Ketagih makan span pinggan?

By Cikla Shahril - October 22, 2015

Apa? Makan span pinggan. MasyaAllah, dah tak benda lain ke nak makan? Span pinggan dimakannya. Macam-macam perangai manusia ni. 

Sebenarnya cerita ni cikla baca di akhbar KOSMO! keluaran isnin lalu. Tergerak pulak nak belek-belek paper lama, tu yang baca kisah ni tu. 

Ketagih makan span pinggan?
Ketagih makan span pinggan. Sumber KOSMO!

"Al-kisahnya ia berlaku di Britain. Seorang wanita dikatakan mempunyai tabiat makan yang pelik iaitu suka memakan span pinggan yang direndam bersama cecair pencuci pinggan." 

Hahaha. Hambik kau. Satu package lagi, span pinggan bersama pencucinya. Dah la span tu dah tentu-tentu bahan takde khasiat (sapa aje nak makan span kan?), pastu add-on pulak cecair pencuci pinggan yang sememangnya chemical. Adoiii, bahaya betul.

Menurut wanita ni jugak, span itu akan direndam semalaman bersama cecair pencuci tersebut (perisa epal lagi, haha). 

Sebelum dia nak membaham span tu, yang bahagian atas hijau tu dia buang dulu (Tau pulak dia buang yang keras tu, ingat di makannya sekali, huhu). 

Lepas tu, apa lagi dikunyahnya macam makan kepsi lagi. Kruuppp kraaappp kruuuuppp kraaapppp, huhuhu.

Apa dia tak tau ke yang perbuatan dia tu boleh mengundang bahaya, iaitu tekaknya mungkin boleh dijangkiti kuman dan perutnya terdedah kepada penyakit lain. Ish ish ish, pelik jugak kan? 

Katanya wanita ni dah start makan span ni since dia 3 years old. Sekarang ni dia berumur 23 tahun. Apakah? 

Mungkin sekarang dia belum dapat kesan lagi, tengoklah dalam jangka masa panjang nanti. Macam-macam penyakit yang timbul.

Macam-macam hal kan? Pelik sungguh.

Sumber : KOSMO!

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments