Awak memilih kerja ke?

By Cikla Shahril - October 12, 2015

Zaman sekarang ni pada cikla kita tak boleh nak memilih kerja sangat. Jangan ingat kita ni graduan atau lulusan universiti, kerja datang dengan mudah sambil menari-nari kat kita. Macam dalam cerita P.Ramlee tu, sekali petik sepuluh datang tau.

Kalau anda fikir macam tu, memang silap sesangat la. Kalau zaman dulu, barangkali boleh kot. Dengan saingan yang sangat sengit di kalangan lulusan universiti, mesti macam susah je nak cari kerja yang berkenaan di hati. Itu belum lagi saingan dari kalangan lulusan STPM, sijil-sijil kemahiran dan lain-lain.

Walaupun kadar pengangguran di negara ni agak rendah dan takdelah membimbangkan sangat (3.2%), tapi yang menjadi isunya sekarang ni adalah yang ramai menggangur itu adalah golongan belia ye. 

Sebenarnya kerajaan dah buat macam-macam langkah nak bantu mereka-mereka ini. 

Kalau nak cakap pasal program seperti Jom Cari Kerja, memang tiap-tiap tahun ada. Pokok persoalannya adalah pada diri kita jugak. Nak ke tak nak.

Awak memilih kerja ke?
Awak memilih kerja ke? Kredit Google. 

Kalau dah dapat kerja yang sesuai pulak, pening nak fikir pasal transpot pulak, kemahiran lagi dan macam-macamlah. So, dengan pelbagai alasan ni membuatkan niat terbantut dan terbiar begitu aje, dengan harapan ada kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwa dan raga.

Macam cikla ni, lainlah. Lepas habis belajar, sempat jugak berkerja kejap. Then, get married dan terus tak keje. Opssss, jangan cakap cikla memilih tau. No no no. 

Niat di hati memang nak kerja, tapi di masa sekarang ni niat yang ada agak terhalang disebabkan pelbagai tanggungjawab yang cikla hadapi sekarang ni. Tapi, takpelah. Mungkin ada rezeki lain nanti. Insha Allah.

Pada adik-adik yang masih muda belia, nak-nak pulak korang ada kelulusan dan kemahiran jangan pilih kerja sangat. 

Belajar dari bawah takpe, sebab pengalaman dan kemahiran memang sangat penting di zaman kini. Kelulusan tu bonus je. Kelebihan yang korang ada. Jangan pilih-pilih tau.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Btl tu zaman skrg ni, x blh nak memilih sgt soal kja..Lya pun mcm cikla juga dulu sblm kawin prnh kja.bila da kawin kna akur ikut husbnd

    ReplyDelete