Resepi bubur merah.

By Cikla Shahril - October 16, 2015

Bubur merah. Rasanya kalau orang jawa, bubur ni memang 'kebesaran' mereka. Maknanya, kalau ada apa-apa diaorang akan buat bubur ni. Cikla pun buat bubur ni sebab sempena adik Ammar dah pandai berjalan. Terkedek-kedek, comel je, hehe. Jom kita tengok macam mana nak buat bubur ni. Memang senang.

Bahan-bahan:

1/2 pot beras.
1 kotak santan.
4-5 senduk gula perang (ikut suka).
1 sudu kecil garam.
Sehelai daun pandai. (Optional).

Caranya pulak:  

Cuci beras dan masak beras dalam periuk dengan menambahkan air dalam periuk. (Anggaran 3/4 periuk). Biarkan beras masak sampai jadi bubur. Bila bubur dah jadi pekat sikit, masukkan daun pandan, garam dan santan. Biarkan mendidih. Bila dah mendidih, asingkan sedikit bubur (dalam mangkuk lain) yang warna putih tu, lepas tu baru masukkan gula perang pada bubur selebihnya dalam periuk tadi. Kacau rata dan biar seketika. Dah masak, tutup api dan bolehlah dihidang.

Masa nak hidang, memula letak bubur yang merah tu dulu dalam mangkuk, kemudian letakkan sikit bubur putih di tengahnya. Biarkan sejuk, lepas tu boleh dimakan. Memang sedap, rasa lemak, masin, dan manis semuanya ada. Inilah dia rupa bubur merahnya.

Resepi bubur merah.
Resepi bubur merah.
Senang kan? Lagipun bubur ni mengenyangkan sebab nasi kan. Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Hi ... Jalan-jalan dari Segmen Ucing Nak Url ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat  SiNi ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf xsempat blog walking bulan lepas ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi singgah. Inshaallah nanti cikla singgah...

      Delete
  2. Best nyer bubur merah ni Cik La...terus rasa lapar plak.
    InsyaAllah nak buat la plak untuk anak-anak...:)

    ReplyDelete