Laungan azan si bilal cilik.

By Cikla Shahril - November 06, 2015

Sejuk perut ibu mengandung. Beruntunglah ibu bapanya. Baru berusia 10 tahun dah bergelar bilal tetap di Surau Al-Mutmainnah, Sungai Buloh. 

Itulah adik Muhammad Saadon Muhammad Saad, si bilal cilik. Dia telah diberi pendedahan dengan aktiviti dan program keagamaan sejak berumur 2 tahun.

Laungan azan si bilal cilik.
Laungan azan si bilal cilik. 

Menurutnya, pada awalnya dia berdepan dengan kesukaran semasa mula-mula belajar melaungkan azan sebab bimbang suaranya tak cukup layak. 

Akan tetapi dengan dorongan dari guru yang tak jemu bagi tunjuk ajar dan mengajar teknik yang betul, akhirnya dia berjaya.

Azamnya selepas ini nak melaungkan azan di Masjid Negara yang lebih besar dan tentukan mencabar. Cikla doakan semoga impian adik ni akan tercapai. Aamiin.

Sumber : Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments