaki sebegini. Tapi, lelaki rendah janganlah marah pulak, korang rendah tak bererti korang kurang karisma. Semuanya bergantung pada diri sendiri jugak. Jangan give up dan rasa rendah diri pulak ye.... *cheer up guys....

Bentuk badan.

Macam lelaki (maybe tak semua) mesti nakkan wanita yang ramping, cun melecun dan lain lain, haaa. Jangan tak tau perempuan pun nak jugak lelaki yang mempunyai bentuk badan "abang sado", perempuan suka dengan lelaki yang berbahu lebar dan berpinggang kecil... six pack gitu... hahaha.... *jap.. cikla nak cuba imagine.

Lelaki pandai melawak.

Kalau cikla, memang ni salah satu kritiria yang cikla nak, lelaki yang pandai buat lawak. Tapi, bukan lawak bodoh tau. Kan orang cakap, gurau senda bawa bahagia, betul tak? Hehe. Lagipun tak kan nak serius 24 jam kan. Ada masanya kita serius. Ada masanya kita melawak. Baru ceria hidup. Ada warna warninya....

Lelaki suka senyum dan "gigi".

Senyum... tak perlu kata apa apa.... orang cakap senyuman adalah senjata yang boleh merapatkan hubungan...  Senyumlah... pasti orang yang melihatnya merasa tenang... tapi ingat.. pastikan gigi anda bersih... nak nak pulak kalau lelaki yang merokok... pepaham je la kan.... hehe...

Apa kata wanita pasal lelaki?
Apa kata wanita pasal lelaki? Sumber Google.

Hal sensual lelaki.

Biasanya perempuan bercakap soal sensual ni secara tertutup. Lelaki kena tau apa yang menarik perhatian perempuan untuk dibincangkan. Rasanya lelaki (yang dah berkahwin je tau) perlu amik tau jugak pasal kitaran haid si isteri dan hal-hal yang boleh menarik perhatian isteri untuk melakukan hubungan kelamin.

Daya tarikan.

Kadang-kadang perempuan suka jugak bercerita pasal daya tarikan seseorang lelaki itu.  Ini termasuklah keistimewaan yang dimiliki oleh sang arjuna. Tapi, selalunya berkaitan dengan sikap sebab lelaki budiman (gentleman) lebih disukai oleh perempuan walaupun lelaki itu tak mempunyai wajah yang kurang ensem.

Semuanya terpulang pada kita macam mana kita nak tampil segak depan orang. Cikla harap tips di atas dapat membantu korang memperbaiki mana yang kurang dan memantapkan mana yang dah sedia mantap. Barulah nanti jadi lelaki melayu terakhir.... haha.... 


Sumber  : Ruangan Keterampilan, Majalah Wanita.

27 December 2015

YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE.

December 27, 2015 4 Comments
Assalamualaikum wbt.....

YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE. | Hujung hujung tahun ni ramai blogger buat giveaway. Jom join giveaway ni nak? 


http://imashue.blogspot.my/2015/12/year-end-giveaway-by-imashue.html
Klik banner untuk join....

Syarat giveaway...

1) MERUPAKAN FOLLOWER BLOG IMASHUE. 
2) BUAT SATU ENTRY BERTAJUK " YEAR END GIVEAWAY BY IMASHUE" (backlink ke entry ni tau. Jangan lupa post link penyertaan dekat entry ni.)
3) TAG SEORANG KAWAN ANDA UNTUK JOIN GA NI. *PASTIKAN DIA TAU YE!
4) PANDANGAN KORANG TENTANG BLOG NI. CAKAP JE PAPE. TAK KESAH. FROM YOUR BOTTOM HEART HOKEY . HAHAHHA.

So, pada pendapat Cikla blog awak simple but nice. Putih bersih jet. Tak corwded dengan widget widget dan cepat loading.... 

Cikla nak tak dik SOFIEADIE lah join giveaway ni. Jangan geram tau asyik kena tag dengan Cikla.... Muahhh ciked... 

Oklah, all the best semua. Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

December 27, 2015 3 Comments
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya. | Assalamualaikum wbt. Semalam, lepas balik dari kenduri kawin dan lepas settle kan beberapa hal, kami sekeluarga singgah di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya. Nak balik umah, macam awal lagi kot. So, kami singgahlah sini. Rasanya muzium ni dah lama bukak kot, cuma cikla je terlambat tau. Haha. Nampak sangat tak amik pot. Keh keh keh. Ini pun hubby yang beria-ia nak bawak anaknya pergi tengok haiwan. 

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.


Memula tu macam sesat jugak nak cari muzium ni. Haha. Boleh pulak sesat kan. Kami masuk dekat Taman Rimba Alam tu. Ingatkan muziumnya kat dalam kawasan tu. Rupanya, kat tengah-tengah bandar rupanya. Mujur ada Google Map membantu.


Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya. Peta untuk ke muzium.


Alhamdullilah, sampai jugak kami. Masa sampai tu, kami terkonpius jap. Buka ke tidak, sebab kat parking lot memang kereta kurang. Suruh hubby pergi tanya guard, rupanya memang bukak. Anak anak cikla dah excited dah... 

So, kami pun melangkah masuk ke dalam muzium. Nak masuk muzium ni, kenalah charge sikit. Dewasa (Warganegara Malaysia) termasuk budak budak atas 12 tahun kena bayar RM2 sekali masuk. Budak-budak bawah 12 tahun dengan student beruniform sekolah free. Manakala, dewasa (bukan Warganegara Malaysia) termasuk budak-budak atas 6 tahun kena bayar RM5 sekali masuk. Bila masuk dalam muzium, rupanya ramai jugak orang datang tengok. Ingatkan takde orang. Memang sunyi damai je... 


Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.


Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.


Masa mula-mula melangkah masuk, terkejut cikla dengan rangka ikan paus yang diletakkan di depan pintu masuk utama. Ingatkan tulang denasor, tulang ikan rupanya. Ala, tapi cikla tak snap pulak gambar tulang tu barang sekeping dua. Huhu.... dah jom kita cuci mata sat tengok gambar yang cikla sempat amik....


Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.


Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.


Kalau korang nak tau, semua binatang yang ada kat sini adalah binatang sebenar yang telah diawet. Tetiba cikla terbayang pulak, macam manalah diaorang nak awet gajah rimau buaya yang besaq gedabak tu kan? Adik ammar punyalah seronok dan riang rasa di hati, sebab cikla bagi dia kebebasan untuk berjalan sendiri. Aduhai, tapi lasak tak ingat punya. Dia tak takut dengan haiwan haiwan tu semua. Grrrrr.... cikla pulak yang macam geli je tengok haiwan haiwan tu, nak nak pulak katak, tikus dengan ular... eeeee geli mak nak.... huhu....




Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.


Haiwan yang dipamerkan kat sini terdiri dari haiwan mamalia macam gajah, harimau, spesis monyet, orang utan dan lain lain. Panda bear je takde. Pastu, ada jugak spesis burung, ikan dan tumbuhan hutan yang popular macam bunga rafflesia. Geng katak ular dengan pak buaya pun ada gak. Dapatlah tengok buaya puchong yang popular tu... memang besar ya ampun.....


Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.


Anak anak cikla pun sempat jugak posing dengan haiwan tu semua. Tengoklah aksi mereka. Budak budak memang suka bergambar. Suruh posing je, tau je gaya apa nak buat. Hahaha....


Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Jalan-jalan ke Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.


Muzium ni ada dua tingkat. Tingkat dua dipamerkan spesis serangga dan jenis jenis mineral bumi. Ala, cikla tak amik gambar serangga serangga ni semua. Lagipun, cikla tengok tingkat dua ni macam under renovation lagi. So, macam tak berapa menarik.

Dah puas kami ronda ronda dalam tu, posing sikit sana sini, kami pun balik. Bagi cikla, muzium tu oklah jugak. Bagus untuk pengenalan awal haiwan kepada budak budak. Paling tak pun, diaorang kenallah jugak macam mana rupa gajah dengan rimau kan.

Tapi kan, pendapat cikla pihak muzium kena upgrade kan lagi infrastruktur muzium dan tambah lebih banyak haiwan dan tumbuhan hutan lagi. Nak nak pulak haiwan dan tumbuhan yang jarang dan tak pernah kita tengok... lag fun.... kan...

Kalau korang ke Putrajaya, singgahlah sini. ❤❤❤


More info klik SINI.
Sumber maps : Google maps.

Tips luaskan ruang dapur.

December 27, 2015 0 Comments
Tips luaskan ruang dapur. | Assalamualaikum wbt... Hai semua... Pagi pagi lagi cikla dah share tips kan. Berbalik pada tajuk kat atas tu, bagi cikla bagi seorang ibu kita mesti impikan ruang dapur yang selesa dan luas sebab mudah untk sediakan juadah untuk keluarga tersayang. Tercari-cari jugaklah tips luaskan ruang dapur. Betul tak?

Lagipun, ruang dapur kan antara ruang favourite kita. Hehe... Macam cikla pun, memang suka sangat kalau 'bekerja' didapur yang luas. Senang nak bergerak. So, kerja pun jadi cepat siap. Kalau kita menyewa rumah, dah tentu ruang dapurnya tak penuhi citarasa kita. Rumah macam apartment selalunya ruang dapurnya kecil berbanding rumah taman. Lainlah kalau kita buat rumah sendiri, so pasal ruang dapur tu dah tentu akan ikut citarasa kita, keluasan ruang dan dekorasinya.

Jangan risau, kat sini cikla nak share beberapa tips yang mungkin boleh digunapakai untuk meluaskan ruang dapur kita.... Manalah tau salah satu tips ni berguna untuk kita... ye tak???


Tips luaskan ruang dapur.
Tips luaskan ruang dapur. Sumber Google.

  • Tips pertama : Pandai pilih perabot. Seeloknya perabot yang pilih sesuai dengan ruang dapur kita, tak kiralah dapur kita itu mempunyai ruang besar atau kecil. Lagi satu, kita kena pandai menyusun atur perabot supaya ruang dapur kita tak nampak sempit dan berserabut.
  • Tips kedua : Pandai pilih warna. Jangan ingat bilik tidur dan ruang tamu je penting dalam pemilihan warna. Dapur pun sama. Ia penting untuk menaikkan mood kita nak nak pulak masa menyediakan juadah untuk keluarga. Warna tanah sesuai untuk ruang dapur bagi menjadikan ruang dapur kita nampak 'bertenaga'. Jangan pilih warna gelap sebab ia akan menjadikan ruang dapur kita lebih kecil dan sempit. So, tak best dah nak masak kan? Hehe.
  • Tips ketiga : Hiasan dikurangkan. Ada orang suka letak macam macam perhiasan deko di dapur. Sebenarnya,  memang kita boleh letak tapi janganlah terlalu sarat. Nanti dapur nampak crowded. Kalau setakat nak gantung frame bergambar atau botol kaca berwarna boleh, tapi hadkan. Lagi bagus kalau kita letak rak, so that kita boleh susun semua hiasan tadi secara minima dan tak keterlaluan.
  • Tips keempat : Pandai pilih jubin. Dalam pemilihan jubin, apa yang penting adalah dari segi saiz, warna, corak dan bahan yang digunakan. Kalau boleh jangan pakai jubin yang terlalu licin dan warna gelap. Jubin berwarna pastel dan bersaiz sederhana besar adalah lebih sesuai, barulah dapur kita nampak woww kababoommm. Hehe.

Tengok dalam gambar kat atas, cantiknya kalau dapat ruang dapur macam ni kan. Tu sebab ada orang yang sanggup berhabis duit ringgit demi mendapatkan dapur idaman. Takpelah sesekali melaburkan wang kat untuk dapur kita kan. Nanti kita juga yang rasa tenang je bila duduk kat dapur. Nak masak untuk keluarga pun bertambah semangat. Betul tak? Hehe.

Semoga tips di atas berguna untuk kita.


Sumber tips : Ruangan tips dekorasi, Majalah Wanita.

26 December 2015

Rahsia lelaki : Perempuan kena tahu untuk pikat hatinya.

December 26, 2015 0 Comments
Rahsia lelaki : Perempuan kena tahu untuk pikat hatinya. | Assalamualaikum wbt. Mak ai, tajuk bukan main lagi. Teror sangat ke cikla ni nak korek korek rahsia lelaki ni. Ala, janganlah cakap macam tu. Cikla ni takdelah teror sangat, just nak share apa yang cikla baca ni. Baca punya baca, macam menarik pulak kan. So, tak salah rasanya cikla nak kongsi dengan perempuan-perempuan kat luar sana, terutamanya sang isteri yang nak pikat dan ikat hati suaminya. Paling tak pun, keep it as a knowledge. Betul tak?

Rasanya semua orang tahu yang lelaki ni memang kuat berahsia nak-nak pulak part heart and feeling ni. Betul tak kalau cikla nak kata, lelaki paling susah nak ucap I LOVE YOU. Rasanyalah kan lelaki ni dia tunjuk care and love dia melalui perbuatan, itupun kalau pasangan dia perasanlah. Macam mana dia amik berat dan protect pasangan dia. Kalau cikla, memang betul sangat sifat lelaki macam tu. 

Pssttt, kalau cik jah cik jah semua nak tau macam mana nak ikat hati lelaki (khasnya suami), kita kena tawan rahsia mereka. Apa pandangan mereka terhadap perempuan ni. *apa yang cikla nak cerita ni pasal lelaki (suami) dan perempuan (isteri). Lagi senang kan. Dah dah, jom kita cungkil apa rahsianya tu. 

Rahsia lelaki : Perempuan kena tahu untuk pikat hatinya.
Rahsia lelaki : Perempuan kena tahu untuk pikat hatinya. Sumber Google.

Rahsia lelaki : Perempuan kena tahu untuk pikat hatinya.


Lelaki suka perempuan cantik.

Pergilah tanya mana mana lelaki, mesti hampir kesemuanya suka dengan perempuan cantik. Nak-nak pulak perempuan yang mempunyai susuk badan yang menawan kalbu. Tapi, perempuan pulak jangan cepat melatah. Setiap lelaki menilai erti cantik tu ikut diri memasing, sebab cantik tu terlalu subjektif. So, isteri-isteri semua, lets start jaga badan kita. Paling tak pun jaga kulit wajah kita. Lepas tu jangan lupa senyum sebab itu pemanis muka. Kalau suami pandang nanti sejuk je mata. Suami pun, jangan lokek keluar duit untuk isteri nak cantik. Paling tak pun belanja isteri pergi spa sebulan sekali ke atau belikan isteri produk produk yang sesuai untuk isteri. Nanti yang cantik isteri siapa, isteri awak jugak. Betul tak?

Lelaki suka bersikap jujur dan berterus terang.

Mana ada orang yang suka ditipu oleh pasangan yang tak jujur kan? Jangankan lelaki, perempuan lagilah pantang tok nenek kalau lelaki tipu-tipu ni. Kalau ada masalah, berbincanglah. Bukannya tipu untuk tutup masalah. Nanti masalah lain yang datang pulak. Dah jadi hura hara lagi....

Menerima dirinya (lelaki) seadanya.

Sepatutnya semua pasangan mestilah menerima pasangan mereka seadanya. Lagipun, mana ada manusia yang sempurna. Itu sebab manusia dijadikan berpasang pasangan untuk saling melengkapi. Janganlah pandai pandai nak ubah diri dia jadi apa yang kita nak, sebab mungkin dia berubah pun bukan sebab dia memang ikhlas nak berubah tapi sebab terpaksa. Berubah sebab terpaksa, sorry to say lah memang tak kan kekal lama.

Fahami mereka supaya mereka akan memahami kita.

Saling memahami adalah kunci sebuah hubungan. Jujur cakap, walaupun kita mungkin dah kenal pasangan kita bertahun tahun dan ada yang dah jadi suami pun, tapi kita masih tak faham dia, betul tak? Cubalah untuk memahami mereka, sebab jangan tak percaya mereka jugak sedang berusaha untuk memahami kita. Lagipun, this is much better daripada kita cuba nak ubah dia dan menganggap kita tak sesuai dengan dia. Janji perangai tu tak bertentangan dengan norma norma kehidupan dan agama sudahlah...

Berubah untuk nikmati perubahan. 

Kita tak kan boleh ubah perangai orang melainkan orang itu berubah dengan kerelaan hatinya sendiri. Makna kita tak boleh nak paksa orang untuk berubah. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah dengan memujuk dan menasihati dia untuk berubah. Apa yang penting, kita juga kena berubah menjadi lebih baik, jadi kalau dia tengok kesungguhan kita berubah demi dia, mana tau terbuka pulak pintu hatinya untuk berubah jugak....

Jangan cepat menyerah.

Kita, sebagai perempuan jangan cepat menyerah kepada lelaki. Tak salah kalau jual mahal sikit dan tengok macam mana dia berusaha nak pikat kita. Kalau dia memang mahukan kita, dia mesti berusaha sedaya upaya dia kan, betul tak? Keh keh keh...

Jangan compare dia dengan lelaki lain.

Wah, ini memang pantang lah kan. Kita perempuan pun, memang tak suka sesangatlah kalau pasangan kita bandingkan kita dengan perempuan lain, memang nak cari gaduhlah tu kan. Nak-nak pulak dok banding bandingkan dengan ex, lagilah berasap telinga.... an an an. So, ingat jangan bandingkan tau.....

We are not a same world. 

Maknanya, dunia lelaki tak akan sama dengan dunia perempuan. Kebanyakan perempuan menganggap lelaki susah nak difahami, macam tu jugaklah dengan lelaki. So try the best untuk faham dan faham. 

Apa yang penting keikhlasan kita menerima pasangan kita dan usaha kita untuk menawan hati mereka. Kalau betul kita sayangkan mereka, kita akan selalu berusaha untuk perbaiki mana yang kurang. Sama-sama berusaha memenangi hati antara satu sama lain, itu lagi penting kan. Tak kan sebelah pihak je berusaha bagai nak rak.. tali yang sebelah lagi.. buat dek dek je... aduii... frust sungguh....


Sumber :  Ruangan Dunia Lelaki,  Majalah Wanita.

25 December 2015

Selamat pengantin baru adikku....

December 25, 2015 6 Comments
Selamat pengantin baru adikku.... | Assalamualaikum wbt. Sudah hampir seminggu adikku, Sumayyah Az zahra (nama samaran) menjadi isteri orang. Majlis yang berlangsung pada Ahad lalu, meriah walaupun dalam keadaan ala kadar. Tidak bermewah-mewah, cukuplah sekadar untuk meraikan pengantin baru dan menjamu saudara mara serta rakan taulan yang hadir.

Jom, cikla nak share sedikit gambar kenangan masa hari majlis. Tak sempat nak snap banyak-banyak, al maklumlah bizi bebenor di kala itu... keh keh keh....

Sebahagian dari hantaran pihak perempuan untuk pihak lelaki. Hantaran pihak lelaki tak dan nak amik gambarnya... hehe...

Selamat pengantin baru adikku....


Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

"Rombongan cik kiah" belah lelaki. Datang jauh tu, dari Kelantan nu..... *kecek kelate deme wehhh...


Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Acara tazkirah untuk pengantin. Panjang jugak tok kadi bagi ceramah. Eloklah tu, nasihat untuk masa depan. Jangan ingat kawin tu best je, ingat tanggungjawab yang bakal digalas lepas ni... itu lebih penting..... *ehh... pandai nasihat orang ye... hehe... *syok kawin wehhh...


Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Alhamdullilah, dengan 2 kali lafaz (pengantin nebes kot), adikku dah selamat menjadi isteri orang. Syukurlah. Macam biasa, sesi lepas nikah, pastinya acara batal air sembahyang. Sarung cincin, cium tangan.....


Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Pengantin selfie sat dengan sedara dan kawan kawan... *cover debaran tunggu pengantin lelaki datang. (Snap gambar sebelum nikah).


Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Last acara, sebab takde acara sanding menyanding so acara makanlah. Makan apa? Makan beradap adap lah.. macam biasa. Dapatlah cikla rasa ayam tergolek dengan udang tercucuk.... hehe.... *seriusnya muka pengantin lelaki... hihi...


Selamat pengantin baru adikku....
Selamat pengantin baru adikku....

Kepada adik cikla dan suami, cikla nak ucapkan selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam perkahwinan yang bahagia. Sentiasa saling memahami, percaya dan tanggungjawab. Isteri taat pada suami, dan suami pulak sayang pada isteri... Semoga dikurniakan anak anak yang comel, soleh dan solehah. Amin......

Oh Cinderella by KMLIA HSHM.

December 25, 2015 4 Comments
Assalamualaikum wbt....

Oh Cinderella by KMLIA HSHM. | First time tengok entri giveaway ni, dah tertarik tarik dah mintak suruh join. Hadiahnya pun memang menggoncang sukma. Hihi... Nak join klik banner...



http://kmliahshm.blogspot.my/2015/12/oh-cinderella-by-kmlia-hshm.html
Klik untuk join.

Syarat pun sonang jo...

1. Follow blog INI. & blog Kak Fiza dan Kak Farra [tekan nama]
2. Like fanpage MYiDEAKiNi [dot] Com [tekan nama]
3. Buat entri baru "Oh Cinderella by KMLIA HSHM".

4. Copy & paste banner di bawah dan backlink ke entry ni.
Hadiahnya ni haaa.... Bessstttttt....




Kalau nak cerita pasal fairytale story ni, dulu masa kecik kecik dulu Cikla minat lah jugak. Cinderella, antara cerita yang top masa tu. Masa sekarang pun budak budak perempuan khasnya ramai lagi yang minat cerita Cinderella ni... Di samping Frozen. Hihi... Yang bestnya, masa Cinderella dikejar oleh putera raja sebab nak pulangkan kasut kacanya yang tercicir..... Sebab pukul 12 malam je dia kena balik.... Kadang kadang tu ter'berangan jugaklah nak jadi princess.. Hihi...

Oklah korang, jom join mana tau ada rezeki. Bak mata orang tua tua, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau... Betul tak?? IG user pun boleh join jugak. Klik jugak kat banner kalau nak join. Semua syarat ada kat situ. Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

VAPE haram!

December 25, 2015 4 Comments
VAPE haram! | Assalamualaikum wbt. Rasanya isu vape ni isu lama kot.Sebelum ni, memang dah heboh pasal isu vape ni. Tak kiralah dalam media cetak atau media elektronik... (cewahhh ayat skema). Isu yang sering dibangkitkan adalah haram ke hisap vape ni dan macam-macam isu lagilah. Sejujurnya, dulu masa awal kemunculan vape ni, suami cikla pun ada hisap jugak vape ni. Tapi, kejap je. Dia hisap vape ni pun sebab terpengaruh dengan kawan-kawan dan orang sekeliling dia barangkali. Masa dia tengah dok "gila" hisap menatang ni, cikla ada jugak bebel suruh dia jangan hisap. Vape lagi bahaya dari rokok tu. Pendek kata, vape dan rokok dua dua bahayakan kesihatan. Tapi sekarang dia dah berhenti pun.... baguslah....

VAPE haram!
VAPE haram! Sumber Google.

Berbalik pada isu vape ni, baru-baru ni Majlis Fatwa Kebangsaan setuju mengatakan bahawa hukum penggunaan vape adalah haram. Menurut pengerusinya,

"Dari sudut syariah, penggunaan vape memudaratkan pengguna sama ada cepat atau lambat. Adalah dilarang mengambil bahan memudaratkan secara jelas atau tidak, segera atau secara perlahan boleh membawa kematian,  kerosakan anggota, membawa penyakit bahaya atau sebarang kemudaratan pada akal.... "


VAPE haram!


Menurutnya lagi, bahan yang memudaratkan tidak mempunyai manfaat muktabar (maksudnya, kalau ada manfaat, ia sangat kecil jika dibandingkan dengan mudarat yang lebih besar). Vape juga termasuk dalam perkara jijik (khabiith) seperti memudaratkan dan bau busuk.

Selain tu, ia juga dipertimbangkan dari pelbagai sudut termasuklah dari sudut Qiyas iaitu penggunaan vape disamakan dengan perbuatan minuman bahan beracun atau menghisap rokok biasa. Dari sudut Maslahah (kepentingan), Islam menekankan dari sudut umum/khas, iaitu perkara bermanfaat sesuai dengan hukum halal dan perkara mudarat sesuai dengan hukum haram.


VAPE haram!
VAPE haram! Sumber Google.

Nah, sudah terang lagi bersuluh kan, yang vape tu haram. So, kita diwajibkan menjauhi atau meninggalkan perkara yang boleh memudaratkan kepada diri kita. Bukannya syok pun hisap vape (rokok pun sama), membahayakan kesihatan dan membazirkan duit. Fikir-fikirlah. Jauhi vape untuk kesihatan yang berkualiti.


Sumber : Harian Metro.

24 December 2015

Selamat Datang Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW.

December 24, 2015 4 Comments
Selamat Datang Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW. | Assalamualaikum wbt. Perkongsian ini diharap akan dapat menjentik sedikit hati kita untuk selalu ingat dan kasih pada junjungan mulia, Rasullullah SAW.....

Selamat Datang Bulan Kelahiran Nabi Muhammad SAW.


  • Bila aku tak suka pada rasa makananku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar. 
  • Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ hanya punya dua helai baju seumur hidupnya. 
  • Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku, aku teringat pada baginda Muhammad yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya. 
  • Bila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain, aku teringat pada baginda Muhammad yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya. 
  • Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku. 
  • Bila aku kecewa pada mereka yang banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda Muhammad yang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat padanya. 
  • Bila aku berfikir tentang mereka yang membenci aku, aku teringat pada baginda Muhammad yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya. 
  • Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda Muhammad yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yang hebat hanya dari Allah SWT. 
  • Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu. 
  • Bila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku, aku teringat pada Baginda Muhammad yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yang dicintai dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku!

Assalamualaika ya Rasulullah...... Assalamualaika ya habiballah. Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar, contoh terbaik sepanjang zaman. Terima kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam. Syafaatkan daku di akhirat nanti. Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah .

Selamat datang bulan kelahiran nabi  Muhammad SAW....


Sumber :  Whatsapp group.

Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova.

December 24, 2015 8 Comments
Assalamualaikum wbt..l

Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova. | Thanks adik blogger mohdnoorshawal sebab tag Cikla. Korang pun jom join segmen blogger ni.... Boleh tambah kenalan blogger dan blogwalking jugak....


 http://fieyqadelova.blogspot.my/2015/12/segmen-bloglist-1-by-fieyqa-adelova.html
Klik banner comel atas tu kalau nak join.


Syaratnya pulak kan....

  • Follow blog Fieyqa Adelova. 
  • Buat satu entri bertajuk "Segmen Bloglist #1 by Fieyqa Adelova"
  • Letakkan banner kat atas ni dan harus backlink ke entri ini.
  • Tag minimum seorang rakan blogger dan pastikan dia tahu ye.
  • Settle semua, jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruangan komen.

Segmen tamat sebelum masuk tahun baru 2016. So, Cikla nak tag:


Oklah, selamat bersegmen semua..... Sekian dulu, wassalam.....

-TAMAT SUDAH-

Segmen : Saya Nak Buku Biografi Muhammad bin Abdullah...

December 24, 2015 7 Comments
Assalamualaikum wbt....

Segmen : Saya Nak Buku Biografi Muhammad bin Abdullah... | Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ni rakan blogger kita sis rosnordin buat satu segmen yang mudah ni. Hadiahnya sebuah buku biografi junjungan kita, Rasullullah SAW.... 



 http://merosnordn.blogspot.my/2015/12/segmen-saya-nak-buku-biografi-muhammad.html
Klik banner untuk join.


Syaratnya pun mudah....


1. Follower blog rosnordin  :)
2. Komen di bawah post ni. 
Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana .............................................................................................
( tak kisah berapa panjang pun korang nak tulis ) yang penting hanya di post ini..kat tempat2 lain tak diterima. 
3. Hanya seorang pemilik baru yang bertuah dicari dan pemilihan sepenuhnya dipilih oleh penganjur berdasarkan komen yang memenuhi kriteria tertentu. 

Segmen berlansung 24/12/2015 - 30/12/2015 sahaja.

Untuk memenuhi syarat ke-2, ini jawapan Cikla...

Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana SAYA MAHU MENJADIKAN RASULLULLAH SEBAGAI ROLE MODEL DALAM MENGHADAPI KEHIDUPAN INI. KEPERIBADIAN BAGINDA AMAT SAYA KAGUMI, KERANA BAGI SAYA BAGINDA MERUPAKAN IKON TERBAIK YANG BOLEH KITA JADIKAN IKUTAN. SAYANG NABI, IKUT SUNNAHNYA.....

Oklah, Cikla harap adalah rezeki Cikla nanti nak memiliki buku ni.  Korang pun join jugak tau. Sekian dulu, wassalam....

Kisah Bilal.

December 24, 2015 2 Comments
Kisah Bilal. | Assalamualaikum wbt. Kisah ini sebagai renungan bagaimana kasihnya Bilal terhadap Rasulullah SAW sehinggalah selepas baginda wafat.

Kisah Bilal : Suara Agung Kerinduan.


Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Ditanyakan mengapa?

Kisah Bilal.

Kisah Bilal. Sumber Google,

Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah berkongsi segala kenangan di Madinah. Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah muncul di dalam mimpi Bilal. 

"Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?"

Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah. Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW.
Setelah beberapa hari, Bilal tiba di maqam Rasulullah. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, "Asalamualaika Ya Rasulullah." Bilal masih tidak berhenti menangis. Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal hingga reda sebentar tangisan Bilal.

"Bilal, alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal," sapa Amirul mukminin. "Tidak wahai amirul mukminin," tolak Bilal. "Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu," sapa Saidina Umar pula.


Saidina Bilal menggeleng.

Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah. Hasan dan Husin,

"Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,". 


Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah, diciumnya. 

"Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah," 


Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah, sambil air matanya mengalir laju.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"


Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu. Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar!"


Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.

"Asyhadu ala ila haa illallah!"


"ABU I'SA RASULULLAH?!" apakah Rasulullah di bangkitkan semula.

"Asyhadu ala ila haa illallah!"


Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan. Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

"Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!"
Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. 
"Mengapa Bilal?"
"Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,"
"Aku rindu Rasulullah, Aku rindu Rasulullah, Aku rindu Rasulullah."


Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah pabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.....


12 Rabiulawal.... 24 Disember 2015
Salam Maulidur Rasul.
Allahumma Solli Ala Muhammad....


Sumber dari Whatsapp group.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.