Langkah awal merawat anak demam.

By Cikla Shahril - October 10, 2015

Cikla rasa, musim-musim jerebu (walaupun keadaan jerebu dah nampak ok), ni mesti ramai orang yang rasa badan tak berapa nak sihat. Nak-nak pulak anak-anak kita. Budak-budak kalau demam atau tak sihat, mulalah nak meragam. Itu tak kena, ini tak kena sebab mereka rasa tak selesa. Kita yang dewasa ni pun kalau demam, rasa serba tak kena, inikan pulak kanak-kanak.

Sebenarnya banyak sebab mengapa kanak-kanak ni boleh diserang demam. Kalau ibu-ibu nak tau, anak-anak demam, sebab badannya sedang melawan jangkitan. Antara sebab yang biasa adalah; 

Langkah awal merawat anak demam.
Langkah awal merawat anak demam. Sumber Google.

  • Selsema - Macam ammar, kalau dia start selsema, in the end mesti demam punya. Lepas tu, ditambah dengan batuk pulak. Cukuplah tiga adik-beradik ni (demam-batuk-selsema). So, macam cikla, bila nampak ammar dah kena selsema, cepat-cepat bagi ubat dan sentiasa pantau dia.
  • Sakit tekak - Kanak-kanak manalah pandai nak mengadu sakit tekak ke apa, yang dia tau menangis dan tak nak menyusu atau makan. So, kalau anak kita alami keadaan sebegini, cepat bawak pergi jumpa doktor supaya tak melarat.
  • Jangkitan telinga dan salur kencing - Ini juga merupakan simptom awal anak kita boleh mendapat demam. Sentiasa pantau suhu badan anak.
  • Masalah pernafasan - Haa, kalau yang ni ammar kerap kena kalau dia nak demam. Nak-nak pulak dia memang ada sejarah berkaitan masalah pernafasan masa baru lahir dulu, membuatkan cikla sentiasa berhati-hati dan beringat.

Kalau anak dah demam, kita sebagai ibu kenalah ambil langkah memantau demam anak supaya suhu badan tak terlalu tinggi, bahaya kalau suhu tinggi sangat takut sawan.
  1. Ada anak yang tahan lasak, walaupun demam dia tetap mahu makan, minum dan bermain macam biasa. Mungkin dia tak perlukan buat untuk turunkan suhu badan tapi, ibu kena sentiasa pantau.
  2. Jangan pakaikan anak baju yang tebal, kalau boleh tanggalkan baju tinggalkan pempers aje kalau suhu badan terlalu tinggi.
  3. Lap badan anak dengan kerap menggunakan air hangat bukan air sejuk, terutama di bahagian pelipat (kaki dan tangan). Letakkan tuala lembap di badan anak dan kalau tuala kering, basahkan kembali.
  4. Kalau anak menggigil sejuk, selimut anak dengan selimut nipis je, sebab walaupun mereka menggigil sejuk, tapi suhu dalam badan mereka tetap sama. Kalau dulu, anak demam cikla ingat kita kena pakaikan anak dengan baju tebal, selimutkan anak sebab nak bagi mereka berpeluh, tapi sebaliknya pulak. Good info ni.
  5. Kalau anak dah ada selera makan, bagi mereka minuman berjus. Kalau baby, just bagi susu.
  6. Jangan bawak anak keluar berjalan sebab ini akan menyebabkan anak akan kembali demam. Betul jugak ni sebab sebelum ni kalau anak cikla baru je baik dari demam, pastu cikla bawak keluar. Balik je esoknya mereka demam balik. Baru tau. Huhu.

Apa yang ibu kena buat kalau anak demam. Rawatan yang bagaimana ye?

  1. Kalau anak, berusia lebih dari 8 minggu (2 bulan ke atas), boleh bagi makan paracetamol khas untuk baby dan kanak-kanak. Ikut dos yang disyorkan oleh doktor.
  2. Pakaikan anak dengan baju nipis dan JANGAN bungkus anak semata-mata untuk kurangkan demamnya.
  3. Pastikan bilik sejuk. Kalau perlu, letak kipas berhampiran katil anak dan selimutkan dia dengan selimut nipis.
  4. Letakkan anak dalam tab mandi berisi, air suam yang cetek dan gosok badannya. Tak payah keringkan badannya, biar air di badannya kering sendiri. Mungkin ini membuatkan dia lebih selesa.
  5. KALAU anak berkelakuan aneh, tiba-tiba menangis lebih lama dari biasa, kita pujuk pun tak makan pujuk dan anak nampak macam letih, tak aktif dan tak nak menyusu, segera bawak anak jumpa doktor. Lebih-lebih lagi kalau anak demam lebih dari 3 hari. Bayi selalunya mudah sakit sebab sistem imun badannya belum cukup matang dan kuat. Lagipun, baby mudah dijangkiti disebabkan itu.

Kepekaan ibubapa akan menyelamatkan anak menjadi lebih serius. Cegah sebelum parah.

Sumber artikel info sihat (MW).

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Klau demam memg merisaukn x blh d biarkn takut nnt sesuatu brlaku..kita still kna sntiasa brhati2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... kalau bdk2 demam terlalu panas takut kena sawan...

      Delete
  2. Hi ... Jalan-jalan dari Segmen Ucing Nak URL ... Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi dan Join contest kat SiNi ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf xsempat blog walking bulan lepas ...

    ReplyDelete
  3. Ooo..demam sebab melawan jangkitan, ingatkan selsema dan sakit tekak tu tanda nak demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itu salah satu tanda nk demam... tp demam itu adalah salah satu reaction bdn kita bg tndakbals...

      Delete