Hari Konvokesyen Tadika kakak.

By Cikla Shahril - November 25, 2015

Cikla sebenarnya nak share moment cikla masa majlis penyampaian hadiah tadika anak cikla yang sulung, kakak batrisyia. Nak throwback sikit sebab majlis Hari Konvokesyen Tadika kakak ni dah lepas pun, 2 minggu lepas. Cuma tak sempat nak update kat sini, biasalah kekangan masa. 

Ermmm, pejam celik pejam celik dah nak abis tahun dah kan. Kakak batrisyia pun dah 5 tahun. Tahun depan dah 6 tahun. Lepas tu dah masuk sekolah. Besar dah kakak, cepatnya masa berlalu.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Majlis sebenarnya bermula sekitar 8.30 pagi. Biasalah kan, kena tunggu semua pelajar dan ibu bapa hadir barulah boleh mula majlis. 

Gitu gini gitu gini, around 9.00 lagi baru mula. Majlis dimulaikan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis dan persembahan kanak-kanak. Lepas tu, majlis diteruskan dengan ucapan dari penyelaras KEMAS dun Telok Datok.

Dah selesai semua tu, acara yang dinanti-nantikan terutamanya kanak-kanak termasuklah anak cikla. 

Apa lagi kalau bukan acara penyampaian hadiah. Ni ha gambar hadiahnya. Memang excited betul kanak-kanak ni tengok hadiah yang tersusun atas meja. Tak sabar-sabar katanya.

Hari Konvokesyen Tadika kakak..

Kat sini cikla share kenangan kakak batrisyia dan adik damia amik hadiah. Itu pun bukan main payah nak amik gambar. Laju je amik. Malu katanya, huhu.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Acara ibu bapa pun ada. Kaum bapa dikehendaki (sesiapa yang nak amik bahagianlah) membuat apa-apa sahaja dari barangan terpakai. 

Contohnya macam menara ke, replika rumah ke. Kaum ibu pulak dikehendaki membuat replika buah durian. Ia diadili dari segi kekemasan dan kekreatifan. Syukurlah, cikla dapat nombor tiga, jadilah dari takde kan. Hehe.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Selesai penyampaian hadiah, biasalah ia,akan diakhiri dengan jamuan ringan. So, time to 'makan', yeaayyy. Yang ni pulak, antara gambar kenangan yang cikla sempat ambil.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Hari Konvokesyen Tadika kakak.

Tahun ni, alhamdulillah kakak batrisyia banyak peningkatan. Cikgunya cakap bila dalam kelas dia memang tumpukan perhatian dan dia cepat faham apa yang diajar. 

Syukurlah, walaupun kalau kat rumah bila disuruh belajar memang payah sikit, huhu.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Tahniah kakak batrisya!
    seronoknya dapat hadiah...
    ^_^

    ReplyDelete